4

Facebook Kami Benci Orang Sabah Disiasat

Hairan bin ajaib, kenapa Sabah perlu terus dihina dan dipandang rendah, seakan Sabah ini yang ada hanya najis di mata mereka. Apakah tidak cukup dengan pengajaran yang diterima dalam kes Luca Lucas (Mohammad Saufee bin Sehat) pada September lalu? Mungkinkah hukuman yang dijatuhkan kepada mereka yang tolol hidup gembira dengan menghina Sabahan itu tidak setimpal?

Facebook Page Kami Benci Orang Sabah yang wujud selama tujuh bulan itu telah mengundang kemarahan kali kedua yang kini mendapat perhatian polis dan akan dipanjangkan untuk siasatan lebih lanjut Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia.

Akhbar Daily Express yang melaporkan hal ini mengambil Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tindakan undang-undang perlu dikenakan kepada orang yang bertanggungjawab melakukan kesalahan itu dan mahu SKM bertindak.

Ngamlah tu, kali ini jangan berlembut lagi, kelak akan timbul lagi hero kampung lain. Kami di Sabah ini sudah begitu terkilan dengan layanan manusia tolol tiada ilmu seperti admin page itu, juga sudah cukup tersiksa dengan hinaan cacian kamurang. Bukan kami pinta jadi Sabahan, tapi di sinilah kami perlu hidup, perlu berjuang, dan fahamilah, kami perlukan pertolongan, perlukan perhatian kerana kami generasi muda sedar apa itu kemajuan, apa itu perlembagaan, apa itu ini.

Daily Express
Action on anti-Sabah web page
Published on: Thursday, December 02, 2010

Kota Kinabalu: Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib wants the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to act against the social networking Facebook web page entitled “Kami Benci Org Sabah” (We hate Sabahans).

The web page, believed set up about seven months ago, had the Sabah flag upside down and attracted more then 700 comments so far.

Hamza said the MCMC should take down the web page immediately and investigate who is behind the mischief.

“The Commission is responsible to act against any offences committed on the Net but police will also take action under the relevant laws if a criminal offence is committed, depending on the nature of the offence,” he said.

He was commenting on the “hate web page” set up by unknown person/persons recently and which has received a lot of comments.

Hamza said the people should refrain from setting up such web page which can cause uneasiness among the people. “I would like to warn those who got nothing better to do, not to indulge in such activities,” he said, adding that police would act if such activities disturbed the peace and security of the State.

He said the culprits should not hide behind the screen, thinking they can get away with it.

“With the cooperation of the MCMC, we will hunt down those responsible for the mischief,” he warned.

UPDATE: Page itu sudah didelete

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Berita Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

4 Responses to "Facebook Kami Benci Orang Sabah Disiasat"

  1. sankai says:

    serve them right.!!!

    Reply

  2. puteh says:

    pemikiran mereka lebih kepada yang -ve jak dr yang +ve…mo buat mcm manakan….jadi kepada sabahan…jadikn caci maki mereka ini sebagai penguat untuk memajukn sabah…tak perlulah d persoalkn hukuman…just buktikn yang sabahaan d best….biarkn jak lah…sbb bila kita balas blik apa saja makian mereka…kita jugak akan seperti mereka…tiada tamadun dalam meluahkn kata-kata

    Reply

  3. Zaid says:

    Biasalah tu maya….aku disini di semenanjung ni kalau dikira sudah 16 tahun brtapak mencari rezeki disini,situasinya disemenanjung ini tiada lain sebahagiannya membenci dan terutamanya sekali kerana hasad dengki yg tidak berkesudahan……budak2 sabah yg ada disemenanjung ini terkenal dgn sikap ramah,kuat bekerja dan yang paling utama pada mereka kebanyakannya budak sabah disini kerana sikap AMANAH dan JUJUR mereka dalam apa2 pekerjaan disemenanjung ini.Kalau maya lihat situasi ini terutamanya dalam pekerjaan pengangkutan di ibu kota sebenarnya dimonopoli oleh BUDAK2 sabah ini.Siapa tidak kenal syarikat pengangkutan terbesar di ibu negeri seperti syarikat METROBUS SDN.BHD yg pekerjanya mejoriti disapu bersih oleh org sabah! maya rasalah sendiri kalau maya dtg kesemenanjung terutamanya bas yg pergi ke KL-KLANG-KL,KL-PUCHONG-KL,KL-KAJANG-KL,KL-PUTRAJAYA-KL,KL-SEREMBAN-KL,KL-KLIA-KL,KL-LCCT-KL dan banyak lagi destinasi disekitar KL yg pekerjanya adalah org sabah……kalau maya pernah sampai KL,ada satu terminal bas stop berhampiran kompleks KOTARAYA(ditengah2 bandar KL)yg basnya pergi ke puchong dan balakong…dari pemandu bas,konduktor,supervisor dan checker ticket kesemuanya org sabah.Jangan terkejut kalau konduktor bas dan pemandunya pakai t-shirt terpampang nama TAWAU(depan) SABAH MALAYSIA(belakang),yg paling melucukan pernah dalam tahun ini pihak berkuasa(JPJ dan POLIS)membuat operasi memburu(kononnya) warga asing yg berkerja sebagai pemandu dan konduktor bas telah dikuasai warga indonesia dan bukannya orang tempatan….kononnya warga ibukota tidak sedap hati dan mengadu pada pihak berkuasa,padahalnya yg membesar2kan hal ini adalah pihak akhbar.Dan yg memalukan semasa operasi itu dijalankan pihak berkuasa gagal menahan atau menangkap WARGA ASING yg kononnya berkerja sebagai pemandu dan konduktor bas,apa yg mereka dapati perkerja bas yg dikatakan warga asing itu adalah kebanyakannya warga malaysia yg berasal dari SABAH.Maklumlah org disemenanjung ni kalau dengar org sabah bercakap melayu(baku)dikatanya MACAM INDON.Sampai sekaranglah begitulah tanggapan mereka terhadap KITA.Apapun aku bangga juga,walaupun masyarakat dari negeriku dipandang rendah oleh mereka namun sebahagian majikan2 disemenanjung ini kalau dipilih negeri mana yg mana mereka mahu diambil sebagai pekerja….pilihan paling atas sekali mesti ORANG SABAH(juga serawak),sebabnya hanya satu sahaja….KERANA MEREKA INI AMANAH.

    (maaf ya maya….terpanjang sekali lagi kih kih kih)

    Reply

    Maya reply on December 4th, 2010 8:55 PM:

    di kilang2 jgn dilupa, terutamanya di Penang & Johor tu :)

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.