Dengan TBU aku berbakti…

Aku tidak pernah terfikir bahawa sebuah komuniti bloggers kecil seperti Tawau Bloggers Unity (TBU) boleh membuka mata seorang pemimpin untuk melaksanakan tugasan yang berat untuk dilaksanakan. Aku juga hampir tidak percaya pada kemampuan diri dan ahli TBU yang akan memikul tugasan serupa dengan Suruhanjaya Pilihanraya… kerana hakikatnya siapalah aku yang tidak pernah menyertai tugasan SPR… dan siapalah pula TBU, yang kecil, masih kurang berpengalaman dalam banyak hal, tiba-tiba terpanggil untuk menyahut cabaran menjadi penentu kepimpinan masa depan… Perhatian, ini bukan entry politik!
Agak terkejut juga pada mulanya apabila tiba-tiba dimaklumkan Alwis yang telah menerima panggilan Datuk Taufik, mahukan satu pertemuan sulit kerana ingin menyerahkan satu tugasan besar… Dalam hatiku ketika itu… wah sebesar mana? Tugasan menulis untuk kempen diakah? Oh tidak… aku bukan penulis yang mahu mengampu, menaik-naikkan sesiapa tanpa ada keyakinan pada kemampuan pemimpin itu… Oh noooo, aku tidak akan berganjak daripada keutuhan prinsipku untuk tidak memanipulasikan lagi dunia penulisan untuk kepentingan orang-orang politik, mereka yang mempunyai hidden agenda, lebih-lebih lagi bagiku, itu adalah antara reason aku meninggalkan meja wartawan lebih lima tahun lalu. Dalam ruang pejabat itu, akhirnya segala persoalan yang bermain difikiranku tiba-tiba terhenti apabila satu-satu bait kata pemimpin itu aku dengari lalu ku halusi…
“Setiap kali pemilihan jawatankuasa dalam perhimpunan Umno bahagian, aduan mengenai ketidak adilan dalam pengiraan undi pasti timbul apatah lagi jika ianya melibatkan tukang kira yang mereka kenali”
Jadi kali ini, kami sepakat untuk mengambil anda sebagai setiausaha pemilihan yang akan menjalankan proses pengiraan undi kerana kedudukan kalian adalah independent, tidak memihak kepada sesiapa pun, dan tidak dikenali oleh mereka pun,”
“Saya memberi tugasan ini kerana yakin kalian mampu melaksanakannya demi menunaikan impian kami, mewujudkan satu pemilihan yang demokrasi, adil dan saksama,”
Menjelang hari yang dinanti-nantikan, seawal 7 pagi, aku persiapkan diriku dengan uniform baru TBU dan setelah berkumpul, aku bersama ahli TBU yang lain menuju ke Dewan Datuk Law, tempat perhimpunan Umno Bahagian - UMNO Bahagian P.190 Tawau diadakan. Segah kombinasi warna seragam kami, jingga dan hitam, setiap mata yang ada di dewan itu memerhatikan kami, mungkin di fikiran mereka, siapa pula rombongan ini? Pengundi hantu bahagian mana?
Aku disapa oleh salah seorang sahabat bapaku, yang katanya turut menjadi calon. Katanya, “bagus juga kamu datang, boleh menulis perjalanan pemilihan ini, kalau ada yang ‘main culas’ kamu highlight namanya…” Aku angguk sahaja. Dalam hatiku, pakcik ni tidak tahu lagi, akulah antara orang yang akan mengira undi dan bukannya pemerhati bebas persidangan itu seperti yang kumaklumkan kepadanya.
Tiba masanya TBU beraksi, untuk mengawal selia proses pengundian di enam saluran undi, aku saksikan ada pakcik-pakcik yang masih keliru apa yang patut mereka lakukan, ada juga mula berbisik-bisik, tulis nombor anu di kotak itu, mengadu pensel tumpul dan tidak kurang pula ada yang begitu teliti dan berhati-hati mengisi ruangan nombor di kesemua kertas undian.
Selesai sahaja proses itu, tibalah masa untuk mengira kesemua undi dan pada waktu inilah kami terlalu sibuk bagaikan lipas kudung lagaknya. Rasa seronok timbul apabila dalam keadaan sibuk itu, kami boleh terlanggar kawan sendiri, ada pula yang mengandaikan sejauh Kalabakan sudah berjalan. Bila aku duduk seketika menghilangkan letih dan keringat, aku geli hati sedirian apabila menyaksikan kelibat rakanku yang tidak saling tumpah seperti broker saham yang terkejar-kejar lalu mengangkat kertas nombor, yang saling tak tumpah seperti di televisyen.
Alhamdulillah, segalanya tamat, aku lega atas apa yang aku lakukan hari itu, aku bangga membawa sejarah kepada TBU. Kini moto “Hanya dengan menulis aku berbakti” sudah boleh bertukar menjadi “Dengan TBU aku berbakti”…
Aku berbesar hati untuk mengajak rakan-rakan di luar sana yang masih mencari keseronokan sebenar berblog. Padaku keseronokan berblog sebenarnya terletak pada niat kita… yang bagi aku tidak perlu diwar-warkan. Biarlah orang mengenali kita dengan apa yang kita lakukan dan buktikan, kerana apabila kita dikenali dengan cara itu, kita tidak akan lagi diragui dan selepas itu barulah timbul erti kegembiraan yang hanya mampu ditafsirkan oleh diri kita sendiri.
Hidup TBU… Maju TBU… Jaya TBU…! Oh, itu SAH… ya sah. Sama nombor… BATAL. Tulisan diragui… KIV… (Ayat ini ditaja oleh Puadede.Com yang turut serta dalam tugasan ‘SPR’ TBU di dalam dewan itu).
Terima kasih TBU kerana memberi pengalaman ini. Tawau Bloggers Unity, Together As One…



romzi
apapun tahniah buat tawaubloggers
Wis
Hidup TBU… Maju TBU… Jaya TBU…! Oh, itu SAH… ya sah. Sama nombor… BATAL. Tulisan diragui… KIV…
____________________________________________
perwakilan 7 ada 39 calon,,tapi ada yang tulis nombor 63 ahahaha…hampir dibuat sah…mana ada calon nombor 63 tu..40 pun ndak ada…c don,,dapat 69 punya..ahahah…style apa bilang c sankai !??
MaNiS
Hmmm..berapa bayaran yang DT bagi TBU selaku tukang kire? Sorry ehh..menyibuk sikit! hehee..
sekadar teguran..klu dah perkara panggilan DT tu untuk suatu pertemuan sulit sepatutnya tak payah la mention kat sini cukup mengatakan yg korang TBU telah dijemput untuk satu tugasan penting..rasanya tu lebih sedap didengar.
Pasti DT sering mengikuti perkembangan TBU dan sudah pasti dia terbaca para 2..”menulis untuk kempen diakah? Oh tidak… aku bukan penulis yang mahu mengampu, menaik-naikkan sesiapa tanpa ada keyakinan pada kemampuan pemimpin itu…”
Neway..selamat maju jaya kpd TBU dan sekalung tahniah untuk usaha anda semua semoga usaha kalian sedikit sebanyak dapat membantu megangkat kemasyhuran bumi Tawau di mata masyarakat Malaysia..world class klu bole!
Pahit to Manis reply on November 5th, 2008 4:45 AM:
Hmmm..berapa bayaran yang DT bagi TBU selaku tukang kire? Sorry ehh..menyibuk sikit! hehee..
@@@manis cakap tapi TBU tak tau bayaran tu,saguhati adalaaa
sekadar teguran..klu dah perkara panggilan DT tu untuk suatu pertemuan sulit sepatutnya tak payah la mention kat sini cukup mengatakan yg korang TBU telah dijemput untuk satu tugasan penting..rasanya tu lebih sedap didengar.
@@@@@@teguran yang membina demi kelangsungan kerjasama TBU dengan mana2 pihak dimasa hadapan.
Pasti DT sering mengikuti perkembangan TBU dan sudah pasti dia terbaca para 2..”menulis untuk kempen diakah? Oh tidak… aku bukan penulis yang mahu mengampu, menaik-naikkan sesiapa tanpa ada keyakinan pada kemampuan pemimpin itu…”
@@@@@ moga tuan blog memahami persepsi pelbagai pihak pembaca pasti akan diterima demi kebaikan bersama MaNiS.
Maya reply on November 6th, 2008 10:26 AM:
Komen yang tidak ada alamat email ataupun laman web memang aku tak suka, menyampah rasanya… seolah2 menyembunyikan siapa diri dia sebenarnya. Kalau berani komen, berani tonjolkan diri. Macam lempar batu sembunyi tangan ja…
Terima kasih atas komen anda.
Alwis reply on November 7th, 2008 1:42 PM:
sembahyang jumat dulu ah…lepas ni mau pegi rumah romzi…nanti aku sms ko ya…tadi aku off phone,tu ndak dapat call ..!wokey…
don
hehehe….
kenangan yg indah bersama TBU…
friendly
terima kasih manis atas teguran tu….
sankai
aku rasa tidak ada masalah utk bagi tau sebab semuanya suda berlaku dan sudah tidak ada rahsia lagi pasal tugasan itu,
aku jugak anti politik, politician and anything in between, tapi ini cuma tanggungjawab sosial.
berapa bayaran.??
hahahahhaa…
cikEyda
whatever la..
yg penting kita enjoy!!
lolo
TBU dah jadi alat DT. Nampak TBU tiada prinsip. rasanya teluskah kita mengira kalau dapat saguhati. lainlah kalau DT tak ikut tanding.
Maya reply on November 6th, 2008 10:34 AM:
Ni lagi satu, kalau berani komen, berani letak email, berani tunjuk blog kamu. Bertanggungjawab bah atas apa yang kamu komen…takutkah tunjuk siapa kamu? Komen bukan main lagi…
Memanglah datuk tidak ikut tanding sebab dia sudah menang tanpa bertanding… soal prinsip telus atau tidak, boleh uji bah. Bgtau ja kamu jeles sebab tidak pernah dapat peluang macam kami… hehehe
Alaa stakat saguhati sebegitu, program iklan di web ni pun boleh dapatlah.
Ada brani komen lagi? Ha komenlah tapi jgn main tapuk2, tunjukkan siapa kamu bah lolo…
Aj reply on November 7th, 2008 10:13 AM:
Congrats for TBU… but for me lah kan org yang comment tu biarlah dia… becoz he’s/she’s nothing.. zero kata orang putih.. why bother.. at least if he’s/she’s someone that really good enuff.. don’t worry i backing-up ur blog…
Alwis
Check IP bah Maya..sapa komen tu..
Maya reply on November 6th, 2008 1:21 PM:
tau
Alwis
Check IP dia dari mana dia mengomen
Maya reply on November 6th, 2008 1:21 PM:
tau.
tapi…
Maya
aku mau cabar tu orang supaya bertanggungjawab atas apa yang dia komen di blog ku ni… jgn melempar lepastu betapuk.
Apa barang men tapuk2
Alwis
TBU dah jadi alat DT. Nampak TBU tiada prinsip. rasanya teluskah kita mengira kalau dapat saguhati. lainlah kalau DT tak ikut tanding.
___________________________________________
kena siasat komen ni,,,kalo dah kesan tu kita hebahkan biar DT tau siapa orang tu,jangan dia fikir boleh suka suka masuk diblog orang tak boleh dikesan.
Alwis
“Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir…
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan…
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran…”
^_^ Cakkk P0ngg….Cakkk P0ngg…^_^
MaNiS
Salam..tuan punya blog,
Saya beri komen tak beerti saya tidak bertanggungjawab atas sebab tak tonjolkan diri..tuan punya blog harus faham bila anda berbloggers semua orang boleh membacanya melangkaui sempadan tpt tinggal anda dan tak semestinya orang itu juga adl seorang bloggers.
Sepatutnya anda berbangga ada orang masuk dan melihat blog anda walaupun tanpa memperkenalkan diri..itu bererti blog anda mendapat perhatian dan berperasangka baik la bahawa orang telah memberi penghormatan kepada blog anda.
Saya tak rasa komen saya tempoh hari berbaur provokasi atau cemburu dengan anda. Takkan la hanya disebabkan komen tu anda bersikap seperti anak kecil yang pantang dijentik lantas melenting dan marah2..jgn sampai orang berkata yang korang ni sombong dan angkuh pula..mesti ker semua komen berunsur pujian klu tak setinggi bukit pun setinggi langit baru nak alu2kan orang masuk blog?
Saya berbangga melihat usaha anda semua TBU dengan apa yang korang dah sumbangkan untuk TAWAU dan berharap anda berbloggers la dengan sikap terbuka..lakukan yg terbaik!
Dengan rendah diri..saya memohon maaf kpd tuan punya blog atas komen yang diberikan dan saya tak berniat langsung untuk memburukkan anda pun..klu komen saya disalah erti sekali lagi saya pohon maaf.
Wassalam..
Maya reply on November 7th, 2008 12:36 PM:
manis is pahit and lolo too?
Maya reply on November 7th, 2008 3:27 PM:
Saya beri komen tak beerti saya tidak bertanggungjawab atas sebab tak tonjolkan diri..tuan punya blog harus faham bila anda berbloggers semua orang boleh membacanya melangkaui sempadan tpt tinggal anda dan tak semestinya orang itu juga adl seorang bloggers.
……………
bukan aku maksudkan orang itu mesti aku kenali, tapi biarlah ada alamat email yang betul supaya di lain masa bolehlah aku email apa2 perkembangan, ataupun setidak2nya ada blog… mungkin aku boleh jd pelawat yang sedia membaca entry2 kamu.
Saya tak rasa komen saya tempoh hari berbaur provokasi atau cemburu dengan anda. Takkan la hanya disebabkan komen tu anda bersikap seperti anak kecil yang pantang dijentik lantas melenting dan marah2..jgn sampai orang berkata yang korang ni sombong dan angkuh pula..mesti ker semua komen berunsur pujian klu tak setinggi bukit pun setinggi langit baru nak alu2kan orang masuk blog?
……….
setau aku, komen pasal cemburu2 tu aku tujukan kepada lolo.. tapi kenapa pula kamu yang terasa? sekarang siapa anak kecil yang tak faham apa yang dibaca?
memanglah tak setinggi langit pun, aku tak minta puji pun, aku just bagitau pengalaman aku… tapi kenapa manis sibuk ja kaitkan usaha keringat kami itu dengan berapa nilai kami di bayar?
Mohd Hafifi reply on November 7th, 2008 6:06 PM:
dia sudah minta maaf tu.. jgn marah2 lagi maya..
Maya reply on November 8th, 2008 2:19 PM:
aku cuma bertegas pada yang benar.
keroro
@offtopic maya, sila tgglkan number henpon baru anda kat ym selepas membaca komen ini.
@ontopic - ala maya.. manusia ni, biarpun kalau mamat yg jd tukang kira undi tu wali alim tahap nik aziz, mmg mereka akan ckp ” ha sah kena bayar , topup , duit kopi ” . betul tak betul x penting, yg pntg drg dpt ckp sesuka hati dan buat tuduhan sesuka hati yg berat sblh pd calon yg bertanding.
pulak tu ada pula yg nk mendabik dada defend membenarkan komen tak berasas tanpa nama . Tak tau la kamu2 ni Islam atau tak , tp kalau ya perlu di ingatkan, fitnah tu dosa.
anyway maya, dah adat bila kita naik akan muncul org2 dengki .
Maya reply on November 7th, 2008 12:37 PM:
hehe…keroro bila komen mmg mengena saja
Mohd Hafifi
aktif sungguh bloggers tawau ni..tahniah2..bykkan lagi aktiviti korang, suke aku baca..
friendly reply on November 8th, 2008 3:17 PM:
jom join komuniti kitaorang…
romzi
sis projek makan2 atas permintaan incik rahman dan incik romzi sila ke http://tawaubloggers.com/2ndgathtbu/ untuk dibincangkan
Maya reply on November 8th, 2008 10:30 AM:
Roger
Mohd Hafifi
aik, mane komen aku? didelete @ masuk spam?
Maya reply on November 9th, 2008 10:32 AM:
Bukan didelete lah, aku set moderate.
lumpus
maya. she claim she knows [ pengomen tanpa nama ] wahaha kalau kenal bagusla !
anyway tabik spring dkt cik maya kerana mengPUBLISH semua comment yg tak berat sebelah dan hanya berkata2 je lebih mengenai tak berat sblh.
aku cukup anti dgn manusia yg ckp lebih nk tunjk dia yg baik, tp mendelete semua komen2 yg mengkritik dirinya tapi meninggalkan komen yg puji memuji pd diri sendiri… kasi nampak diri sendiri yang betul.
kelentong je lebih. cit podah
Maya reply on November 9th, 2008 10:40 AM:
Aik jd lumpus sudah ko keroro, aku kenal sebab avatar ko ikut sama.
Hal dialah, malas nak campur. Kalau sudah tau cara dia mcm itu, tak payah layan. Tapi kalau nak banding dengan web dungun keroro, lg hangat komen2 dorg. Hal dah berlalu, amik pengajaran sajalah.
Sejak ada kejadian orang menyamar2 ni, semua komen pun aku set moderate, biar aku dulu yang baca, aku faham, aku komen.
Ini blog aku ma, mesti aku yang duluan. Hehehe.
sankai
TBU dah jadi alat DT. Nampak TBU tiada prinsip. rasanya teluskah kita mengira kalau dapat saguhati. lainlah kalau DT tak ikut tanding.
==========================================
penjelasan:
saudara/saudari, satu jak saya mau cakap. sekiranya DT tidak mempunyai niat begitu, jawab la di akhirat ya….
sy bukan alim ugama, tapi fitnah itu adalah tidak baik.bagi sy, sekeji-keji manusia ialah yang memfitnah.
Maya
lolo Says:
November 6th, 2008 at 9:11 am e
TBU dah jadi alat DT. Nampak TBU tiada prinsip. rasanya teluskah kita mengira kalau dapat saguhati. lainlah kalau DT tak ikut tanding.
……………………………….
Kepada lolo, aku sdh trace dan mengetahui di mana anda beraksi, sekiranya tidak menerima keterangan rasmi daripada anda, aku akan memanjangkan tuduhan anda ke pihak yang berwajib.
Muktamad.