Anda mengenali Jamali Shadat dengan puppetnya bernama Atan? Baru sebentar tadi aku melihat Berita Jam 6 TV 1 yang menonjolkan kehebatan pasangan kembar yang memiliki keistimewaan yang sama seperti Jamali Shadat dengan aksi Atan. Mereka ialah Wan dan Rul dengan puppetnya bernama Buntak dan Awang.
Berita TV1 tadi memaparkan kisah Buntak dan Awang, dua karektor boneka bercakap dalam seni persembahan ventriloquist. Amat mengkagumkan kerana orang yang bertanggungjawab memainkan watak Buntak dan Awang ini rupanya pasangan kembar seiras kelahiran Sabah iaitu Mohd Syazwan Nizam Matusin dan Mohd Syazrul Nizam Matusin.

Wan dan Rul ketika membuat persembahan
Setelah aku bertanya kepada Uncle Google mengenai Buntak dan Awang ini, aku temui beberapa pautan yang memperkenalkan siapa sebenarnya Buntak dan siapa sebenarnya Awang. Sebelum itu, kepada yang masih tidak faham apa keistimewaan Buntak dan Awang ini, mari aku fahamkan bahawa keistimewaan yang jarang orang biasa miliki tapi dimiliki pasangan kembar ini ialah mereka ini mempunyai kelebihan untuk bercakap atau mengeluarkan suara tanpa menggerakkan bibir mereka. Kelebihan ini dikenali sebagai seni ventriloquism.
Ventriloquism berasal daripada perkataan Latin yang mana venter yang bererti perut dan loqui bermaksud bercakap. Seni ini mula dipopularkan oleh Harry Lester (1878 – 1956), yang dilahirkan di Poland dan dikenali di atas pentas sebagai The Great Lester.

Buntak bersama Wan
Berikut aku senaraikan perbezaan dua karektor boneka Buntak dan Awang ini.
- Buntak dimainkan oleh Mohd Syazwan Nizam @ Wan (abang) manakala Awang dimainkan oleh Mohd Syazrul Nizam @ Rul (adik).
- Buntak (Wan) lebih awal berminat dalam seni ventriloquism berbanding Awang (Rul).
- Buntak (Wan) lebih agresif dan petah bercakap berbanding perwatakan Awang (Rul) yang agak pemalu di pentas.
Apa keistimewaan lain pasangan kembar Wan dan Rul?
- Mereka berdua meminati seni suara
- Mereka sering menang pertandingan menyanyi di tempat 1 hingga 3
- Mereka meminati Seniman Tersohor Tanahair, Tan Sri P Ramlee.
- Mereka boleh menyanyi dengan baik seperti suara Tan Sri P. Ramlee
- Mereka juga mahir silap mata.
Kepada Wan dan Rul, Selamat Hari Jadi yang ke 22 esok. Semoga bakat yang ada pada kalian dapat mengisi kemeriahan seni hiburan tanahair kita. Jangan putus asa, anda sememangnya berbakat besar!
Rupanya sudah masuk Berita Bernama bulan lalu
Kredit: MyMetro dan Berita-Harian-Online
Comments
Powered by Facebook Comments









seronok kan dapat masuk tv selalu.
Reply
wah.. memang popular mereka ni sekarang
Reply