Welcome to Puadede.Com

Welcome to Puadede.Com
Assalamualaikum, salam persaudaraan daripada saya, di posting pertama saya ini…

Memulakan sesuatu perkara sememangnya yang paling sukar. Rasanya semua pun rasa sebegini dalam kehidupan seharian apatah lagi dalam penulisan blog. Mungkin yang membezakan kita hanyalah usaha, keberanian, kesungguhan dan keseriusan kita mengendalikan blog sendiri.

Sebelum ini, saya melihat beberapa rakanku yang berblog dan saya sendiri enjoy dengan setiap enty mereka yang mengungkap pelbagai isu, peristiwa dan tentunya memberi pengetahuan. Saya sendiri tidak mengetahui ke mana hala tuju blog ini, namun apa yang saya harapkan, ianya memberi kepuasan kepada saya dan ada feedback yang boleh membina diri saya, pengetahuan saya di masa akan datang.

Kenapa saya memilih nama domain Puadede.Com?

Puadede adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan “puapuadede” yang dipendekkan menjadi “puadede” sahaja. Puapuadede adalah perkataan bugis yang membawa maksud perbuatan menidurkan atau menyusukan anak dengan botol susu di pangkuan kaki yang diluruskan. Rasanya anak-anak sekarang sudah jarang dipuapuadedekan kerana sudah ada ayunan dan katil baby untuk ditidurkan. Reason lain kenapa saya memilih nama ini kerana ianya melambangkan diri saya yang bersuku Bugis Bone yang pada saya, siapa lagi yang boleh mengangkat kesenian dan kebudayaan melainkan diri sendiri. Hal-hal perkauman sila jangan diungkit kerana saya amat anti mereka yang memburukkan suku kaum lain sedangkan kita menghirup udara yang sama, di tanah yang sama, bendera negara yang sama.

Cukup sampai di sini dulu.

P/s: Posting ini telah disunting semula

Related Posts with Thumbnails

Comments

Posted by budihermawan on 31/01/2008 at 1:07 PM

masa aku kecik bapak aku selalu puadede aku… heehehhe

Posted by admin on 31/01/2008 at 5:23 PM

Ada bah tu lagu puadede, tapi aku lupa. Kena tanya mak lepas ni. hehehe…

Posted by Peter on 21/02/2008 at 5:35 AM

Very Nice! Thanks!

Posted by Aromat on 02/03/2008 at 5:19 AM

Nice Site! Thanks!

Posted by Mahasiswa BUGIS di perantauan on 02/03/2008 at 11:33 AM

baguslah ada blog ni..sekurang-kurangnya tau perkembangan di tawau jgk..:-)

Posted by hery on 04/05/2008 at 11:14 PM

aq taw.. aqtaw…” pua..pua de de..
de de mak ce puru..” hahahaha.. x nahan aq..
btol ka jgk tu… kuang3…