
Sejak jam 7 malam lagi aku ingin online untuk blogging namun Encik Berokbeng buat ragam hingga 12.40 pagi tadi. Berkali-kali aku mencuba, namun connection berokbeng tidak mengizinkan. Almaklum sajalah, Encik Berokbeng sekarang sudah lincah untuk lepak di highway bersama geng sound blast di tepi Times Squere Tawau, masa bekerja pun dilupakan. (Macamlah broadband itu orang). Kepada Encik Berokbeng, terima kasih kerana datang bertugas semula, aku tak potong gaji (setiap bulan kena bayar RM68 pakai or tak, connect or tak) tapi ko buat aku spoil malam ini.
Sebenarnya ini entry mood malas. Dan bila mood malas, semangat untuk berblog itu akan down mendadak. Bila keadaan ini berterusan, maka blog ini akan tidak berupdate macam rumah yang penuh dengan semak-samun. Tapi aku tidak akan membiatkan itu berlaku lagi.. kerana apa? Kerana aku mahu tunaikan hasrat untuk senantiasa memotivasikan diri untuk update blog. Biarlah kamurang kata aku orang gila dengan misi aku ini, asalkan aku tahu apa yang aku cita-citakan dan tidak menyusahkan sesiapa.
Cara aku motivasi diri untuk update blog?
Motivasi pertama: Anggap blog anda sebagai teman baik yang diperlukan selalu.
Hairan aku bila kamurang tiada teman baik. Semua orang ada teman baikkan, kalau bukan satu, mungkin dua, tiga dan seterusnya. Apa peranan teman baik? Teman yang baik itu adalah tempat untuk anda berkongsi sesuatu tanpa jemu. Mungkin ada yang beranggapan Facebook atau Twitter itu memadai, namun blog tidak akan pernah belot, memberi kejutan kerosakan atau masalah teknikal lain selagi anda yang mengawalnya.
Motivasi kedua: Kamu update blog kerana mahu melakukan sesuatu yang berbeza dari yang semalam.
Ini amat penting kerana aku ini jenis yang cepat bosan. Jadi untuk mengubah corak life aku, aku akan berblog sesuatu yang berbeza walaupun pada realitinya, rutin harianku agak sterotype… bangun, mandi, sarapan, pegi kerja, balik rumah, tidur. Jadi untuk menyedapkan cerita aku dalam seharian agar aku tidak bosan, aku jadikan medium blog untuk merubah feel sterotype life aku itu. Kalau mahu dicuba, silakan… kalau berkesan, alhamdulillah.
Motivasi ketiga: Jangan sekadar berkongsi tapi perlu ketahui apa yang kita kongsikan.
Ini cabaran sebenarnya kerana pengunjung blog itu berbeza-beza. Niat berblog memanglah untuk berkongsi kisah, berkongsi ilmu pengetahuan, berkongsi amarah… tapi cuba sematkan dalam diri, apa sebenarnya yang kita kongsikan itu? Adakah ianya memberi kebaikan atau sebaliknya? Siapa yang akan terkesan selepas membaca entry kita? Bagaimana kita mahu tangani sekiranya ada yang cuba menguji? Apakah yang anda perolehi selepas berkongsi? Semua persoalan-persoalan ini hanya diri sendiri yang boleh jawab.
Bagi aku, tunjang utama cara motivasi diri untuk update blog ini adalah dari kerelaan kita memberi dengan ikhlas, perkongsian yang tanpa mahu apa-apa balasan dan perlu disertai dengan kesedaran menghormati karya orang lain.. Stop copy paste karya orang lain! Bila semua ini ada, anda akan berbahagia dengan setiap entry yang anda persembahkan.
Comments
Powered by Facebook Comments









terima kasih motivasinya…
Reply
good motivation indeed.sebenarnya, tujuan aku berblog dulu ialah to entertain people with my story. sebab itu i never get too serius..hahah
Reply