Sejak akhir-akhir ini kes jenayah di Tawau semakin menjadi-jadi. Pelbagai kes dilaporkan di dada akhbar dan yang aku perasan kes paling panas di Tawau adalah geng ikat yang merompak rumah ke rumah dan kes ugut samun.
Dan yang paling terkini, seorang doktor klinik swasta, Dr Lim Tow Kiat, ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat di rumahnya. Apalah dosa doktor itu hinggakan diperlakukan sedemikian…
Doktor ini sebenarnya berkhidmat di sebuah klinik yang berdepan dengan kedaiku dan khabar kematiannya aku terima pagi tadi daripada salah seorang pelanggan klinik tersebut. Apabila aku online dan mula berFB, seperti biasa, laman FB MyTawau yang lebih laju dari mana-mana media di Tawau ini sudah memaparkan berita kematian Dr. Lim Tow Kiat ini.
Berikut adalah respon warga FB. Maaf bahasa orang Tawau memang macam ini, agak kasar tapi dalam hati ada taman + baik hati.
Ini pula kenyataan rasmi dari Bernama.
Penduduk di Tawau gempar apabila seorang doktor terkemuka di daerah ini ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di rumahnya di Taman Bunga Tulip, Tawau hari ini.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, berkata mayat Dr Lim Tow Kiat, 49, ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah oleh seorang pekerja kliniknya yang ke rumah doktor itu kira-kira jam 9 pagi.
“Terdapat kesan luka di bahagian belakang kepala dipercayai akibat pukulan senjata tumpul,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya doktor itu dibunuh kira-kira lapan jam sebelum mayatnya ditemui.
“Tidak ada harta benda mangsa yang hilang sama ada wang ringgit atau barang bernilai lain. Satakat ini, kami percaya kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan orang yang dia kenal kerana tiada tanda rumah itu dipecah masuk,” katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Update:
Pengalaman menemui mayat Dr Lim Tow Kiat
Comments
Powered by Facebook Comments











aku sendiri terkejut dengan berita ini .. tidak aku sangka d tawau ni pun masih boleh terjadi kes jenayah bunuh seperti kebiasaannya aku lihat d kaca tv yang berlaku d semenajung malaysia..
Reply
Maya reply on December 9th, 2010 12:17 AM:
macam ndak selamat bah sekarang ni, jenayah ada di sana sini… apa pun senantiasa bersedia dengan apa pun kemungkinan…
Reply
kesian owhh……..
i tinggal d kg. jawa dkt sgt dgn tmn tulip nih…
gila kejam! siapa org tu ah? bkn org tempatan kalik yg buat..
Reply
dulu jarang2 kiat baca berita orang kena bunuh. sekarang ni everyday ada, banyak pulak tu…
Reply
takajut ba juga aku kak… dia ni frenly ba… kl aku sakit aku slalu p jumpa dia.. lama lagi kami berita2 time dia merawat… aduh… sapala punya kerja ni…
Reply