Elektrik dan Air di Tawau Beransur Pulih

Elektrik dan Air di Tawau Beransur Pulih

Alhamdulillah… berkat kesabaran dan kerjasama kesemua pihak, masalah2 yang ada di Tawau sejak akhir2 ini menjadi semakin baik. Masalah bekalan elektrik yang dicatu setiap hari kini sudah jarang berlaku. Demikian juga keperluan bekalan air bersih yang tidak lagi dicatu terlalu lama, paling tidak pun hari2 sebelum dan selepas hujan sahaja. Cuma kawasan yang mencatat kes curi air dan elektrik yang kronik sahaja yang masih berterusan dengan masalah tersebut.

Tergerak juga hati untuk mengambil gambar pil air haram, pili air bomba disalahguna, acara memancing elektrik yang rata2nya ada di perkampungan kawasan hitam di Tawau. Mungkin sekiranya aku dalam keadaan yang terjamin selamat melakukannya, barulah aku akan melakukannya. Sememangnya masalah ini ada di mana2, dan boleh dirakamkan peristiwanya dengan beberapa klik kamera, namun aku tidak mahu menanggung resiko yang boleh membahayakan diri dan keluarga… apalah daya dan kemampuan diri. Cukuplah pengalaman dikejar samseng penternak babi di Telipok suatu masa lalu memberi pengajaran kepada keghairahanku untuk menulis.

Baru2 ini, aku menghadiri satu majlis perasmian program anti jenayah di kawasan perkampunganku, yang dirasmikan oleh ADUN Tg Batu, Datuk Hamisa Samat. Agak menarik, kerana program seumpama itu dapat menghimpunkan semua lapisan penduduk untuk mengenali undang2 kepolisian dan bagaimana untuk bekerjasama membenteras jenayah. Turut mendapat perhatian ramai, slide video PDRM Tawau yang bertugas membenteras jenayah dipertontonkan. Pameran senjata2 yang sering digunakan penjenayah turut dibawa di samping gambar kes2 penjenayah yang tumpas dalam operasi PDRM Tawau.

Aku masih teringat antara kata2 ucapan Datuk Hamisah yang sememangnya sering bermain di kepala aku sendiri. Katanya, “saya sendiri hairan dengan kewujudan Kampung Vietnam yang ada di kawasan ini, dari manakah nama kampung itu diambil…,” orang ramai yang ada di majlis itu antaranya ada yang menjawab, “reka sendiri…” “sebab kampung itu macam setinggan di vietnam… ” aku tiba2 ketawa sinis…

Related Posts with Thumbnails

Ditulis Oleh Maya

Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.
Categorised under Blog, Event, Tawau
Bookmark the permalink or leave a trackback.

8 Comments

  1. Salam.

    Tak pernah sampai ke sabah sarawak..bila ye nak dapat jejakkan kaki ke sana..

    Reply

    Maya reply on May 28th, 2009 4:49 PM:

    Rajin2lah surfing rate AIr Asia atau MAS.

    Reply

    28/05/2009 @ 1:35 PM
  2. bagus la kalau kurang sda…. ndak sggup sda aku kepanasan di wktu malam… law mati karan, x da papa yg blh di buat… boring….
    sis, maw tnya…. blh ka ltak artikel sambutan hari guru 2009-smk pasir putih,tawau di web TBU? artikel nya nanti aku ltak di blog ku… so… sis copy jak… blh ka?

    junadi’s Terkini di blog…Manchester United vs Barcalona

    Reply

    Maya reply on May 28th, 2009 4:49 PM:

    Karang saja…

    Reply

    28/05/2009 @ 1:56 PM
  3. berkurangan kawh masalah mati air??
    kemarin mati lagi…. time org smua bersiap nak turun kerja…

    dOn’s Terkini di blog…Linkin Park – New Divide (Transformer 2 OST)

    Reply

    Maya reply on May 31st, 2009 3:58 PM:

    Ada perubahan bah don… Berpandukan skala penduduk di Tawau sekarang ini, pengurusan mereka ada perubahan. Aku sebagai bloggers yang merasai perubahannya, mahu menyampaikan penilaian yang positif atas usaha mereka… Lagipun, takkan mahu hebahkan yang negatif sahaja kan.

    Siapa lagi mau hebahkan usaha mereka, menjadikan keadaan lebih baik daripada sebelumnya… kalau bukan orang tawau sendiri.

    Reply

    29/05/2009 @ 11:59 AM
  4. hatibudak

    Rasa bencana lau tak ada air & letrik…satu rumah satu tangki..kuasa letrik dr bateri sumber kuasa matahari..Uhh..perkayakan pilihan anda…

    Reply

    Maya reply on May 31st, 2009 4:01 PM:

    Kalau sediakan tangki air, aku rasa ada sudah pemimpin tangki air yang boleh kita rujuk… Tapi kalau kuasa solar, menarik juga kan difikir2 dan dipraktikkan. Cuaca kita pun selalu panas…

    Bagus ideamu hatibudak

    Reply

    29/05/2009 @ 3:45 PM
  5. 3 hari suda aku ulang alik pi tg batu mandi…3 ari xda air..mau mandi wajib pun susah…

    p/s aku kenak hatibudak…=)

    Reply

    Maya reply on May 31st, 2009 7:24 PM:

    pili bomba pun tidak ada airkah di kawasanmu?

    Reply

    31/05/2009 @ 4:53 PM
  6. kecewa

    baguslah kalau begitu, tapi di kg.tg.batu ni kalau hari hujan mesti mati air. amacam?

    Reply

    08/06/2009 @ 5:02 PM
  7. kecewa

    masa reply ni air mati lagi. maklumlah kawasan tg.batu ni tak da orang-orang besar agaknya. karan pun begitu selalu mati. entah bilalah agaknya semua ni akan berakhir. negara dah lama merdeka tapi karan dan air belum merdeka lagi. tapi kalau lambat bayar, terus nak dipotong. jabatan air tu, lengkap dengan kain rentang lagi nak potong air tapi perkhidmatan dorang amacam???

    Reply

    09/06/2009 @ 8:51 AM
  8. bagus tu kamu ada jgak idup air…d kg ku lagi hebat…mo hmpir berbulan2 sdh nda idup air…tmbh lg skrg nda da ujan…kekeringan semuanya…
    niza´s last blog ..Ouch!!!! My ComLuv Profile

    Reply

    01/03/2010 @ 2:45 PM

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

or