0

Blogger perlu play save

Pernahkah anda mengalami sesuatu yang tidak jelas, saat anda kekurangan maklumat, saat anda berblog untuk tidak disalah ertikan, menulis untuk tidak mengundang permusuhan? Kalau anda sebati dengan blog, rasanya perkara inilah yang seringkali membelenggu malah dari aspek sebeginilah blogger itu berbeza dari yang lain.

Kenapa blogger perlu berbeza?
Kalau tiada perbezaan maka penyampaian blogger akan tetap sama dengan yang lain malah jika blogger politik tidak menulis secara play save, maka semua akan disabit kesalahan lalu menghuni penjara. Apa itu play save bagi seorang blogger dan kenapa ianya penting?

Apa itu play save untuk seorang blogger?
Play save kalau dalam tafsirannya bermaksud bermain dengan selamat. Kalau dalam istilah penulisan blog, play save itu bolehlah aku ertikan sebagai menulis sesuatu itu dengan olahan yang tidak memberi kesan atau ancaman kepada diri.

Bila blogger perlu menulis secara play save?
Memang berblog ini tidak ada lunas panduan penulisannya melainkan peka kepada sumber berita di sekeliling. Semua negara ada undang-undang dan sebagai rakyat biasa apatah lagi yang beragama Islam, segala yang diblog adalah sesuatu yang ada “nilainya”.

Berikut adalah situasi seorang blogger perlu menulis secara play save.

  1. Menyentuh hal sensitif negara, bangsa dan agama.
  2. Menulis sesuatu yang kesannya nanti akan dianggap Provokasi.
  3. Mengulas ketokohan seorang tokoh.
  4. Mengisahkan pengalaman selepas ekspedisi tajaan.

Ada banyak lagi keadaan sebenarnya, kalau kalian mahu tambah, ya silakan.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.