Buang Bayi di Bus Stop Merotai, Tawau

buangbayi

Ini kes kedua dalam bulan ini, seorang bayi lelaki ditemui meraung kesakitan, kelaparan dan kesejukan setelah ditinggalkan berbungkus kain dan plastik di sebuah bus stop dekat Merotai, minggu lalu. Aku dikhabarkan kes ini daripada seorang teman rapat yang menceritakan pengalaman rakan suaminya yang menemui lalu membawa bayi itu ke Hospital Besar Tawau.

Namun, cukup malang sekali, bayi yang belum sempat mengenal dunia, yang baru berapa jam dilahirkan dan tersiksa kesakitan akibat digigit semut2 merah itu sudah menemui ajalnya…

Innalillahi waiinalillahi rojiun…

Setan betul sapa yang buat benda nih. Aku tak kesah kalau kau nak buang bayi tu dengan cara yang baik. Maknanya kau bagi bayi tu life baru dengan memberinya kepada sedara-mara atau family atau sesiapa sahaja yang perlukan anak. Tapi, kalau dah sampai buang bayi itu di bus stop yang gelap, yang terdedah dengan pelbagai resiko… Kamu manusia atau binatang? Binatang pun tidak sanggup buang anaknya…

Wei, mak kamurang lahirkan kamu dekat bus stop macam itu kah? Mak bapa kamu tinggalkan kamu selepas dilahirkan? Masa kau buat salah, buat zina, kau tidak fikir pasal maruah. Tapi, bila dah sampai tahap camni, baru kamu nak pikir maruah? Baru fikir malu punya anak luar nikah?

Astaghfirullah… Maaf aku terover emosi…

Bagi pendapat rakan2, apa yang boleh kita lakukan untuk menyekat perbuatan terkutuk ini daripada berlaku lagi di Tawau atau di kawasan2 kalian?

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

12 Responses to “Buang Bayi di Bus Stop Merotai, Tawau”

  1. hanc

    May 21. 2009

    hanc nandak pendapat… kita sama ba manusiakan.. harus sedar diri sendiri ba.. jan asyik ikut nafsu jak… kalau iapun sudah mula dikuasai nafsu beristikfar bnyk2. kan maya.. pikir masak tu dulu.. thankx for this post maya.. ^.^

    hanc’s Terkini di blog…seindah2 nye…

    Reply

    alexa reply on May 22nd, 2009 12:45 PM:

    yup btl 2 hanc..

    Reply

  2. sankai

    May 22. 2009

    huumm..
    makin teruk….

    sudah tidak boleh diterima akal perbuatan ini…

    sankai’s Terkini di blog…Radio Call Sign

    Reply

  3. shanaku

    May 22. 2009

    damn people who did it…!!

    Reply

  4. junaidi

    May 22. 2009

    kali kedua sda ni kan?
    huh!
    makin menjadi-jaid la…….

    junaidi’s Terkini di blog…Gelombang INDIE#1

    Reply

  5. dOn

    May 22. 2009

    iyah bha… yg truk toe siap ada kesan seterika lagi

    dOn’s Terkini di blog…Linkin Park – New Divide (Transformer 2 OST)

    Reply

  6. romzi

    May 23. 2009

    kalau aku dikasikkk tu anak mungkin aku jaga juga. kesian bah itu kalau di buang.

    romzi’s Terkini di blog…Photoshop yang best

    Reply

  7. ucupkun

    May 26. 2009

    Benda yang berat berpunca dari benda yang ringan jugak tu. Takda benda jadi, terus-terus jak besar. Mesti benda kecik dulu. Ertinya, kes buang bayi bermula dengan zina. zina bermula dengan benda-benda yang membawa kepada zina tu. Misalnya?.Hiburan melampau dan budaya hedonisme..yang lain-lain tu..lu fikirlah sendiri. Bawak2la betaubat. Mintak2 dijauhkan subahat.

    ucupkun’s Terkini di blog…Pantun Pokok, Bangunan dan Orang

    Reply

  8. junaidi

    May 27. 2009

    aku rasa la kan…. spatutunya ada pronda bha di semua tmpat…. blh la di perhatikan semua gerak-gerik kupu-kupu malam….

    Reply

  9. syak

    Jun 08. 2009

    xd b,kemanusian btol la…ape slah bayi 2..die pown ingin mlihat dunia yg bru…sama mcm kita jgk.hurm…

    Reply

  10. zaid

    Nov 29. 2010

    hmmmm….aku ingatkan kes buang anak ni hanya berlaku dibandar2 besar mcm di semenanjung (terutamanya di KL),rupanya2 negeri yang dikatakan termiskin dlm negara dan lebih2 lagi kampung yg masih mundur serba serbi mcm kg.merotai tu…rasa2nya prbuatan yg tidak bermoral ini sudah benar2 merentasi sempadan.aku pada bulan januari dlm tahun ini juga(2010) masa pulang bercuti ke kg.merotai(kg.aku sebenarnya kg.pengkalan dlm jajahan kg merotai juga)dihari pertama aku sampai di kampung berita yg sensasi mula2 aku dengar adalah kes budak perempuan sekolah menengah (smk merotai)dirogol semasa pulang dari sekolah.Bukannya apa secara kebetulan aku terserempak dgn anak saudarah aku yg juga anggota polis berada dikawasan klinik.aku pada masa itu membawa bapa ku ke klinik untuk rawatan asma yg dialaminya.anak saudarah aku mmberitahu dia berada disitu bersama pegawainya yg pada masa itu sedang membuat siasatan kes rogol dan mangsa dipereksa di klinik itu untuk tujuan siasatan pihak polis.dan lagi anak saudarah ku mmberitahu ini adalah kes ke-2 pada tahun lepas dan tahun ini.rasa marah ada…rasa malu pun ada, ya lah kejadian spt ini berlaku didalam kwsn yg tidak sepatutnya kerana suasana kehidupan masyarakat kampung masih brpegang pada budaya2 dan norma2 moral positif.Barangkali kalau mahu diikut budaya asal atau tindakan org2 kampung lama dahulu,jika kejadian spt ini trjadi org kampung terutamanya ketua kampung akan bertindak tanpa belas kasihan….spt pesalah tidak brmoral ini akan diikat dgn tali lepas itu direndam dalam sungai dari awal pagi hingga kepetang(maghrib),sesudah itu bila sudah lembik diikat pulak disebatang pokok dlm kasan rumah ketua kampung dari awal malam sampai pagi,kalau ada org kampung yg tidak puas hati mereka mencuri2 meletakkan semut merah atau kerengga pada pesala lalu ditinggalkan sampai pagi……apapun hukuman ini kelihatan kejam,tapi sekejam hukuman yg dibuat org kampung pd masa itu kampung merotai aman dari prbuatan2 yg tidak brmoral,siapa mahu berani2 buat yg tidak senonoh? cubalah buat.tapi apapun tindakan kita negara kita mmpunyai undang2 untuk menghukum perkara spt ini(kes buang bayi).
    aku teringat dgn hadis nabi kita yg aku lupa periwayatnya yg berbunyi spt ini.”JIKA KAMU MAHU ANAK2 KAMU MENGHORMATI DAN BERBUAT BAIK KPD KAMU,MAKA BERBUAT BAIKLAH KPD KEDUA2 ORG TUA MU.”
    #Fikir fikirkan……..(maaf maya komen panjang yg tidak tersengajakan :-) )

    Reply

    Maya reply on November 30th, 2010 11:02 AM:

    kejutan budaya, kejutan teknologi, tekanan persekitaran, pengaruh luar adalah antara penyebab orang kampung sekarang bukan lagi seperti orang kampung dulu2. dasyatnya, anak2 kampung lebih tekad melakukan jenayah kerana mahu menjadi “hero kampung”, nauzubillah.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge