Cara bungkus dan ikat Buras Bugis.

Selamat menyambut hari raya korban… Sudah menjadi tradisi orang Bugis terutamanya di Tawau, setiap kali hari raya, pasti buraslah hidangan utamanya sehingga ada yang mengatakan tidak sah jadi Bugis kalau tidak tahu buat buras.

Pada entry yang lalu, aku ada menulis tentang bagaimana mahu memasak buras dan resepi Buras Bugis itu boleh anda peroleh DI SINI.


Memandangkan resepi Buras Bugis itu kurang detail dalam cara penyediaannya, maka wujud permintaan untuk meminta aku tunjukkan cara untuk membungkus dan mengikat Buras Bugis ini.

Sedikit petua Buras Bugis untuk anda, daun pisang yang digunakan perlulah yang telah dijemur ataupun setidaknya dikukus beberapa minit bagi memastikan daun itu tidak koyak ketika membungkus dan mengikat Buras Bugis ini.

Ok mari kita belajar bungkus Buras Bugis.

Letakkan nasi yang telah dikukus di atas daun pisang segiempat.

Hujung daun pisang itu ditemukan.

dan dilipat sebesar kandungan nasi.

pastikan hujungnya betul2 memuatkan semua kandungan nasi

dan lipat lagi menjadi segiempat.

Inilah hasilnya setelah dibungkus.

Ulangi cara tadi untuk mendapatkan 2 bungkusan buras.

Perlu diingat bahawa membungkus Buras Bugis ini perlu kemas, pastikan ianya padat dan paling penting sekali, daunnya tidak merekah2 atau koyak.

Step seterusnya adalah cara mengikat Buras Bugis.  Cara yang aku tunjukkan ini adalah untuk Buras Bugis yang berbentuk segiempat yang kandungannya lebih berbanding jenis yang nipis dan segiempat lonjong.  Buras jenis ini isinya banyak dan ianya lebih lemak.

Petua mengikat? Cara mengikat Buras Bugis ini perlu teliti dan ketat ikatannya. Tali yang digunakan pula ada jenis tali guni beras yang tidak mudah putus berwarna putih. Rasanya di market ada jual bergulung2.

Kenapa perlu ikat ketat? Supaya air rebusan tidak masuk kerana sekiranya  air masuk ke bahagian isinya ketika merebus Buras Bugis ini, rasanya kurang enak dan tidak perfectlah Buras Bugis itu.

Ambil tali dan lilit badan buras

Lakukan ikatan silang

Ini cara untuk ikat bahagian bucunya

bucu kedua diikat

bucu ketiga dan keempat diikat sebegitu

Tali dililit diperantaraan dua buras, lalu diikat mati.

Inilah jadinya.

Ulangilah step membungkus dan mengikat Buras Bugis ini banyak kali untuk memenuhi keperluan hidangan hari raya anda. Selamat mencuba, semoga berjaya.

p/s: jangan copy paste entry ini tanpa kebenaran bertulis daripada tuan punya blog.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Cara bungkus dan ikat Buras Bugis.”

  1. suichi

    Nov 16. 2010

    memang stlyo!
    Semalam beliauku pun buat ikatan skill baru.. dalam 1 ikatan tu ada 5 buras.. supaya cepat bilangnya..hehe

    Reply

    Maya reply on November 17th, 2010 12:53 AM:

    kalau buras nipis2 tu buat 5 tingkat memang berbaloi, jimat tali dan masa, tp kalau yg gebu2 begini alamat teburailah dalam periuk…

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Resepi Bugis Ayam Masak Lengkuas | Puadede.Com - 21/12/2010

    [...] Ikuti juga resepi Bugis yang lain: Resepi Tumbu Bugis Resepi Buras Bugis Cara bungkus dan ikat Buras Bugis [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge