2

Butik Andaman Hati ke Hati.

SEPETANG kami habiskan bersama berkongsi cerita tentang pengalamannya sebagai Mak Andam di Tawau… Bermula dengan secawan Teh C dan RM2 pisang goreng cecah sambal di Restoran Wahab hinggalah ke titisan terakhir hidangan kami, dialog kami tetap dipenuhi dengan gelak ketawa, senyum gembira juga berbaur tergamam, terkejut dan pelbagai citra emosi. Kisah itu tanpa plot dan pertemuan itu tanpa diduga apatah lagi pertemuan itu adalah pertama kali yang santai mesra.


Butik Andaman Hati Ke Hati bukanlah satu nama yang asing di kalangan pengusaha perkhidmatan andaman di daerah Tawau. Ianya bukan satu nama yang ternama tetapi lebih mesra digelar butik andaman yang diperakui memberi perkhidmatan andaman profesional yang memuaskan hati ratusan pelanggannya.

“Saya memulakan Butik Andaman Hati Ke Hati ini bukan kerana nama dan sama sekali bukan untuk bermegah-megah tapi niat utama saya adalah mahu menjadikan majlis persandingan pengantin seindah impian pasangan pengantin.

“Saya memulakan perniagaan ini kerana saya tahu betapa pentingnya perkhidmatan Mak Andam yang mampu memenuhi permintaan pasangan pengantin untuk satu majlis terindah dalam hidup mereka,” kata Puan Nurhayati Abd. Latif atau lebih mesra dipanggil Kak Yati.

Maksud di sebalik nama Hati Ke Hati.
Setiap pasangan pengantin mempunyai impian pada majlis persandingan mereka. Impian itu ada kalanya berserabut, terlalu rumit, terlalu simple malah ada yang tidak terfikir dalam imiginasi Kak Yati. Namun dengan pengalaman dan panduan daripada mereka yang pakar dalam bidang ini, menurut Kak Yati, ianya diterjemahkan dalam sekeping kertas lakarannya.

“Biasanya saya akan bertanya detail persandingan yang mereka mahukan dan budget mereka sebelum saya memulakan kerja pertama saya iaitu membuat lakaran untuk menggambarkan permintaan mereka,”

“Berbekalkan sample majlis yang pernah saya kendalikan, pengantin akan memilih gambar dari laptop saya ini sambil bertukar idea dan pada pertemuan berikutnya satu lakaran akan saya berikan kepada pasangan pengantin itu beserta details kelainan yang mereka mahukan,” kata Kak Yati.

Menurut Kak Yati, proses pemilihan konsep, memenuhi permintaan pelanggan dan menyempurnakan majlis perkahwinan mengikut citarasa pelanggan dengan sentuhan kreativitinya itulah yang dinamakan hati ke hati.

“Pelanggan berpuas hati dan saya lagilah berpuas hati atas kerja yang saya lakukan untuk mereka,”

Bagaimana Andaman Hati Ke Hati bermula dan bertahan sehingga kini.
Kisahnya bermula ketika Kak Yati berkahwin pada 2008. Pada masa itu, perniagaan andaman di Tawau hanya dikendalikan beberapa orang sahaja dan sebagai pengantin, Kak Yati tidak memiliki banyak pilihan melainkan menggunakan perkhidmatan yang ada.

“Saya tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan kepada saya untuk majlis yang bersejarah itu, saya terkilan apabila ada permintaan saya yang tidak tercapai malah jika dikenang balik, terlalu banyak perkara kecil yang bagi saya terlalu besar maknanya tidak dipenuhi,” kata Kak Yati sambil berseloroh dia geli hati bila melihat gambar persandingannya dulu.

Bertitik tolak dari kejadian itulah, Kak Yati dengan berbekalkan keyakinan, semangat untuk berniaga, di samping mahu membetulkan presepsi masyarakat tentang dunia andaman, dia memulakan Andaman Hati Ke Hati pada 2004 dengan bermodalkan RM30,000.

Pelanggan pertamanya adalah majlis perkahwinan adiknya sendiri yang Kak Yati adalah cabaran pertama yang perlu disempurnakan sebagai kayu ukur kepada kerjaya perniagannya di masa hadapan.

“Alhamdulillah, dari majlis persandingan adik saya itu, ramai yang mula tertarik dengan kelainan yang saya lakukan, hari demi hari pelanggan dari kalangan keluarga berkembang kepada tempahan rakan kepada rakan dan seterunya dapat menambat pasangan anak-anak YB di Tawau dan di luar Tawau,” katanya.

Apabila ditanya mengenai bagaimana Kak yati boleh bertahan sehingga hari ini, dia menjawab penuh makna.

“Soalan bagaimana saya bertahan sebenarnya merujuk kepada berapa lama pelanggan saya berpuas hati dengan perkhidmatan saya dan juga betapa puasnya hati saya bila pasangan pengantin itu turut mencadangan saya kepada keluarga mereka,”

Cabaran getir Hati Ke Hati.
Sama juga seperti perniagaan lain, perkhidmatan andaman turut ada kisah suka dukanya. Bagi Kak Yati, yang suka itu menjadi penyeri dalam perkhidmatannya sebaliknya kisah duka itu hanya ditelan meskipun pahit dengan iringan doa kepada Allah SWT.

“Saya bersyukur di saat saya bersuka dan berduka ada suami yang memahami saya malah keluarga juga memberi sokongan yang tidak terkata. Untuk kisah-kisah duka, saya tetap redha dengan ujian itu dan mendoakan agar suatu masa nanti mereka sedar dan memperbetulkan kesilapan,” katanya.

Kak Yati Mak Andam Moden di Tawau.
Setelah bertemu dan bersembang dengan Kak Yati, sememangnya gelaran Mak Andam Moden cocok buatnya kerana dia Mak Andam yang peka pada perkembangan internet, menggunakan strategi pemasaran menggunakan internet dan alasan paling kukuh adalah dia meminggirkan adat dan petua persandingan yang boleh memesongkan akidah.

Info Andaman Hati Ke Hati.

Butik: TB46 Jalan Dunlob, 91041 Tawau.
Nama pemilik: Nurhayati Abd. Latif
No. Telefon: 089-771277 / 013-8807697
Facebook: Nurhayati Abd latif
Email: hatikehati@gmail.com
Keistimewaan: Mengendalikan majlis persandingan dengan professional, bahan dan alatan yang fresh, busana pakaian pengantin yang up to date dengan pelbagai pilihan.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Blog Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Butik Andaman Hati ke Hati."

  1. miya says:

    wahhhh….cantiknya kaler putih-pink…

    Reply

  2. maslin diris says:

    pelamin cantik2 semuanya..saya terasa berminat juga dengan perkhidmatan butik andaman hati ke hati tetapi jarak yang jauh membataskan keingingan saya..apa2 pun semoga business akak akan lebih maju lagi..Insyaallah…

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.