
Seawal 7.30 malam, aku sudah berada di rumah… rasanya, inilah malam minggu pertama aku balik awal kerana aku mahu pastikan rumahku akan bergelap sejam kerana kempen Earth Hour di Malaysia. Jam 8.15, mak aku sudah bersiap-siap dengan lilin di ruang tengah rumah.
“Kasi matilah lampu tu,”
“masih awal lah mak, belum 8.30 ni.”
“biarlah awal, bukan rugi juga kalau kasi mati awal,”
“kejap, ambil barangku dulu di bilik,”
Aku lihat bapaku hanya di ruang tamu, dengan aktiviti sigupannya. Selesai main switch dimatikan, keadaan mula gelap, hanya sayup-sayup saja mata memandang dengan bantuan lilin di ruang tengah rumah.
“kenapalah rumah jiran kita tidak mati lampunya,” mak aku mulakan perbualan.
“dorang tidak tau ada kempen begini bah tu,” bapa aku membalas.
“kempen earth hour ni bukan wajib, tapi atas kesedaran kita mahu jimat bahan bakar dunia, kira macam buat sukarela kita saja,” jelasku.
“tapi aku dengar, rumah kita kena tembak satelit kalau tidak kasi mati lampu.”
“hahahaha… manalah boleh satelit tu menimbak, dikeker bolehlah,” bapaku kelucuan.
“apa2 sajalah, yang penting kita ikut ini kempen kasi selamat bumi kan.” mak ku cover line.
Tiba-tiba, dengan sound speaker besar kedengaran lagu tema Akademi Fantasia dari rumah jiran. Baik punya jiran!
Adik aku sempat telefon buat laporan. Katanya di KLCC memang bergelap tapi masih ramai juga yang tidak matikan lampu…
Tepat 9.30, aktiviti lepak sambil minum2 teh, makan keropok lekor dan amplang pun tamat. Bila switch on lampu, nyamuk pun kegirangan sebab mereka terbang membawa balik bekalan darah kami.


haha! best betul keluarga engkau! aku sini kan, pun sama hairan jiran tak tutup elektrik… maka jam kami 10 minit lebih awal!
9:20p.m. ayah aku dtg tak tau kempen ni sdg berjalan.. tiba tiba buka semua lampu! bukan main tekejut kami sekeluarga! aah.. Maju Earth Hour!!!
Tim’s Terkini di blog…7-Zip
Reply
aik? main switch?
Reply
Maya reply on March 30th, 2009 10:46 AM:
Ya, di kasi mati itu main switch karan di rumah sis bah don supaya sumuanya mati… 100% mati selama 1 jam.
Maya’s Terkini di blog…Lulus Earth Hour
Reply
kalo ada pertandingan mati karan selama sejam, sis la pemenangnya…. hehe…
d luluskan oleh sirim ke sis….
friendly’s Terkini di blog…Peraduan Menang Tiket Konsert Sure Gegar @Tawau
Reply
Maya reply on March 31st, 2009 10:21 AM:
USD1 jutakah hadiahnya Agus… hehehe
Maya’s Terkini di blog…Lulus Earth Hour
Reply
combi tak kasi mati kipas pun..
combi’s Terkini di blog…candle lite dine..
Reply
Maya reply on March 31st, 2009 10:22 AM:
Setakat yang kita mampu dan ikhlas bah tu kan sis… Yang penting kesedaran untuk jimat karan.
Maya’s Terkini di blog…Lulus Earth Hour
Reply
aku kaC mati lampu jak…
hehehe….
TV tetap on….
tapi banyak jgak rmah yang ndak support earth hour….
junaidi’s Terkini di blog…Peraduan Menang Tiket Konsert Sure Gegar @Tawau
Reply