Aktiviti pengembaraan aku semakin menarik sejak aku mengikuti kumpulan penggiat sejarah Tawau yang diketuai abang Azlan Lauddin Martin. Setelah jejak ke Silimpopon awal bulan ini, Bukit Tinagat menjadi pilihan pengembaraan kami. Motifnya amat mudah, mahu menyaksikan apa yang ada di puncak Bukit Tinagat.
Amat mengkagumkan, amat damai, amat indah rupanya Tawau jika dilihat dari puncak Bukit Tinagat. Rupanya inilah yang menjadikan Tinagat sebagai salah satu kubu pertahanan zaman dulu. Teluk Traulsen kelihatan jelas, pulau perbatasan Sebatik juga jelas diawasi dari sini. Kapal-kapal yang berlayar dan berurusniaga membawa barangan perdagangan semuanya dapat dilihat dari sini. Tidak hairanlah kawasan ini menjadi rebutan penjajah suatu masa dulu.

Honest aku katakan sejak aku menumpukan perhatian dalam penulisan sejarah ini, terlalu banyak yang aku pelajari, terlalu banyak perkara ku perolehi dan ianya diluar jangkauanku. Aku amat bertuah kerana aku sedar aku tidak perlu mencipta sejarah dalam hidupku tetapi mengenali sejarah Tawau sudah cukup mencipta sejarah untuk diri aku sendiri.
Pengembaraan kami kali ini sebenarnya tidak lengkap dan untuk itu kami sepakat untuk ke sini lagi jika ada keizinan olehNYA. Masih terlalu banyak yang belum terungkai hanya dengan pergi beberapa jam, perancangan demi perancangan sudah diatur dan kisah Bukit Tinagat ini akan bersambung sirinya nanti.

.









Comments
Powered by Facebook Comments