Sumbanglah tulisan anda di library
Semalam seawal 8 pagi lagi, aku dan Tawau Bloggers Unity (TBU) yang lain mengikuti Seminar Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah Pindaan 2007 di Perpustakaan Wilayah Tawau. Mulanya agak kekok dan segan juga kerana peserta yang menghadiri seminar ini adalah golongan pengamal media wartawan, jurugambar, DJ, pegawai kerajaan dan guru-guru (ada juga beberapa guru adalah bekas guruku), sedangkan aku hanyalah seorang penulis blog yang menjadikan medium alam maya sebagai destinasi penerbitanku.
Apa kaitan aku dengan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah Pindaan 2007? Ketua Bahagian Penyerahan Koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Puan Christina Jaisah Kahar mula tampil memberi ceramahnya “Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah (Pindaan) 2007 dan Peranannya Ke Arah Membina Koleksi Negeri” yang dihurai satu persatu isinya dengan teliti…. Namun kepalaku masih tertanya-tanya dengan soalan yang sama… Apa kaitan aku dengan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah Pindaan 2007 ini?
Sejam kemudian, Puan Christina tidak beganjak dari menguasai pembesar suara penceramah kerana menurutnya, dia diamanahkan untuk menyampaikan ceramah kedua kerana penceramah jemputan dari Perpustakaan Negara tidak dapat hadir. Aku fikir, its ok… kerana Puan Christina sememangnya pakar dalam hal-hal perpustakaan kerana memiliki master dalam bidang ini. Dia mungkin dapat memberitahu aku kenapa aku sebagai bloggers perlu ada untuk mendengarnya. Dia pun menyambung “Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 33`) dan International Standart Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN).
Aku still blank… Rakan-rakan TBU mengusulkan untuk bertanya soalan, aku reka soalan tapi dalam kepalaku, bloggers berbeza dengan pengamal media atau penulis buku kerana hasil terbitan mereka boleh disentuh dan dijilidkan untuk himpunan perpustakaan… Aku diam mendengar dan meneliti soalan-soalan yang ditanya oleh peserta yang lain.
“Mestikah bahan yang disumbangkan untuk koleksi dalam enakmen ini perlu boleh disentuh fizikalnya, bagaimana pula dengan karya penulis internet seperti bloggers yang turut mempunyai karya penulisan dan artikel yang boleh ditatap oleh generasi akan datang?
Kepada rakan-rakan bloggers, sebenarnya kita boleh menyumbang koleksi berkualiti dalam blog kita untuk dijadikan simpanan perpustakaan agar generasi akan datang dapat melihat apa yang telah kita tulis di internet ini…
Caranya? Kesemua artikel yang terbaik boleh diprint dan dibinding dengan cantik sebanyak 3 salinan dan serahkannya kepada perpustakaan… Kebaikannya? Ala.. supaya anak cucu generasi akan datang mengetahui kewujudan dan kualiti kerja kita sebagai rujukan mereka.
Kelak, akan adalah cucu-cicit kita berkata:
“wahh dulu atuk aku pernah menulis tips untuk menjana duit melalui internet, nenek aku pernah ikut bengkel penulisan adsense…. dan sebagainyalah…




Puteri Ezza
Satu seminar yang bagus. Nanti bolehlah ahli-ahli TBU memeriahkan industri penulisan dan penerbitan tanah air. Boleh sambung tulis buku tentang pembangunan di Tawau.
P/S: Adeh, macam pernah kulihat wanita ke-3 dari kiri di hadapan tu. Tapi di mana ya? Kehkeh.
[Reply]
Puteri Ezza
Kalau masih blank ndak apa bah sis. Nanti boleh dapatkan buku tentang penulisan, akta hak cipta dan lain-lain yang berkaitan dengan penulisan/penerbitan/percetakan. Ada banyak buku tentang tu di library atau kedai-kedai buku. Sekadar untuk bacaan tambahan.
Aku ada bagi nama Tawau Bloggers kepada Dewan Bahasa dan Pustaka & Badan Bahasa dan Sastera Sabah untuk bengkel penulisan yang akan dibuat hujung tahun ni. Aku bagi no phone sis & si Alwis. Nanti dorang call tu.
[Reply]
Maya reply on October 30th, 2008 3:54 PM:
ok
[Reply]
don
huhhuhu…
atuk adsense lawh..
sepa lawh tuh..
bkn 8 naskah ka smuanya??
[Reply]
Maya reply on October 30th, 2008 4:02 PM:
kalau bukan mau dijual, ndak payahlah apply tu isbn, issn…
[Reply]
lilou
ko indak taw kaa atuk adsense tawau don? kupenah baca blognya punya gila duit internetnya dalam diamdiam
[Reply]
angriani
hehehehehe
ndak abes fikir sis
masa mau keluar tadi ditahan
“mau ke tandas”…hahahahaha
terus ingat c Kakak
[Reply]
don
lilou…
taw wa…
hehehe….
[Reply]
friendly
blank…. blank…. blank…… hahahaaa….
[Reply]
cikeyda
dengkinya aku!
[Reply]
Maya
kelak ada nenek yang akan berkata…
nenek: itulah nenek, selalu ikut moyangmu pigi makan sama kawan2nya…
cicit: tapi nek, kenapa potpetpotpet bewok ni nek….
si nenek: ngeee
[Reply]
sankai
banyak aktiviti yg xdapat join nie…
[Reply]
don
huahuahua..
sbr lowh sankai..
sankai p kk kan nnt sab2 smpi khamis dpan?
to Maya,Alwis,Adry
-Selamat mencari..
huhahuahua..
treasure hunt toe
[Reply]
Maya reply on October 30th, 2008 4:12 PM:
kami sudah hampir berjaya dalam trasure hunting tu…doakan semuanya ok
[Reply]
romzi
[Reply]
Maya reply on October 30th, 2008 4:14 PM:
berkat kita bersatu…sama2 memikul yg berat2 (wpon aku mmg berat)
[Reply]
don
together we unite…
sama2x kita mengup kan tawau bloggers..
bkn tuk sapa2x gak..
tuk komuniti kita…
n tuk tawau…
[Reply]
Mohd Hafifi
baguslah tawau blogger unity ni, asyk ade aktiviti je..allwis mesti bz mo jg tawau bloggers ni..
p/s: salam perkenalan
[Reply]
Maya reply on November 3rd, 2008 10:04 AM:
Hehe memang banyak aktiviti, kalau nak, mehlah join…rasanya dah cukup syarat tu.
Penggawa alwis mmg bz selalu, tp demi TBU, banyak yang perlu dikorbankan.
Selamat berkenal2an Hafifi
[Reply]
don
salam
-hafifi
[Reply]