
Sejak tahun 1989, bunga Ixora telah diisytihar sebagai bunga rasmi bagi daerah Tawau. Dalam masyarakat kita, bunga ixora ini dikenali sebagai bunga jejarum, bunga siantan. Setelah aku google, bunga ixora ini juga dikenali sebagai pokok periuk pecah dari keluarga Rubiaceae yang berbunga.
Sejarah pemilihan bunga ixora bunga rasmi Tawau.
Menurut laman rasmi Majlis Perbandaran Tawau, pengikhtirafan bunga ixora sebagai bunga rasmi Tawau pada awalnya (1989) tidak dihebahkan dengan meluas sehinggalah Ketua Menteri pada ketika itu, Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran Bin Dandai mengisytiharkannya.
Pengisytiharan itu dilakukan wakil Ketua Menteri, Y.B Datuk Michael Lim pada 26 November 1994.
Sebagai susulan pengisytiharan itu, sambutan Hari Bunga telah diadakan 7 Januari 1995 untuk menanam sikap sayang dan cintakan bunga-bunga. Pengisian sambutan Hari Bunga diadakan pameran bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan, disamping pertandingan mengubah bunga-bunga hidup dan bunga-bunga tiruan.
Kenapa bunga ixora jadi pilihan?
Pada andaian aku, bunga ixora ini dipilih kerana:
- Ianya cantik dan unik.
- Mudah tumbuh di mana pun.
- Pokok hiasan renek yang mudah dijaga.

Spesies Bunga Ixora
- Ixora albersii
- Ixora brevipedunculata
- Ixora calycina
- Ixora coccinea
- Ixora degemensis
- Ixora foliosa
- Ixora johnsonii
- Ixora jucunda
- Ixora lawsoni
- Ixora malabarica
- Ixora marquesensis
- Ixora moorensis
- Ixora nigerica
- Ixora ooumuensis
- Ixora pudica
- Ixora raiateensis
- Ixora raivavaensis
- Ixora saulierei
- Ixora setchellii
- Ixora st.-johnii
- Ixora stokesii
- Ixora temehaniensis
- Ixora umbellata.
Kegunaan Bunga Ixora Dalam Perubatan.
Ixora Merah dikalangan penganut Hindu digunakan untuk upacara keagamaan dan menjadi ramuan dalam perubatan tradisional India seperti merawat penyakit berkaitan keputihan dan cirit-birit.
Akar pokok ini juga dikatakan menjadi ramuan masalah muntah, sedu dan anorexia manakala bunganya menjadi ramuan masalah cirit birit dan keputihan melampau.
Daun dan batang lembutnya sesuai mengatasi masalah kulit, terkehel, melecur, luka atau tercalar manakala air rebusan bunganya sesuai meredakan tekanan, masalah berkaitan haid dan kesan alahan akibat mengandung.
Di Bengal, akar pokok Ixora menjadi ramuan merawat masalah sakit perut manakala di Indo-China rebusan akar pokok ini mengatasi masalah kencing kotor.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
Jul 05. 2012
menarik juga nama saintifik bunga ni
Mus recently posted..Gambar Adik Jual Ikan Tongkol Di Pekan Karakit, Pulau Banggi
Reply