Dam dam dum bunyi mercun… Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum… Semaraklah hari raya ini tahun
Rasa ceria bila dengar lagu Saloma yang ini… evergreen bagi aku. Masa dulu, aku suka nyanyi lagu ini bila mak dah mula buat kuih raya. Alasan aku simple… aku nak baju baru, kasut baru, dapat mercun skali.
Semua jadi kenangan kini… aku tahu impian kanak2 kita untuk bergembira di hari raya tidak 100% tercapai… tapi aku bersyukur punya kenangan berhari raya dengan gembiranya dan dapat bermain mercun.
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia
Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun
( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan









Comments
Powered by Facebook Comments