
Baru tadi aku chat dengan seseorang yang aku anggap jujur dalam memberi komen kepadaku. Katanya, blog aku membosankan dan average pembaca aku hanyalah untuk tujuan carian maklumat mengenai Tawau yang masih belum lengkap. Katanya lagi blog aku ini perlu ditransformasikan agar sasaran pembaca blog khususnya dari golongan umur remaja sebagai pengguna teramai internet dapat dicapai. Kenyataan ini akhirnya membuat aku berfikir dan cuba mencari jawapan mengenai analisis yang diberikan kepadaku.
Berikut adalah analisis dan ulasannya:
1. Blog aku membosankan kerana gaya penulisan yang tidak menepati perubahan penggunaan bahasa masakini. Penggunaan ayat yang formal, sama seperti membaca buku teks sekolah membuat tiada siapa yang mahu mengikutinya kerana golongan remaja akan berminat membaca sesuatu yang berada dalam lingkungan bahasa harian mereka.
2. Blog aku membosankan kerana unsur bebelan yang aku tuliskan atau sampaikan sama seperti cikgu, guru, atau orang tua berikan. Unsur bebelan ini akan lebih menarik sekiranya ianya mendekati jiwa mereka, sikap tidak mahu dikongkong mereka, atau aku perlu mencari pendekatan menasihat yang lebih berkompromi.
3. Blog aku membosankan kerana aku tidak mesra membalas komen pengunjung blog. Ini membuatkan tiada yang mahu ke blog aku lagi kerana pengunjung berasa tidak dialu-alukan atau dihargai.
4. Aku tidak berkongsi life style aku yang mana itulah antara motif penyampaian blog yang diminati ramai. Aku perlu keluar dari kepompong normal agar dimanapun keberadaanku di khalayak ramai, pasti ada yang perasan akulah si penulis blog puadede.com
Cabaran yang diberikan kepadaku, jangan terus berubah, buat perubahan secara berperingkat, jadi diri sendiri, kekalkan niat berblog untuk Tawau.
Wah… sandi aku kena! Aku kena berfikiran positif untuk cabaran ini. Terima kasih atas analisis ini dan kini aku ketahui bahasa kamu pembaca tegar blog aku ini. Kepada pembaca, aku mahukan pendapat dan analisis kamu pula.
Comments
Powered by Facebook Comments









selera setiap kita berbeza. tetapi bagi aku, walaupun ada yang mungkin tidak suka cara kita menulis, tetap ada silent reader suka dengan apa yang mereka baca and the will likely to keep it that ways.
to be honest, kalau mau buat perubahan, hilang lah identiti puadede. perubahan no, kematangan yes. kematangan dari segi cara penyampaian. mungkin ada perubahan disitu. erkk..apa aku mengarut ni.? hehe
Reply
Maya reply on February 25th, 2011 1:41 AM:
aduh sis tidak faham apa maksudmu ni sankai
Reply
ayat2 mahal si sankai.. hehe..
ok ja ba sudah ni sis.. mmg pun blog sis menjadi tempat santapan info untuk tawau.. jadi selayaknya la guna ayat formal agar lebih SEO friendly kan..
memang akan jadi membosankan bagi mereka yg mahu berhibur.. tapi tidak bg mereka yg mahu informasi..
Reply
Maya reply on February 25th, 2011 1:26 PM:
apa cadanganmu Sudir.. apa yg perlu diubah?
Reply
tak apa. bukan semua org suka baca blog post pasal harini spender pakai kaler pink, esk biru , kelmarin merah. nak ckp benda mcm tu kan ada twitter,fb,ms,fs dan byk lagi yg berkaitan.
lagipun itula gunanya medium2 yg berlainan dan dgunakan sbgai widget. hehehe. yg psl formal tu pulak, mungkin sbb background maya sblm ni terbwk ke blog.
Reply
bagus juga kalau ada pengkritik coz kita boleh improvekan blog…. bloggers M’sia ni paling ramai antara umur 15-40. so kira muda2 belia lagi…. situ kita boleh agak strategi blogging kita ^_^
Reply
Assalam alaikum
Tuan Maya dan Tuan-Tuan sekaliannya
Lain padang lain bunganya. Begitu juga dengan pemikiran dan citarasa. Setiap orang menganggap sesuatu itu membosankan. Tidak menghairankan apabila si pembosan mengatakan: Normal is boring. Tetapi kalau ke abnormal, lama-kelamaan pun bosan juga.
Tuan Maya, pada saya blog Tuan cukup masam manisnya, asam garamnya. Ia tidak elit dan tidak juga populis yang keterlaluan. Maksudnya Bblog Tuan — sederhana (sesederhana sebagaimana diri Tuan sendiri). Rasanya blog saya lagi membosankan. Tetapi saya tidak pernah berasa bosan.
Saya yakin yang Tuan Maya menulis blog bukan kerana faktor Tokenisme (mencari keuntungan wang ringgit semta) tetapi kerana faktor memberikan pendapat dan pandangan tentang kehidupan di sekeliling.
Adieu…
Reply
Tambahan
Budaya blogging sekarang lebih kepada “budaya pop” — pop culture. Budaya ini amat berpengaruh. Telefon bimbit era 80-an sehinggalah 2000, sememangnya membosankan. Tetapi selepas kita melangkah ke alaf baharu, telefon bimbit sudah disuntik dengan pop culture — bersifat hiburan dan santai tetapi pada masa yang sama berfungsi sebagaimana motif konsepnya.
Begitu juga dengan penulisan blog. Blog yang disuntik dengan pop culture, tirasnya akan meroket naik. Ditambah lagi dengan lelucon dan gosip, spekulasi dan manipulasi, berasimilasi dengan keadaan kekiniaan terkini dan terbaharu. Cuma, blog yang bersifat sedemikian tidak memiliki keutuhan peribadi.
Adieu…
Reply