7

Demam Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau Sudah Bermula

Demam konsert lagenda rock Search dan Wings sudah terasa di sana sini. Iklim Tawau yang bersilih-ganti hujan panasnya bukan penghalang bagi penganjur konsert besar ini bekerja. Bermula dari hebahan menggunakan flyers, menggantung bunting di tiang elektrik jalan utama hinggalah ke street promotion yang menumpukan jalan yang selalu sesak di Tawau menjadi port promosi mereka. Tidak cukup dengan itu, billboard besar yang semuanya pasti nampak sudah 3 hari dinaikkan.

Pihak penganjur konsert kali ini bukanlah calang2 orangnya, idea dan pelaksanaan kerja barisan krewnya sahaja sudah bisa menggegarkan dunia facebook, corong2 radio satu Sabah, di dada akhbar tempatan malah pada setiap town yang disinggahi krew mereka. Itulah kekuatan Red Carpet Event Network yang diketuai Jublie Bachtiar, Adie Hady DY Design dan Bro Latip.

Apa kekuatan konsert double trouble jelajah borneo di Tawau.
Sudah pastinya kekuatan utama konsert ini adalah kumpulan Search dan Wings, dua band lagenda rock yang begitu ulung di minda anak muda masa dulu hinggalah kini. Difahamkan semasa Press Confrences konsert, kedua2 band itu bakal memberi gimik khas untuk peminat di Tawau.  Apa yang pasti persembahan mereka ini pastinya sehebat aksi mereka di Bukit Kiara dan di Johor dengan lagu-lagu album ‘Double Trouble’, Isabella, Balada Pemuzik Jalanan, Isi atau Kulit, Gadisku, Fenomena, Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakila, Sejati, Taman Rashidah Utama, Sejati dll…

Kenapa Tawau?
Sudah pasti kerana keunikan orang Tawau, peminat muzik rock teramai dan diakui sendiri oleh sesiapa sahaja yang pernah membuat konsertnya di sini. Aku masih ingat, semasa Metalasia mahu meraikan ulang tahun kewujudan band mereka, mereka memilih Tawau. Bila Melodi bertanya, kenapa Tawau? Simple sangat jawapan mereka… kerana Tawau ramai rockers! Faktor lain kerana penganjurnya orang Tawau :) Test dulu tempat sendiri baru menjelajah ke daerah lain.. kan kan.

Karnival Konsert Double Trouble.
Seawal jam 8 pagi, kehangatan konsert akan mula terasa sebab seawal jam itu jugalah gelanggang Futsal akan dibuka, booth aneka makanan, minuman dan jualan lain dibuka… Bukan itu sahaja, siap ada peraduan gusti lengan, pertandingan mewarna untuk pelajar Tadika, pertandingan tiru aksi artis juga akan diadakan. Tidak cukup dengan itu, penganjur juga menjemput Agensi dadah Kebangsaan Tawau untuk berkempen, Polis Diraja Malaysia dengan aktiviti pameran mereka, autoshow, bikershow, skuttershow dll… Penglibatan belia dalam karnival ini sahaja adalah bukti bahawa konsert rock bukan untuk menjadi medan ke arah kerosakkan tetapi ianya boleh membina nilai murni dan kepimpinan belia, remaja dan kanak2. Diharap, presepsi mengenai rock untuk gejala negatif dapat dipadamkan selepas ini.

Kepada mereka yang bercadang dan membuat rancangan untuk membuat onar dalam konsert ini, silalah berfikir banyak kali kerana semua gerak geri anda diperhatikan. Jangan saja gara2 nak lepas dari kaunter tiket dengan memanjat pagar, anda meringkuk di penjara.  Barangan terlarang iaitu bell kepala besar, alatan tajam, video camera, arak atau minuman yang memabukkan tak payah nak bawalah sebab ianya akan menyusahkan anda bila anda tanpa disoal siasat akan dimasukkan ke dalam lokap balai polis bergerak.

Apa pun aku sudah tidak sabar mahu ke konsert di tambah lagi kali ini aku bersama TBU dihire untuk menjadi Official Media konsert. So sambil menyelam, minumlah air… sambil bekerja nikmatilah suasana konsert yang terbesar di Tawau

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Hiburan Tags: 

Related Posts

Bookmark and Promote!

7 Responses to "Demam Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau Sudah Bermula"

  1. budaini says:

    rasa tak sabar merasa kehangatannya….. :)
    budaini recently posted..Demonstrasi Bantah Konsert Inul Di TawauMy Profile

    Reply

    Maya reply on July 21st, 2010 8:39 PM:

    aku pun sama…

    Reply

  2. Gen2Merah says:

    konsert ini menghidupkan semula otai-otai rock tawau… yeaahhh

    Reply

    Maya reply on July 21st, 2010 8:36 PM:

    pasti dapat mengimbau kenangan silam, zaman gondrong2

    Reply

  3. YussiBennayoun says:

    Cik Maya … Tawau Rawk City Yeargh…~ Pantang lari tu yang mahal sebenarnya.. ? …

    First Rock Konserto d Stadium di atas tanah berumput padang bola sepak … (Bukan cam PeterPorn dulu di Stadium tapi main dalam Dewan … Inul ??) Tiket harga RM50 serta kualiti tiket yg tidak menepati standard iso9000 meningkatkan kadar kebarangkalian untuk dicetak rampok oleh para Rawkeerrzz kunun ..

    Hati2!! .. Macam Hujan .. dont let banana fruit twice …! Maksudnya : Jgn Red Carpet jadik tikar gulung then simpan belakang lemari … Suma konsert DT sebelum nie ada kejadian kes tiket cetak rompak .. Red Alert Dowh !!

    Kapasiti stadium 15,000.. Dijangka 30,000 crowd (untuk Konsert)…
    Berdasarkan artikel diatas : ……kerana semua gerak geri anda diperhatikan. Teng de deng !!! semua beb!! plus lompat pagar +masuk penjara. Plus lagik soal siasat di balai polis bgerak !!!

    Aku jangkakan 8K++. .. suma temasuk yg dapat free tiket=1k, lompat pagar=500++, tiket palsu =5k++..

    Buat TBU ! Tahniah satu lagi tugasan paling mencabar kunuk … huhu.. Harap dapat cover suma kejadian yg berlaku seindah mgkin .. Kita jmpa d sanaaa ~ Heh !

    p/s: Adie DY Design ?? ralat(barangkali) : Hady … derr…. ke Aldin ..

    Reply

    Maya reply on July 23rd, 2010 3:48 PM:

    Ko jugalah Yus… hebak2 komenmu…
    Semua yang aku tulis adalah yang aku nampak dan telah diperkatakan oleh penganjur secara langsung ataupun secara spontan, tapi menusuk memori otakku untuk diingat. Apa yang penting, bagi aku, konsert DT adalah untuk kita di sini, jadi nak buat onar… buat dosa saja, dekat sdh bulan puasa ni… baik duduk rumah tunggu youtube.

    Ko bah yg susah dicari… Last minute baru muncul, cam hero industan. Yaaa kita jumpa di saaaaaana.

    Adie @ Hady yg penting satu saja orangnya kan.. abangmu

    Reply

  4. YUSZ FELDA says:

    ASSALAMUALAIKUM SAHABAT…

    BERHIBUR TIDAK ADA SALAHNYA.. ASALKAN IKUT GARIS PANDUAN YANG DILETAKKAN OLEH AGAMA,KHASNYA ISLAM… PIHAK PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TIDAK PERNAH MENOLAK HIBURAN.. BAHKAN MENGANJURKAN PROGRAM HIBURAN DENGAN MEMBAWA BEBERAPA ARTIS (SPT UST AKHIL HAI RAWA, PAK LONG, BLACK-VOKALIS Gamma,RADZI-Vokalis Melissa, RENGGO-Vokalis Arrow, DI PENTAS PAS DAN BUKAN ARTIS SAHAJA TETAPI PEMAIN BOLASEPAK NEGARA SPT RADHI MAT DIN… KITA AKAN BEKERJASAMA DENGAN MANA-MANA PIHAK DEMI KEBAIKAN UNTUK ADIK-ADIK REMAJA YANG PERLU DIRAIKAN JUGA ‘SELERA’ MEREKA.. ASALKAN IKUT ISLAM..

    SAHABAT, JIKA KONSERT SETERUSNYA YANG AGAK ISLAMIK DIBUAT, SAYA YAKIN DAN PASTI IBUBAPA DAN ANAK-ANAK (LAKI/POMPUAN) AKAN HADIR JUGA, BERBANDING KONSERT ‘DT’ YANG TERBATAS KEPADA GOLONGAN TERTENTU…

    *jika tuan perlu apa-apa perbincangan, garis panduan, Pihak Pas Kaw Tawau mengalu-alukan..

    SYUKRAN.. :)

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.