e-Lodgement Suruhanjaya Syarikat Malaysia

elodgement

Datuk Mohd Shapie Apdal merasmikan e-lodgement di Tawau.

Pagi Sabtu ketika di Majlis Pelancaran Perkhidmatan e-Lodgement Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), seorang makcik kedengaran berkata kepada rakannya,

“Eh, macam senang sudah hidup sekarang ni, semua boleh buat di rumah”. Makcik kedua menyampuk,

“Macam beli tiket Air Asia jua ni, boleh beli dari mana saja, asalkan ada internetmu di rumah. Di restoran pun sudah boleh”.

Aku diam sahaja, sambil mata kutumpukan kepada penerangan perkhidmatan SSM ni. Tiba-tiba makcik pertama menyampuk lagi, katanya;

“Semua ini sebab ada BN bah, tu depan tu Datuk Ghapur, Datuk Sapiee (Datuk Mohd Shapie), Datuk Hamisah, Muis Picu… bla bla ntah apa nama lagik dia sebut… semua ni kerja doranglah…”

Makcik di sebelahku tiba-tiba memandangku lalu berkata,

“Bagus ko undi BN, kasi senang kita semua buat kerja, semua boleh dibuat di rumah,”

Aku cuma mampu mengangguk dan berdiam. Dalam hati, kenapalah bab politik masuk dalam majlis perasmian sebegini. Rupanya sebelum aku masuk ke dewan ini, sudah ada dua bas digunakan untuk mengangkut penyokong BN ke majlis itu. Patutlah… ini siri kempen rupanya. Tak kisahlah, masing-masing ada matlamat, ada pendapat, bebas hendak mengatakannya kerana kita negara demokrasi.

Apa yang aku perolehi melalui pelancaran ini, maklumat perkhidmatan kesetiausahaan syarikat di Tawau, prosedur mensyarikatkan perniagaan.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai SSM, silalah ke www.ssm.com.my

Related Posts with Thumbnails

Comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments yet.

Leave a Comment

CommentLuv badge