Isnin ini, aku telah tekad untuk tampil menderma darah, pass or not, blakang cerita… yang penting aku mahu derma darah. Badan aku pun sihat, tidak mengidap penyakit yang berjangkit apatah lagi Malaria, batuk kokol etc… (alhamdulillah). Kriteria itu rasanya sudah mencukupi untuk aku menderma darah?
Derma darah dan penggunaan darah oang Islam kepada orang bukan Islam dan sebaliknya hukumnya harus. Demikian juga, adalah tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam. Satu hal lagi, penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.
Bagaimana aku tergerak hati untuk tampil menderma darah? Ceritanya begini…
Sebenarnya, aku nak derma darah ni sebab akak aku dah guna 3 plastik darah di Hospital Tawau. So sebagai adik dan keluarga terdekat, aku perlu bayar darah dengan darah. Akak aku masuk hospital empat hari lalu sebab kekurangan darah dan air, tapi alhamdulillah, dia smakin sihat sekarang, dah boleh bangun.









Comments
Powered by Facebook Comments