
Budaya berblog di kalangan YB kita di Tawau sememangnya perlu diwar-warkan. Kenapa? Kerana ianya membuktikan betapa komitmennya pemimpin kita di Tawau ini untuk mendekati rakyat di kawasannya dan masyarakat di Tawau secara amnya.
Di kesempatan kali ini, aku telah dimaklumkan secara rasmi, seorang lagi pemimpin di Tawau ini iaitu Ahli Dewan Undangan N59 Tanjung Batu, Datuk Hamisa Binti Samad kini turut berblog. Alamat blognya adalah http://hamisasamat.blogspot.com
.
Blog WAKIL RAKYAT N.59 TG.BATU itu mula dibina 25 April 2009 dengan Tahniah dan Terima Kasih sebagai entry pertamanya. Bila meneliti idea penulisan blog Datuk Hamisa itu, ianya banyak mengambil isu sekeliling, aktiviti-aktivitinya serta pendapatnya sebagai seorang pemimpin.
Untuk rekod sendiri, Datuk Hamisa dilahirkan pada tahun 1949 dan merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan. Beliau dicalonkan pada pilihanraya 12 tahun 2008 atas tiket Barisan nasional dan menang dengan mejoriti 5,000 undi.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






zool
May 06. 2009
Yang penting update blog..
Sambil kenalah involve secara terus..
kebiasaan YB suruh org lain.. kadang2 dia sendiri tak penah baca tulisan dlm blog beliau.. ada ke patut?
zool’s Terkini di blog…Jadi tourist guide untuk Acai
Reply
Maya reply on May 6th, 2009 8:02 PM:
YB di sini suka buat sendiri… Maksud saya yang tiga orang tu lah, yang lain no komen.
Reply
romzi
May 06. 2009
lepas ni boleh minta tar jalan masuk kampungku ni
romzi’s Terkini di blog…shoot pertama EOS 1000D DSLR
Reply
Maya reply on May 7th, 2009 5:53 PM:
gambarnya yang penting pok, baru sahih bukti jalan mu perlukan tar
Reply
romzi reply on May 7th, 2009 10:07 PM:
ya betul juga tu sis. jangan risau akan ku gambar semua lubang-lubang jalan masuk ke kampungku
romzi’s Terkini di blog…shoot pertama EOS 1000D DSLR
Reply
Aj
May 07. 2009
Paling best kalau YB guna twitter…nampak juga kalau dia jujur atau tidak for example what they doing or ber”party” kah…LOL
Aj’s Terkini di blog…Adam Lambert Rawks!
Reply
Maya reply on May 7th, 2009 5:54 PM:
super advance tu. tapi why not kan.. obama boleh, takkan YB kita tidak boleh…
Reply
Batuladung
May 19. 2009
Datuk,tlg ketuk pintu jabatan air,knp tawau sll kena catu p,gunaan air?
Reply