GEMBIRA rasanya bila segala yang diusahakan selama 8 hari menemui jalan penyelesaiannya. Masalah wireless Sony Xperia Arc S ku sudah selesai dan kini aku sudah boleh menggunakan wifi di mana pun aku berada termasuklah di rumah. Alhamdulillah.
Tidak lengkap rasa gembira ini selagi aku tidak berkongsi bagaimana menyelesaikan masalah wireless Sony Xperia Arc S. Kalau anda mengalami masalah “Wifi Obtaining IP Address. Trying to Connect Loop” atau HP connect hanya 3-5 saat… anda mengalami masalah yang sama seperti aku iaitu HP gagal mengakses wireless internet.
Berikut yang perlu anda ambil tahu jalan penyelesaian wifi sony Arc S untuk mengakses ke wireless internet anda:
- Dalam kes tertentu Sony Xperia Arc S ni mahukan anda membuat connection menggunakan static IP.
- Dalam kes tertentu setting modem WEP encryption perlu ditukar ke WPA
- Dalam kes tertentu modem perlu membenarkan penggunaan MAC filter iaitu perlu memasukkan alamat MAC IP.
- Dalam kes tertentu ubah wireless chanel ke 1,6,9 atau 11
Dalam kes aku, aku menemui jalan penyelesaian bila membaca ini:
Maybe some of you had the same problem but found a different solution. I loose a half day trying to connect to my Belkin, which does not broadcast the SSID. Now everything is fine. The Arc does not accept the character `#` (sharp) in the password. Maybe there are others more.
Aku terus ubah password wireless aku ke tanpa menggunakan #, !, @ atau * atau sebarang simbol lain.
Masalah selesai, terima kasih segala jenis forum yang banyak memberiku input pengetahuan yang berguna mengenai dunia gadget khususnya kegemaranku, Sony.
Oh ya, Sony tidak lagi dikenali Sony Ericsson setelah Sony membeli kesemua perkongsian Ericsson bernilai €1.05 billion pada Februari 2012
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments








Mus
Jul 24. 2012
tahniahlah.. berkat sabar dan rajin mencuba
Mus recently posted..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49
Reply