Di mana PDRMTawau.Com?

pdrmtawau

Setiap kali aku online dan berkesempatan melawat pautan dari laman web ini, aku tidak akan tertinggal untuk memasuki laman web PDRMTawau.com.  Tapi sebentar tadi aku kunjungi, rupanya laman web itu sudah tidak bernyawa lagi.  Sedih bila laman web itu tiada kerana laman web itu mempunyai sejarah pada keberadaan Tawau di dunia maya internet ini, apatah lagi ianya sebuah laman web yang memuatkan pelbagai info penting PDRM Tawau.

Aku masih ingat semasa dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyiapkannya, idea untuk menyiapkannya terlaksana juga kerana sebenarnya tekanan date-line itulah penyebab utama.  Aku, Jebat dan MasterScript adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembikinan awal laman web PDRMTawau.Com. Bagaimana laman web PDRMTawau.Com dahulunya disiapkan?

Petang itu MasterScript dan Jebat datang menemuiku lalu mengkhabarkan ada kerja emergency perlu dilaksanakan.  Bila aku bertanya tahap emergencynya, tempohnya hanya hingga esok pagi.  So malam itu, kami tidak tidur menyiapkannya. Esoknya, pagi-pagi lagi, kami buat last double check, cari apa yang kurang dan baiki mana2 yang kurang…

Akhirnya, PDRMTawau.Com siap dengan menggunakan CMS Joomla. Waktu itu pengaruh Joomla belum merasuk lagi di mana2 laman web kerajaan. Tidak seperti sekarang, rata2 sudah menggunakannya lebih2 lagi sekolah2 di seluruh tanahair. Kira laman web PDRMTawau.Com tu antara laman web terawal menggunakan Joomla. Malam itu, laman web PDRMTawau.Com dirasmikan dan aku masih ingat lagi, artis Ziana Zain yang diundang sebagai penghibur majlis itu.

Kini, semua cuma tinggal kenangan. Kalau laman web itu masih mahu disambung, aku bersedia menabur bakti… Cewaaah!

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

4 Responses to “Di mana PDRMTawau.Com?”

  1. romzi

    May 23. 2009

    :) web tu sunyi sepi saja macam dak pernah update sehingga expired. dorang sis tiada bahagian IT kah untuk selia tu web?

    romzi’s Terkini di blog…Photoshop yang best

    Reply

  2. sankai

    May 23. 2009

    penyelia IT kerajaan semua sibuk buat kerja lain…
    sama macam penyelia IT web smteknik ;p

    sankai’s Terkini di blog…Aku mencarut pada pemandu ST959H

    Reply

  3. Maya

    May 24. 2009

    Romzi: Dulu masa handover web tu, ada kakitangan dorang yang diserah amanah menjaga web itu. Kami lepas tangan selepas keja siap. Tergerak juga hati mau bantu tapi macam tidak pernah bertanya sja dorang tu.

    Sankai: Sis tau buat sja, sebab diminta buat sja kan. kalau diminta sekali selia, memanglah mau, cuma mungkin peruntukanuntuk selia web tiada. Apa buli buat kan…

    Reply

  4. MasterScript

    Oct 05. 2010

    Kenangan terindah yang tak terlupakan. Ikatan persahabatan yang terjalin diantara kita (Maya & Jebat) tak akan kulupakan sampai bila-bilapun. Suka duka dinikmati bersama, meskipun kini kita saling berjauhan. Terasa kerinduan bila mengenang kisah silam kita bersama. Selagi nyawa dikandung badan… ku tetap ada bersama kalian.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge