Betapa pentingnya email pada hari ini kerana tanpanya bagaimanalah nasib kita untuk mengutus surat sepantas beberapa saat sahaja… Email bagiku ibaratkan alamat diri anda, suatu alamat yang bersifat peribadi mahupun general.
Aku mengusahakan perniagaan internet dan setiap hari aku akan berdepan dengan pelanggan dari semua peringkat umur yang mahu menggunakan internet. Di awal tahun 2003, terlalu ramai yang tidak mempunyai email dan aku akan memperuntukkan masa untuk menerangkan apa itu email dan mengajar pelanggan untuk berurusan dengan akaun email mereka. Saban hari itulah antara rutin harianku, mengajar pengguna internet untuk memiliki email.
Aku masih ingat, suatu masa dulu juga aku menyediakan tutorial di kertas A4 yang akan diberikan kepada pelanggan yang mahu membuka akaun email… langkah itu bukan beerti aku sudah bosan melayan karenah pelanggan, tetapi untuk memudahkan kerja-kerja lain lebih-lebih lagi apabila lebih daripada seorang yang mahukan pertolonganku untuk tujuan membuat email.
Sejarah EMAIL.
Email atau nama panjangnya electronic mail sebenarnya diawal penciptaannya oleh Ray Tomlinson hanyalah pesanan yang ditinggalkan kepada pengguna komputer berikutnya selepas dia menggunakannya. Ketika itu Ray merasakan cara itu praktikal untuknya yang bekerja dengan Bolt, Beranek and Newman (BBN), sebuah jabatan pertahanan Amerika.
Setelah cara awal itu berkesan, Ray meneruskan eksperimennya menghasilkan email dengan menggunakan file protocol yang bernama CYPNET sehingga program SNDMSG boleh mengirim pesan sebuah komputer ke komputer lain yang berada di dalam jaringan ARPAnet.
Kejayaan itu telah mencatatkan sejarah terciptanya sebuah email yang pertama kali dikirim oleh Ray. Perkataan dari email pertama di dunia itu hanya bertaip “QWERTYUIOP”.
Pada tahun 1972 pula, Ray mengenalkan icon ” @ ” yang disebut sebagai “at” sebagai identiti email bagi memisah user id dan domain sebuah alamat email.
Di mana anda boleh mendaftarkan email anda?
Terlalu banyak tapi yang termudah di GMAIL.COM ataupun di YAHOO.COM. Space yang disediakan pun besar dan ianya praktikal untuk anda miliki.
Apa yang jadi sekiranya anda tiada email?
Anda terlepas pelbagai kemudahan di internet seperti menjadi ahl laman web sosial, langgan perbincangan melalui email (yahoo group), tidak boleh berwebcam dengan orang lain, memiliki blog percuma, membeli barangan di internet dan baaaaanyak lagilah.
Panduan email untuk anda fikirkan.
Berapa jumlah email anda hak anda kerana anda boleh menggunakan email untuk pelbagai tujuan. Sepanjang aku terlibat dalam perkembangan internet ini, aku perhatikan alamat email atau id email bergantung kepada pemiliknya. Adakalanya id itu berasal dari perkataan lucah, namun tidak kurang pula id email yang jujur. namapenuh@ biasanya digunakan untuk memohon kerja yang dicatatkan dalam resume, imrockstar@ biasanya untuk tujuan laman web sosial.
Namun dapatkah anda menerima alamat email yang menghina tuhan? Apa anda lakukan sekiranya anda menerima email menggunakan id tersebut?









Comments
Powered by Facebook Comments