
Pagi ini, kalungan bunga-bungaan akan diletakkan lagi untuk kali ke 33 di Tugu Peringatan Double Six di Sembulan, Kota Kinabalu. Pastinya keluarga terdekat 11 orang termasuk 6 pemimpin Sabah akan bersedih dengan linangan air mata, untuk kesekian kalinya lagi di sana.
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)
Tahun ini, aku tergerak hati untuk mengikuti perkembangan tragedi double six kerana 6676 adalah tarikh kelahiranku, dan aku tidak pernah menulis mengenainya di blog ini. Selepas menaip keyword tugu peringatan double six di carian google, aku dapati tugu itu sudah berubah berbanding kali terakhir aku ke sana, 10 tahun yang lalu. Ianya sudah dijaga rapi dan barulah layak menjadi sebuah tugu yang mencatatkan sebuah sejarah penting Sabah.
Akhirnya, melalui laman web Sabah Tourism Promotion Centre ( STPC), aku mendapat info yang STPC akan menganjurkan satu upacara ringkas bagi memperingati tragedi hitam double six itu. Kerana ingin tahu, aku ringkaskan kerja, aku pun email STPC.
Apakah acara2 yang akan diadakan sempena memperingati tragedi double six itu nanti? Kebetulan saya adalah anak kelahiran 6 jun 1976 dan ingin mengetahui lebih lanjut acara2 yang akan diadakan di sana nanti.
Kemudiannya, aku menerima email ini:
Untuk makluman, pihak DBKK akan mengadakan upacara ringkas meletakkan karangan bunga di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan Kota Kinabalu bermula jam 8 pagi hari Sabtu ini.
Karangan bunga akan diletakkan oleh YB Datuk Edward Yong, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN Tanjung Aru, Mayor Bandaraya KK, Ketua Polis Bandaraya KK dan juga oleh wakil-wakil keluarga yang terlibat.
Sebenarnya upacara ini diadakan setiap tahun pada 6 Jun. Jadi kalau tidak berkesempatan tahun ini, mungkin tahun depan boleh datang ke Tugu Peringatan Double Six untuk menghadiri dan memperingati hari tersebut.
Terima kasih.
Best regards,
Syron A. Tunggolou
Aku kagum dengan respon yang diberi, cepat, tepat dan memudahkan penyampaian maklumat. Tahniah STPC.

Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.
Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.
Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.
Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).
Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.
Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.
Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).
Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:
Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];
Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];
Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];
Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];
Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];
Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];
Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];
Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.
Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.
Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.
[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]
Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).
[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]
Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.
Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.
Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.
Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.
Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.
Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.
Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.
Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.
Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.
Sumber Gambar telah diedit oleh puadede.com
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






friendly
Jun 06. 2009
nampaknya tragedi ni berlaku aku blum lahir lagi…. takziah buat mereka semua….
friendly’s Terkini di blog…Yang Dikatakan Dengki Khianat.
Reply
dOn
Jun 06. 2009
Happy Birthday Sis
dOn’s Terkini di blog…Linkin Park – New Divide (Transformer 2 OST)
Reply
ajampeace
Sep 07. 2009
rasanya mesti ada konspirasi…
Reply
tompinai
Dec 09. 2009
Hidup Sabah! Hidup Stephens! Merdeka Sabah!
Reply
Tokou ngawi tie...
Apr 08. 2010
Banyak perkara Yg kita x Mngerti…. Sejarah akan membuat Kita Faham….So kurangkan Kontroversi…..Banyakkan Agenda….
Reply
urangdusun
Jun 06. 2012
sedikit ilmu sejarah negara sabah..Alhamdulillah..
Reply