Bilakah Tawau jadi bandaraya

TAHUN 1999 semasa dalam profesion wartawan dulu, aku masih ingat isu relevannya Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) diangkat menjadi bandaraya sedangkan masa itu Kota Kinabalu masih belum memenuhi kriteria menjadi bandaraya. Banyak isu dipertikaikan terutamanya isu penduduk yang tidak mencapai 500 ribu orang dan pendapatan 80 juta (sebelum diubah). Akhirnya pada awal tahun 2000 Kota Kinabalu menjadi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Baru sebentar tadi ketika bersantai di ruangan facebook, di group pedas ada membawa isu “Bila agaknya TAWAU boleh jadi “BANDARAYA”??? – Gan Chee Chan.

Secara automatik aku terus memberi fakta kriteria status bandaraya. Rakan-rakan yang lain mula mempertikai masalah jalan raya di Tawau yang sesak dan sempit tidak akan mampu diangkat menjadi bandaraya. Kemudahan lain juga disentuh termasuklah kemudahan kemampuan elektrik, air dan prasarana lain dibangkitkan.

Menyedari isu ini semakin hangat diperkatakan, Adun Apas, Datuk Tawfiq Titingan turut tampil di facebook group pedas itu untuk memberi ulasan mengenainya.  Berikut adalah ulasannya:

Tawfiq Titingan
Salam semua teman-teman PEDAS, dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) , Kriteria Utama untuk mendapat Status Bandaraya adalah seperti berikut:

  1. Pusat Pentadbiran Negeri (syarat ini boleh dilonggarkan)
  2. Penduduk tidak kurang 500,000 orang (Tawau baru lebih kurang 350,000-400,000 orang)
  3. 3. Mampu menjana pendapatan kewangan tidak kurang dari RM100 Juta setahun (MPT baru dapat dalam RM30juta-RM50Juta setahun)
  4. Mengalami perkembangan dan pembangunan pesat ( Tawau belum mampu disebabkan Infra bekalan elektrik dan Air belum stabil)
  5. Memiliki Pusat perniagaan dan perindustrian serta institusi kewangan yang kukuh (Tawau belum mampu kerana Infra Bekalan elektrik dan air yang belum stabil)
  6. Memiliki IPT yakni Full-Fledged University atau sekurang-kurangnya Instiitiut Pendidikan Guru ( Tawau sudah layak dari segi ini)
  7. Ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang (Tawau Bumi Peladang layak tapi perlukan kajian sejarah mendalam dan perlu ada Muzium sejarah Tawau sendiri)
  8. Memiliki Pusat Kebudayaan (Tawau kaya budaya malangnya belum ada Pusat Kebudayaan sendiri)
  9. Memiliki Kemudahan Bersukan yang lengkap yakni Kompleks Sukan yang lengkap (Tawau memiliki Kompleks Sukan yang hampir lengkap).

Menurut Datuk Tawfiq lagi,

“Perancangan Kerajaan sekarang adalah untuk memperbaiki kemudahan Infrastruktur asas seperti Bekalan Letrik dan Air. Untuk Letrik, selama beberapa tahun ini pantai timur Sabah bergantung keperluan tenaga letrik 40% dari Janaan Loji Letrik di Pantai Barat melalui Grid Barat-Timur sejauh 1,500km . Kalau sesuatu berlaku pada grid Barat-timur ini maka 4 dari 10 rumah di Sandakan, Tawau, LD ,Semporna ,Kunak akan bergelap dan inilah menyebabkan catuan terpaksa dilakukan selalu.”

Mengenai masalah tenaga eletrik di Tawau dan di Sabah umumnya, beliau menjelaskan:

“masaalah letrik sepatutnya sudah dapat diselesaikan tahun 2012 dengan perancangan Loji Arang Batu 300MW di Tungku , malangnya mendapat bantahan pihak tertentu. Sebagai Kerajaan yang perihatin dan mendengar suara rakyat, loji baru 300 MW yang menggunakan Gas akan dibina sebagai alternatif di LD . Namun pembinaan Loji Tenaga menggunakan Gas ini hanya dijangka diap dalam tahun 2015.

…tempat Pantai Timur yang paling sesuai adalah LD kerana posisi pelabuhannya yang mempunyai kedalaman yang sangat sesuai untuk kapal pengangkut LNG membawa Gas LNG sebagai feeder ke Loji Tenaga Gas tersebut.”

Isu kesesakan jalanraya di Tawau juga dijelaskan oleh Datuk Tawfiq:

“Kesesakan Jalanraya merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan apabila penduduk makin bertambah dan kemampuan memiliki kenderaan pun juga bertambah. Tawau memerlukan Jalan Alternatif untuk keluar dari Bandar menuju kawasan Batu 8 Jalan Apas dan ada dua Alternatif yang sedang dalam pertimbangan.

Yang pertama adalah Jalan Pantai dari Kg Titingan menuju Tinagat manakala yang kedua ialah Jalan Pintas dari Air Panas menuju ke Batu 8 yang akan dinaik-tarafkan menjadi dual Carriageway. Semua ini menunggu kelulusan kerajaan Persekutuan untuk dimasukkan dalam 2nd Rolling Plan RMK10. Begitu juga Pembesaran Jalan Utara juga sedang dalam proses untuk dimasukkan dalam 2nd Rolling Plan RMK10″

Ketika aku ajukan soalan bila agaknya jangkaan Datuk Tawfiq Tawau ini akan menjadi bandaraya? Ini jawapannya:

Sekiranya Datuk Tawfiq menjangkakan sebelum 2021 Tawau akan menjadi bandaraya, pada pengamatan anda, bilakah pula Tawau akan menjadi bandaraya?

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

6 Responses to “Bilakah Tawau jadi bandaraya”

  1. Gen2Merah

    Aug 28. 2011

    sebuah perkongsian yang menarik.. saya kagum dengan penjelasan yang diterangkan oleh Datuk Tawfiq Titingan. Seorang wakil rakyat yang prihatin dan sentiasa berjiwa rakyat..

    Saya bersetuju.. cabaran untuk menjadikan Tawau sebagai bandaraya kelak, perlukan komitmen dan semangat bersama daripada pelbagai pihak.

    Reply

  2. zaid

    Sep 03. 2011

    cakap2 bila tawau mahu jadi bandaraya tu,teringat pulak baru2 ni saya melawat satu projek mega yg ndak siap2 walaupun sudah sudah mendapat lampu hijau dari tahun 2008 di pesisir laut bandar tawau.rasanya kalau siap projek ini satu2nya jadi mercu tanda kemajuan di daerah tawau,kemegahan pada semua warga tawau dan jadi kebanggaan yg boleh di ceritakan kepada orang luar.bukan saja di ibu negara ada mercutanda mega kepesatan dan kemajuan tapi sekurang2nya ditawau daerah yg seluas negeri selangor ada mercu tanda kebanggaan buat warganya.dari perlis sampai kejohor belum ada lagi projek mega ini…itu taraf negeri,tapi jika benar2 jadi realiti satu2nya daerah dalam malaysia membina mercutanda mega ini dalam tawau sesuatu yg menjadi kegaguman kepada orang luar khususnya….apa yg saya maksudkan projek mega TIMESQUARE. sila rujuk di blog saya yg menjadi harapan tinggi sebagai warga tawau yg amat mencintai bandar dan daerah ini khususnya.

    Reply

  3. Sam Mikli

    Sep 04. 2011

    Assalam alaikum

    Tuan-tuan terhormat Puapuadede yang dihormati.

    Tawau sudah pun berstatus bandar. Secara teorinya ia akan bestatus Bandaraya nanti jika tiada aral. Apabila berstatus bandaraya kelak, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan berubah status dengan serta merta – Dewan Bandaraya Tawau (DBT).

    Tidak salah kita bersikap seperti “Punggok Rindukan Bulan.” Jika pun ia salah sekurang-kurangnya kita mempunyai harapan dan impian. jika di zaman kita ini Tawau belum lagi berstatus bandaraya, tentunya di zaman generasi Y yang seterusnya Tawau berstatus DBT.

    Dari segi mercu tanda pembangunan fizikal, Tawau boleh dikatakan “bolehlah, asalkan ada.” Dari segi kemudahan, prasana, infastruktur pun “bolehlah asalkan ada.” Dari segi kefungsian dan keberkesanan “talian hayat” (air, elektrik, jalan-raya) pun “bolehlah asalkan ada.”

    Persoalan “Bilakah Tawau Jadi Bandaraya?” mudah dijawab. Ya – apabila Tawau dapat atau berjaya memenuhi kriteria-kriteria yang termaktub di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Aktra 171) nanti. Untuk memenuhi atau sekadar memenuhi syarat utama Tawau memerlukan sekurang-kuranggnya 15 – 20 tahun.

    Jika dalam masa 15 – 20 tahun nanti Tawau masih berstatus “Majlis Perbandaran” bermakna Tawau memerlukan perubahan serentak secara lonjakan Quantum – Perubahan set minda dan perubahan dari segi mempraktikkan kesungguhan membangun. Jika tidak sampai bila-bila pun Tawau tidak akan menjadi bandaraya. “Bandar Lumpuh” barangkali.

    Selain persoalan “Bilakah Tawau Jadi Bandaraya?” ialah “Untuk menjadi Bandaraya, Model Bandaraya Yang Bagaimana Tawau perlukan?” London, Paris, New York, Berlin, Japan? Atau “Mini London, Paris, New York. Atau model “Acuan Tawau” sendiri? Model dan konsep Putrajaya bagaimana?

    Tawau tidak boleh disamakan dengan Putrajaya. Putrajaya adalah bandar yang dirancang secara “cukup rasa” dan berhati-hati. Bukannya dirancang secara “Mee Segera” atau “Asalkan Siap” sehingga duit rakyat yang dijadikan dana tersasar ke longkang para barua mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah.

    Secara pemikiran lateral, Tawau sebenarnya berupaya menjadi bandaraya apa sekali pun. Bandaraya Pertanian, Bandaraya Pendidikan, Bandaraya Pertahanan, Bandaraya Perniagaan dan Perdagangan (domestik dan antarabangsa) dan sebagainya.

    Cuma yang menjadi masalah dan penghalang kepada kemajuan dan pembangunan Tawau – selain set minda kelas masyarakatnya – ialah sewaktu ia dibuka dan dijadikan bandar ia tidak dirancang sebaik-baiknya. Jika pada masa itu cerdik pandai lagi pintar perancangan bandar sama ada dalam dan luar negeri dipanggil tentunya Tawau berupaya menjadi bandaraya kurang dari 50 tahun selepas berstatus bandar.

    Hiroshima dan Nagasaki – semasa “Fat Boy” digugurkan diatasnya ia menjadi padang jarak padang tekukur. Amat mustahil untuk dibangunkan semula lebih-lebih lagi dibangunkan untuk dijadikan bandaraya sebagaimana hari ini. Namun berkat set minda dan budaya Bushido kelas masyarakatnya Hiroshima dan Nagasaki pada hari ini adalah bandaraya yang disegani. Mengambil masa membangun tidak sampai 50 tahun pun dari saat pengebomannya.

    Adieu…

    Reply

  4. lan

    Sep 20. 2011

    ikhlas..rakyat tawau perlu menukar minda menjadi lebih cintakan kebersihan…majlis perbadaran mesti menjadikan tawau sebuah bandar yg cantik dan bersih terlebih dahulu..jalan raya utama sangat teruk…bila saya balik ke tawau..saya rasakan kita berada 15-20 tahun kebelakang dari bandar-bandar di semenanjung…ikhlas dari budak tawau ….

    Reply

  5. don den

    Oct 06. 2011

    set minda tu betul…penjanaan kewangan pun penting….kerana kurangnya peluang pekerjaan ramai warga tawau terpaksa mengemis d bumi org….sdgkan tawau punya peluang utk menjana pendapatan jika struktur pembangunan yg betul d amalkan..kerja keras yg prihatin dan kesungguhan memainkan peranan penting..bercakap sahaja tanpa menghasilkan sama jugak bohng………mpt sepatutnya bekerja keras utk membersihkan tawau ………bukan setakat main lepas jak…undang yg d wartakan sama skali jrg d praktikan pasal tu tawau masih lg belum bersih….cmna kita nak ubah mind set org tawau..tu cabaran…bercakap bkn bermakna kita bisa realisasikan tanpa usaha dan kesungguhan yg tinggi….sistem perairan n sistem jana elektrik kita sepatutnya suda lama maju..tp still tertangguh..terlalu byk alasan dr pihak terbabit dan bukan penyelesaian yg dpt……berapa lama lg kami warga tawau harus terima ini….dari segi kemajuan sistem komunikasi ….tawau masih lg jau tertinggal…sistem 3g hanya boleh di dapati d sesetgh kwsn….tlgla bukan masyarakat bandar jak yg memerlukan internet…kami warga kg pun memerlukan….lgpn bukan warga bandar jak yg skrg ni berpendidikan..warga kg pun ramai suda…..harus a,ik perhatian…….

    Reply

  6. DinBlues

    Dec 16. 2011

    Bandaraya, erm siapa yang tak mau tawau jadi bandaraya kan. Erm banyak benda aku nak cakap tapi dah taip panjang2 takut plak nampak over. Cakap sikit plak idea tengah sarat nie. Erm apa2 hal pun, Tuan Rumah memang best. Suma postting engko aku baca..memang best

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge