Di Mana Syurga Gula Tawau?


Aku labelkan Tawau sebagai syurga gula. Tawau sebenarnya kaya dengan bekalan gula. Atau paling tidak pun, terlalu banyak pembekal gula yang sengaja menyembunyikannya atau hanya akan menjualnya kepada pembeli yang dikenali kerana sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Memanglah berniaga itu perlu untung akan tetapi ada undang2 menetapkan harga barang kawalan tidak boleh disalahguna memperniagakannya. Kerajaan telah mengeluarkan subsidi untuk mengimport gula, lalu begitu mudah mengeksport semula gula itu ke seberang… Itu namanya pengkhianat negara yang sememangnya perlu mendapat pengajaran dari kesalahannya.

Dalam kes penangkapan di atas, memanglah tiada yang mahu mengaku gula itu milik mereka, dikatakan ianya milik penumpang. Kenapa pemilik lesen perahu itu tidak dipersalahkan saja? Mustahil pemilik perahu itu tidak mengenali siapa empunya gula2 itu… sedangkan gula2 itu disusun rapi di bahagian bawah perahu, yang sememangnya direka khas untuk menyeludup barangan.

Cubalah follow perahu itu ke Sungai Nyamuk, sila perhatikan gula2 itu milik siapa… alaaaa, semua stok itu akan dibawa ke rumah pemilik bot tu lah. Bukan setakat gula, malah beras, minyak masak dan tong gas berlonggok di bawah rumah mereka. Semua itu untuk dibawa ke Nunukan dan Tarakan.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Di Mana Syurga Gula Tawau?”

  1. 23/02/2010 at 6:09 PM #

    susahnya mo carik gula skrg d tawau..
    .-= sabrina´s last blog ..get busy~! =-.

    Reply

  2. 23/02/2010 at 8:01 PM #

    Boleh dapat, tapi harganya lain dari harga di pasaran.

    Reply

  3. ol
    10/03/2010 at 9:08 AM #

    kerajaan ttp kn harga runcit gula rm1.70…tetapi pembekal @ pemborong jual gula dngn peruncit rm1.70 juak…so peruncit nak jual dgn harga brapa?xkn rm1.75??x b’baloi.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge