SKBS perlukan surau.

.

.

DERMA IKHLAS ANDA BOLEH DISALURKAN KEPADA:
BENDAHARI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK BUKIT SELARONG
No akaun: Bank Muamalat 02030002120-71-9

Apabila melihat posting bertajuk “Tolong Kami Bantu Kami” di Blog Alwis, Penggawa Bloggers Tawau, aku tiba-tiba terkenang dengan nasib yang sama semasa aku bersekolah di Sekolah Menengah Abaka, Table, Tawau, tahun 1988-1990.  Keadaannya tidak jauh bezanya, cuma kami akan berjemaah Zohor dan Asar di gelanggang bola keranjang dalam keadaan panas terik, tiada pohon rendang untuk berteduh melainkan mengarah ke kiblat.  Kami bukannya solat praktikal, tetapi solat harian yang perlu ditunaikan sebelum sesi pembelajaran bermula dan pada waktu rehat. Alhamdulillah, berkat derma pelbagai pihak, akhirnya surau sekolah didirikan, dan ianya semacam satu penghijrahan dan kemenangan buat kami sebagai pelajar Muslim.

Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong, Padang Serai, Kedah, yang menyuarakan masalah mereka melalui laman web mereka SKBS sememangnya memerlukan perhatian ramai.  Dan aku sebagai bloggers, meskipun jauh di Tawau, turut ingin membantu menghebahkan permasalahan mereka.  bagi aku, ini bukanlah satu gimik atau meminta simpati dengan cara murahan, tapi sebagai bloggers, ini adalah antara tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan.

Info pembinaan surau untuk keperluan pelajar:

  • Surau yang ada di sekolah berkenaan hanya mampu memuatkan 10 orang dalam satu masa sahaja berbanding keperluannya yang semakin bertambah kerana pertambahan pelajar.
  • Plan pembinaan surau yang bernilai RM80,000.00 telah mendapat kelulusan pembinaannya oleh Majlis Perbandaran Kulim

VISI SK BUKIT SELARONG
SK Bukit Selarong akan menjadi antara lima sekolah di Kulim/ Bandar Baharu menjelang 2010.

MISI SK BUKIT SELARONG
SK Bukit Selarong berazam dan berusaha akan:

  • Mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan.
  • Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang adil dan saksama.
  • Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum dari masa ke semasa.
  • Meningkatkan prestasi peperiksaan awam dengan lebih cemerlang.
  • Mendidik murid bersahsiah tinggi dan mulia.
  • Melahirkan murid yang boleh menyesuaikan diri dan dapat bersaing secara sihat pada zaman yang mencabar ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:

CIKGU AZIZAH HASHIM
SK BUKIT SELARONG,
09400 PADANG SERAI KEDAH DARULAMAN.
Tel: 0194760501

Related Posts with Thumbnails

Comments

Posted by angriani on 16/07/2008 at 10:33 PM

mayaaaaaaaaaaaa
sis pun dah wat n3 pasal ni…
sedih kan maya…

Reply

Maya reply on July 17th, 2008 4:28 PM:

Yabah sis.. mmg sedih keadaan dorg. Lagi sedih sebab aku pernah alami mcm itu.

Reply

Wis reply on July 18th, 2008 1:50 AM:

Aku lagi sebak Riani/Maya “tau kenapa ? aku pernah jalan jauh untuk belajar sholat ni di surau yang jauh dari rumahku,tempat belajar mengaji kami, ada sekali hari itu dikejar anjing masa pigi surau ,aku lariiiii “”"sampai disurau aku pitam” sedihnya” guru ngaji aku cakap”masa kau datang surau kau ndak berwuduk…..malam tu juga aku khatamkan diriku belajar wuduk” sudah tu aku yakin ndak dikejar lagi’hari pertama..anjing kampung tu cuma ngok-ngok nampak aku…aku selamba sja…anjing menggongong kafilah berlalu,lagu lama!! “hari ketiga aku dikejarnya lagi” habis sarung aku ditariknya” fobia aku berenti kesurau…..

Reply

Posted by Lawa on 18/07/2008 at 2:30 AM

Ya Allah Ya Rabbi…
aku bersyukur padaMu ya Alah kerana idea dan ilhamku hendak masukkan hal dana pembinaan surau telah hampir menjadi kenyataan bila kau temukan aku dengan Saudara Saudari dari Bloggers Tawau yang budiman!Idea dari bloggers Tawau yang berhati mulia sepakat meletakkan hal surau kami warga SKBS!
‘HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI KALIAN’

TERIMA KASIH SAYANG ATAS KEPERIHATINAN KALIAN! (MAYA)

CIKGU AZIZAH HASHIM
SK BUKIT SELARONG,
09400 PADANG SERAI KEDAH DARULAMAN.

Tel: 0194760501
Sebarang pertayaan buat masa ini sila hubungi saya di nombor yg tertera.Insyaallah akan saya jelaskan dan jika perlu saya akan letak no telefon lain utk pertanyaan selanjutnya.

Reply

Maya reply on July 18th, 2008 12:32 PM:

Tambahan info telah dikemaskinikan…
:D

Reply

Posted by memerlukan bantuan.!!! — csankai yang hot dan sexy ;) on 19/07/2008 at 10:32 AM

[...] http://puadede.com/v1/?p=344 [...]

Leave a response

CommentLuv Enabled