KALAU facebook digunakan untuk dapat BF atau GF, diguna untuk menjejak rakan-rakan lama, diguna untuk bina komuniti online, itu sudah NORMAL aku dengari dan turut lakukannya. Tapi bila FB diguna untuk tarik pelabur, tarik orang untuk berniaga di tempat sendiri, aku mula berfikir, betapa berkuasanya FB, betapa kratifnya orang itu boleh memikirkan sesuatu kelainan untuk memanfaatkan kebaikan FB.
Bukannya aku tidak boleh terima FB dipelbagaikan penggunaannya namun apa yang dilakukan oleh Datuk Mohd Jeffry Rosman (DMJR) itu sesuatu yang pertama kali aku ketahui, buat aku kagum dengan usahanya itu.

Kisahnya begini, aku dikhabarkan DMJR untuk turut bersamanya ke airport untuk menyambut dua orang rakannya dari KL, seorang wartawan penyiaran iaitu Nas Ahmad dan seorang lagi ahli perniagaan. Setibanya, mataku hanya mengarah ke Nas Ahmad tanpa menghiraukan tetamu keduanya. Tapi setelah bersalaman, aku hanya memerhati dan bagiku orangnya tampak biasa, isterinya juga demikian, pasangan yang turut mengikuti rombongan ini juga biasa-biasa sahaja. Mereka 4 orang dan seperti kebiasaan menyambut tetamu, semanis-manis senyuman, seindah-indah bahasa dituturkan.
Tanpa aku ketahui, mereka ini rupanya pasangan datuk dan datin, tengku di raja yang berstatus jutawan perniagaan. Datuk Jamhuri Abd Rahman adalah rakan FB kepada DMJR yang sebelum ini hanya mengkhabarkan peluang perniagaan di Tawau secara online. Setelah DMJR berkunjung ke Semenanjung, kedua-dua mereka menjadi sahabat real life dan atas keyakinan untuk berurusniaga, Datuk Jamhuri tekad mahu ke Tawau sebelum melabur di Tawau. Hebat kuasa FB!

Siapa Datuk Jamhuri Abd Rahman
Beliau adalah satu-satunya ahli perniagaan berasaskan keluli di Malaysia. Beliau adalah Pengarah Urusan Greatcool Sdn Bhd, sebuah syarikat ternama yang sudah lama dalam bidang perniagaan berasaskan teknologi keluli.
Apa potensi perniagaan berasaskan keluli yang ada di Tawau?
Datuk Jamhuri menggelar Tawau sebagai satu kawasan perniagaan yang sedang membangun, strategik kedudukan geografinya dan memberi saingan pasaran kerana penawaran yang ada di sini amat tinggi kosnya.
Apakah perniagaan berasaskan keluli yang mahu dikembangkan di Tawau?
Ia adalah perniagaan yang menyediakan bahan keperluan untuk kegunaan dapur, restoran, hospital dan lain-lain. Ianya boleh berbentuk meja penyediaan makanan, meja dan kerusi makan, tray makanan dan apa sahaja yang diperlukan. Keunikan peralatan ini adalah ianya bersih, tahan lama dan tahan karat dan amat praktikal dalam semua bentuk penggunaannya.
Apa manfaat sekiranya perniagaan ini berkembang di Tawau?
Ianya akan memberi pilihan penawaran yang bermanfaat kepada semua pihak dan ianya akan memberi peluang pekerjaan kepada belia di Tawau. Kemahiran yang ada pada belia Tawau dapat dipraktikkan untuk memajukan ekonomi Tawau.
Sekiranya berjaya dijalankan, apakah sasaran pelaburan dan impaknya kepada Tawau?
Sasaran untuk menjadikan Tawau sebagai hub utama pengeluaran peralatan berasaskan keluli. Kilang pemprosesan akan dibangunkan dan peluang pekerjaan akan bertambah. Peralatan ini akan dieksport melalui kilang di Tawau dan sasaran pasaran di seluruh Sabah dapat dipenuhi di samping memenuhi permintaan dari luar negara, Indonesia, Filipina, Australia dan sebagainya.
Di akhir temubual, Datuk Jamhuri ada menyatakan perancangannya untuk membawa 10 orang belia Tawau untuk mula berkerja untuk dilatih menjadi pekerja mahir. Ini dilakukan untuk memastikan teknologi yang bakal dibawa ke Tawau menepati standart syarikat dan bersedia beroperasi dengan baik seterusnya berkembang maju.
Apa yang aku kagumi tentang Datuk Jamhuri
Walaupun aku tidak mengenalinya seperti orang lain, aku kagum dengan sikap Datuk Jamhuri yang menampilkan identitinya sebagai peniaga. Dia berpijak di bumi yang nyata ketika memberitahu perancangannya, tidak bermegah dengan empayar perniagaannya sedangkan dia seorang jutawan yang boleh membeli apa sahaja untuk memulakan perancangannya.
Dia juga kagum dengan belia Tawau yang kebanyakannya merantau untuk maju. Pengorbanan mereka perlu dihargai kerana hanya belia yang tekad, kuat semangat dan berfikiran jauh sahaja yang sanggup melakukannya.
Hebatnya kuasa FB, meskipun FB itu selalu dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif tetapi dengan adanya niat yang baik, sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama akan menyusul.
Comments
Powered by Facebook Comments









boleh la apply kerja ni kan…ehehhehhe..
Reply
Maya reply on July 20th, 2011 3:30 PM:
bisa… sabar menanti
Reply