Datuk Tawfiq Kini Berblog

Datuk Tawfiq Kini Berblog

<p style=”text-align: center;”>dsc_00161

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan seorang pemimpin yang down to earth kini sudah mula berblog. Beliau adalah pemimpin kedua di Tawau (pertama ialah YB Jimmy Wong) yang memiliki blog secara tegar dan kemunculan blognya itu membawa satu petanda positif pada perubahan kepimpinan kita. Tahniah dan alhamdulillah, Datuk sudah mula berblog…

10 April 2009 adalah tarikh pertama bagi entry bertajuk INI BLOG SAYA yang mengisahkan dirinya yang dapat menunaikan hasratnya untuk berblog secara aktif meskipun sebelum ini hasrat itu disimpannya sahaja sejak dua tahun lalu (2007). Kenapa baru dapat ditunaikan? Tidak lain tidak bukan, beliau selalu kesempitan masa.

Malah, saat beliau membuat entry pertama itu, beliau baru sehari  menghadiri majlis kenduri Doa Selamat, Solat Maghrib/ Isha, Solat Hajat, Baca Surah Yassin, Tahlil dan Doa di Sri Satria, Putrajaya, kediaman rasmi YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sebenarnya, entry ini sudah mula dikarang pada 15 April lalu, namun aku baru publishkannya kerana masih menunggu perkembangan blog itu.  Maka hari ini barulah dapat dipublishkan kerana setelah memerhatikan blog itu, ianya original dimiliki Datuk Tawfiq.

Antara kata2 dalam entry nya itu, aku amat tertarik dengan ungkapan ini :

Sebagai menyahut seruan berubah mengikut perubahan zaman, rasanya belum terlambat untuk saya menyertai alam Blogging agar apa yang tersimpan di benak saya yang kerdil ini dapat di kongsikan untuk kebaikan diri sendiri dan sesiapa yang sudi mengikutinya.

Sememangnya belum terlambatlah… sebenarnya ramai lagi yang belum mampu tampil untuk berblog kerana terlalu banyak faktor yang menghalang.  Aku hanya berharap agar blog itu dapat diteruskan dan biarlah ianya hadir dari idea dan pemikiran datuk.  Simple macam mana pun layouts blog itu, ramai yang tidak kisah kerana “Don’t judge a book by its cover

INFO
Renungan Sejenak: Blog Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
URL: http://tawfiqtitingan.blog.com

Related Posts with Thumbnails

Ditulis Oleh Maya

Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.
Categorised under Tawau
Bookmark the permalink or leave a trackback.

7 Comments

  1. tahniah Datuk kerana telah memiliki blog sendiri.

    Reply

    27/04/2009 @ 5:21 PM
  2. Suddenly, everybody is a blogger….

    Anyway, tahniah kepada Datuk. Satu perkembangan yang menarik.

    sankai’s Terkini di blog…AFK.

    Reply

    27/04/2009 @ 9:32 PM
  3. hahaha.. bagus bagus!

    Reply

    28/04/2009 @ 2:03 AM
  4. akhirnya…
    pemimpin pun berblog…

    junaidi’s Terkini di blog…Window XP kelihatan seperti Window Vista

    Reply

    28/04/2009 @ 2:39 PM
  5. ya..why not if everyone can benefit from it.

    camellia’s Terkini di blog…Congrats my dear sister..

    Reply

    29/04/2009 @ 8:59 AM
  6. wow bestttttt~~Congrats 2 datuk~

    Eyda’s Terkini di blog…Tawau di kala malam

    Reply

    29/04/2009 @ 9:09 AM
  7. Ampunkan saya beribu ribu ampun Datuk…

    Simple macam mana pun layouts blog itu, ramai yang tidak kisah kerana “Don’t judge a book by its cover”…
    tambahan… simplicity without publicity like tawaucity without electricity…

    Sembah patik harap diampun Cik Maya…

    Kucing Garong’s Terkini di blog…Salang Jambu Anarki

    Reply

    Maya reply on May 4th, 2009 5:38 PM:

    “simplicity without publicity like tawaucity without electricity…” ngam betul

    Reply

    04/05/2009 @ 1:40 PM

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

or