Isu botol susu bayi yang diharamkan penggunaannya terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak telah disiar di dalam Berita TV3 sebentar tadi. Aku dengan tidak berlengah lagi terus mencari botol susu yang ada di dalam rumahku ini untuk aku pastikan kandungannya. Dan apa yang aku temui adalah botol susu bayi anak buahku yang baru lahir itu mengandungi kriteria botol susu yang diharamkan.
Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?

Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.
Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?
Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu?

Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.
Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.
Dalam kes botol susu anak buah aku ini, aku agak keliru sedikit kerana label di belakangnya juga ada simbol gelas dan garfu. Bila tanya uncle google aku, aku temui maksud simbol gelas dan garfu itu ialah food grade. Maksudnya botol susu bayi itu telah dijamin selamat dan disahkan berkualiti.
Aduh apa kes ni? Dah gunakan simbol nombor 7 tapi ada pula selitkan logo gelas dan garpu?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah
Info lanjut ada di :
http://moh.gov.my/v/pandu_Poli
http://fsq.moh.gov.my/v2/uploads/KOD_PLASTIK_11032011.pdf
http://fsq.moh.gov.my/v2/uploads/PANDUAN_PENGGUNAAN_BOTOL_SUSU_BAYI_POLIKARBONAT.pdf
http://fsq.moh.gov.my/v2/uploads/Kenyataan_Akhbar_11032011.pdf
Comments
Powered by Facebook Comments









tq atas infonya…blog anda mmg terbaekkk
Reply
Maya reply on March 15th, 2011 9:27 AM:
sama2
Reply
aku mmg baru tahu BPA ini apa..
anak-anak ada yang masih menyusu botol lagi ni..
kena cari BPA freelah tu
Reply
Maya reply on March 15th, 2011 9:30 AM:
Masih boleh pakai, tapi kena rebus 5m sebelum pakai. Cuma tulah… kalau dah baby/budak nangis, susahlah sikit
Reply
salam..mohon share info berguna ini.
Reply
Maya reply on March 15th, 2011 6:04 PM:
waalaikumsalam.
sharekanlah, kalau sudi letak sekali backlink ke entry ni… best skit.
Reply
nak kena check botol2 susu anak….
atie nak share artikel ni kat blog laaa…penerangan lebih simple…
Reply
Maya reply on March 15th, 2011 10:37 PM:
atie,
susah hati gak kan dgn hal2 mcm ni.
boleh share tapi bagilah backlink ke entry ni ye
Reply
Assalammualaikum…maya, boleh x kalu maya paparkan jenama botol apa yang BPA free.
Reply
Maya reply on March 17th, 2011 3:31 PM:
Insyaallah malam ini akan saya update jenama botol susu FREE BPA
Reply
Assalam alaikum
Tuan Maya dan seluruh Tuan-Tuan sekalian
Dari segi klinikal, botol susu bayi polikarbonat sememangnya berbahaya. Bukan sahaja botol susu bayi tetapi apa-apa produk yang mana dihasilkan berasaskan polikarbonat.
Adalah bagus sekiranya ibu-ibu yang mengasihi anaknya sepenuh jiwa raga – kasih sayang tanpa tandingan – menyusuhkan bayi secara “orthodoks” yakni susu badan.
Botol susu bayi menjadi pilihan ibu-ibu hari ini kerana: trend modernisme dan simplistik. Manakala susu badan adalah sebaliknya.
Di dalam tafsir Al-Quran, sudah dijelaskan sejelas-jelasnya akan khasiat susu badan. Pakar kesihatan sedunia pun telah menyatakannya secara tuntas lagi terperinci.
Dari segi mekanikal, polikarbonat biasanya cenderung memberi tindak balas terhadap haba. Sama ada haba semulajadi mahupun haba tiruan yang dihasilkan oleh manusia.
Tindak balas yang bersifat cenderung ini pula akan menghasilkan impak klinikal. Impak klinikal yang terhasil ini kemudianya memberi kesan sampingan terhadap diri kita – termasuklah bayi.
Ya-ya-ya apa boleh buat. Pengeluar susu botol bayi senantiasa berusaha dengan semahunya agar supaya ibu-ibu di seluruh dunia tetap yakin dengan tahap keselamatan kepenggunaan botol susu bayi. Agar supaya hasil jualan botol susu bayi tidak merudum menggila.
Pakar-pakar kesihatan sedunia pula bertungkus lumus memberi didikan dan pemahaman kepada ibu-ibu di seluruh dunia akan bahaya botol susu bayi sama ada susu botol bayi yang dihasilkan secara asas dan konsep polikarbonat atau secara asas konsep polikarbonat yang telah diubah suai struktur klinikal dan mekanikalnya, sehingga dilihat tidak membahayakan. Tetapi secara empirikalnya berbahaya.
Susu badan juga yang terbaik. Bayi yang diberi susu badan oleh ibunya akan senantiasa menghargai ibunya seumur hidupnya. Saya berani bertaruh!
Adieu…
Reply
jd btl susu yg ada BPA kena buang la no
Reply
thanks for info…time 2 jg aku g cr,mmg la mahal skt tp tuk ank2 x pyh la nk berkira sgt.yg pntg ank sihat
Reply
Maya reply on April 4th, 2011 8:06 PM:
sama2 puan asmah. memang betul, yang kita pentingkan adalah kesihatan anak-anak, jangan kerana berkira sagnat, anak2 dapat padahnya di kemudian hari.. masa itu nyesal pun tak guna lagi
Reply
tq for the info maya. info yang padat dan senang difahami.
buat sam mikli. sememangnya susu ibu adalah terbaik di dunia. tapi x bermaksud tidak perlu membeli botol susu. bagi ibu2 yang bekerja, memerlukan botol susu juga untuk memberi anak mereka susu ibu.macamana nak bagi anak susu jika tanpa botol susu… ermm
Reply
tq for your information….
Reply
Saya ada menjual botol susu BPA free..kalu berminat boleh hubungi saya doi fb atau call 0176957998.Ni keluaran Tupperware brand limited edition
Reply