Budaya Solok Dulu dan Sekarang

Orang memberi kita merasa,
Orang tidak bagi jangan terasa,
Jemputan kenduri kahwin di mana-mana,
Tiada wang “SOLOK” datang saja ba.

Definisi Solok.

“Solok” atau “Massolok” adalah istilah untuk wang dalam sampul yang diberikan kepada pasangan pengantin atau tuan rumah yang bertujuan meringankan bebanan kos yang ditanggung selepas majlis.

Ianya juga membawa maksud pada barangan keperluan yang diberikan kepada tuan rumah sebelum majlis berlangsung iaitu biasanya berbentuk beras, gula, tepung, minyak dan lain-lain.

Di Tawau umumnya di Sabah, budaya solok ini menjadi amalan bila berkunjung ke majlis perkahwinan, akikah, atau sebarang majlis keramaian termasuk berkunjung ke rumah orang yang ditimpa musibah. Wang kertas akan dimasukkan di dalam sampul surat dan akan diserahkan kepada ibu atau bapa atau yang menganjurkan majlis itu… itulah budaya solok atau massolok. (ma tu bermaksud perbuatan membuat)

Tujuan Solok Waktu Dulu

  1. Wang dalam sampul akan diberi di hari majlis berlangsung bagi meringankan beban kos menyediakan makanan, minuman, hidangan kuih-muih,
  2. Beras, gula, tepung, minyak diserahkan kepada tuan rumah sebagai menyatakan kesepakatan jiran-jiran yang mahukan majlis tuan rumah meriah dan berjalan lancar,
  3. Menterjemahkan “ringan sama dijinjing berat sama dipikul”

Kepincangan Budaya Solok Hari Ini

  1. Berasa malu untuk ke majlis keramaian atau yang ditimpa musibah kerana tidak mampu atau kedekut menghulurkan wang solok,
  2. Menyempitkan pemikiran solok itu budaya paksaan membayar untuk ke majlis kenduri,
  3. Tuan rumah bermegah dengan jumlah solok yang diterima dari orang yang datang ke majlisnya.
  4. Wujudnya rasa berhutang duit kepada pembeli solok.

Budaya Solok diamalkan dan dikekalkan oleh masyarakat kita hari ini kerana kebaikan yang diterjemahkan di sebaliknya. Meskipun begitu, pemikiran yang menterjemahkan perbuatan negatif si pemberi dan si penerima solok adalah opera hidup kehidupan.  Apa yang penting, kebaikan dan kemuliaan akan muncul atas nawaitu mereka, hari-hari kita boleh bersedekah, berbuat amal membantu jiran-jiran. Di sisi Allah, niat yang ikhlas menjadi pengukur dosa pahala amalan kita.

Relevannya, sebagai generasi hari ini perlu bersedia dan bertindak untuk tangani perubahan budaya atau apa pun cabaran bermasyarakat.  Orang dulu kuat amalan budaya kerana mahu mengamalkan cara yang terbaik di zaman mereka membentuk kemakmuran bermasyarakat.  Jadi kita di zaman ini janganlah mati anak demi adat budaya kita…  Itu sudah tidak relevan di zaman kita!

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

One Response to “Budaya Solok Dulu dan Sekarang”

  1. Mus

    May 14. 2012

    rasanya di tempat saya di Sarawak pun masih ada adat sebegini.
    cuma duit di dalam sampul dihulurkan oleh tetamu semasa bersalam dengan ibu-bapa/ wakil pengantin.
    Mus recently posted..Kereta Unik Di Sabah, Gabungan Kayu Dan KeluliMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge