
Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata penulis blog perlu mewujudkan kod etika mereka sendiri bagi memastikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Bagi aku, etika berblog adalah menjadi diri kita semasa menulis, menulis apa yang kita ketahui, mengulas sesuatu topik atau isu dari aspek pandangan kita juga bersedia mempertahankan kebenaran dengan apa yang kita telah tulis…. Kalau sudah salah, cepat2lah mengaku, kerana teguran itulah antara pengajaran yang akan kita timba dari dunia blog.
Aku bukanlah penulis blog yang mahu menjaga kepentingan tertentu di dunia internet ini namun memandangkan kerajaan sendiri semakin mengambil serius dengan penulis blog, maka aku ingin mengajak kawan2 dan pengunjung blog aku ini untuk mula memahami etika berblog. Bagi aku, amat jelas sekali kerajaan semakin terbuka dan prihatin dengan era blog dan mahu membentuk budaya berblog untuk pembangunan negara. (macam ayat orang berkempen pula).
Sedar atau tidak, etika berblog orang kita semakin keterlaluan dan semakin hanyut dengan gaya “menghasut” dan “memperdaya” semata-mata. Maksud aku di sini bukanlah kepada laman blog politik semata-mata, tetapi juga kepada laman blog kecantikan, fesyen, teknologi dan banyak lagi cabang-cabang penulisan blog yang lain.
Aku ingin memetik lagi apa yang diterbitkan dalam berita Bernama itu semalam iaitu:
Sementara itu, presiden penaja National Alliance of Bloggers (All-Blogs) dan wartawan Ahirudin Atan berkata penulis blog sepatutnya mengeluarkan kod etika mereka sendiri tanpa campurtangan kerajaan.
“Penulis blog mempunyai kuasa mempengaruhi pendapat, dan jika ia (kuasa) disalahguna, ia boleh menimbulkan pemusuhan di kalangan rakan,” katanya pada persidangan itu.
Beliau juga berkata komen yang tidak mempunyai nama perlu dilayan seperti “surat layang” dan penulis blog serta pembaca mempunyai hak untuk tidak melayan mesej itu.
Comments
Powered by Facebook Comments









waaa..ndak lama wujud akta :p
Reply
Maya reply on November 25th, 2008 10:55 AM:
hehe akta blog yg pertama di dunia
Reply
elok juga kan…dari aspek lain kebebasan tersungkur juga sedikit demi sedikit. ingat lagu burung kakaktua di jendela.
Reply
Kemungkinan ada bagusnya. Hanya diMalaysia sahaja yang suka membuat Akta utk rakyatnya!
Dimana Kebebasan rakyat untuk bersuara? Disekat apabila mengetahui kata-kata rakyat sendiri adalah benar dari mereka(pemimpin yang takut)!
Demokrasi yang semakin pudar…
Kita Semua Perlu BEBASSS!
Dengarkan lagu butterfingers – bebas, anda akan faham pengertiannya.
p/s- ini semua adalah mainan politik semata-mata!
Reply