Ejaan serupa, makna berbeza

dsc00340

PENGGUNA bahasa yang kerap meluangkan masa bagi mendapatkan maklumat hal ehwal semasa melalui televisyen atau radio, pasti pernah berdepan dengan situasi mendengar perkataan yang janggal didengar mengikut konteks ayat sama ada dilakukan kerana kesilapan menyebut atau disengajakan akibat kurangnya pengetahuan.

Kesilapan dalam menyebut abjad e pepet melalui sistem ejaan rumi janaan Za’ba dikenali sebagai e tanda bagi memudahkan pengguna bahasa mengenal pasti sebutan betul, bukan saja memudahkan penutur asli bahasa Melayu, bahkan penutur asing.

Bagaimanapun, sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang dibangunkan Za’ba dan hampir sama dengan sistem ejaan RJ Wilkinson, melalui perubahan apabila kata sepakat dicapai di antara Malaysia dengan Indonesia melalui perjanjian keseragaman sistem ejaan kedua-dua negara pada 1959 yang diberi nama Ejaan Malindo.

Kesilapan sebutan perkataan dengan ejaan serupa tapi makna berlainan melalui perbezaan sebutan seperti pada perkataan kepak, perang, sepak dan semak, ada kalanya menimbulkan rasa sakit hati meskipun dilihat kecil sesetengah pihak, selain menghilangkan tumpuan.

Justeru, sesetengah penutur bahasa Melayu berasa ada wajarnya ejaan e pepet dikembalikan kepada e tanda bagi mengelakkan kesilapan yang dirasai semakin menjadi-jadi di kalangan generasi muda hari ini, apalagi bukan penutur asli demi mengelakkan adegan tidak diingini daripada berulang.

Bagaimanapun sesetengah sarjana bahasa Melayu pula melihat tiada keperluan untuk mengembalikan penggunaan e tanda dalam sistem ejaan rumi Melayu yang asasnya digugurkan bagi tujuan memudahkan percetakan bahan bacaan, memandangkan Malaysia tidak mengeluarkan mesin taip mahupun perisian ejaan.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nasrun Alias, tidak melihat adanya keperluan untuk berpatah balik kepada sistem ejaan Za’ba kerana secara umum tidak ramai yang terkeliru dengan ejaan baru meskipun sudah diguna pakai sejak 30 tahun lalu.

“Persoalan berpatah balik kepada sistem ejaan Za’ba tidak sepatutnya timbul kerana kata sepakat penggunaan sistem ejaan baru sudah dipersetujui kedua-dua negara, selain jumlah perkataan dalam bahasa Melayu menggunakan e pepet banyak,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi, baru-baru ini.

Pengguna bahasa Melayu dinasihatkan agar memanfaatkan prasarana yang sudah dibangunkan kerajaan dalam melicinkan pelaksanaan ejaan terbabit dengan merujuk kepada kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang boleh digapai dalam bentuk bahan bercetak dan dalam talian.

“Dengan merujuk kepada kamus terbitan DBP yang memberi ejaan betul dan penjelasan kaedah penggunaan perkataan akan memudahkan penutur bahasa Melayu menggunakannya mengikut konteks sewajarnya dan tidak akan timbul kekeliruan,” jelasnya.

Nasrun yakin sistem ejaan rumi baru disediakan pihak bertanggungjawab kedua-dua negara bagi menyenangkan penutur bahasa Melayu di samping, memungkinkan terhasilnya satu sistem ejaan yang sempurna dan kemas selain penggunaannya tidak sukar difahami.

Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Midiyana Mohamad, senada dengan Nasrun apabila menolak pandangan sesetengah pihak yang mempersoalkan perubahan itu kerana baginya pembaharuan terbabit tidak akan mencetuskan masalah besar kepada penutur bahasa Melayu.

“Tidak dapat dinafikan sering terjadi kekeliruan apabila penggunaan perkataan membabitkan heteronim iaitu dua kata atau lebih dengan ejaan sama, tetapi sebutan berbeza terjadi. Misalnya, penggunaan kata perang yang dieja dengan e taling dan e pepet membawa dua maksud berbeza.

“Kata perang yang dieja dengan e taling membawa makna pertempuran atau perkelahian menggunakan senjata, manakala perang dengan ejaan e pepet bermakna warna merah kehitam-hitaman. Saya tidak melihat masalah dalam mendidik generasi muda dengan penggunaan e pepet,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak penggunaan kamus dan kaedah komunikasi yang baik dan sesuai, bukan saja dapat membantu memperbaiki kaedah sebutan, malahan dapat mengelakkan propaganda yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati semua pihak, sekali gus menjaga martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sumber: Berita Harian

Semua di atas itu adalah untuk bacaan dan renungan keilmuan sahaja. Aku just nak bagitau sebenarnya aku Ke Kunak Lagi…

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Ejaan serupa, makna berbeza”

  1. mefranz

    Apr 13. 2009

    Ada juga sebutan sama,ejaan sama tapi makna berbeza.. jika tidak salah saya cth “mereka”

    Reply

  2. Adry

    Apr 14. 2009

    Have a safe journey to kunak…

    Reply

  3. Mohd Hafifi

    Apr 19. 2009

    rumit jugak bile ckp soal bhsa neh..

    Mohd Hafifi’s Terkini di blog…Aeropama Berhenti Menulis

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge