Kerana kekangan tugasan yang menghimpit, aku ambil sedikit masa untuk menulis tentang pertemuan aku dengan Tun Mahathir Mohamad di bilik rehat VVIP, Lapangan Terbang Tawau, minggu lalu. Kisah ini bukan kisah pertemuan kali pertama tetapi ini adalah kisahku yang bertemu Tun Mahathir sebagai seorang blogger. Dan aku tidak bersendirian tetapi berdua dengan LisaAli.
Tidak banyak yang sempat kami tanyakan, tetapi hanya DUA soalan sahaja yang bagiku sangat bermakna penjelasannya. Aku dan LisaAli dipanggil ke depan, berhadapan dengan Tun Mahathir, satu jarak pertemuan yang begitu dekat sekali. Semua tumpuan mata menghala ke arah kami… tanpa suara yang tadinya bingit, tanpa ada persaingan dengan wartawan yang selalunya akan bersesak-sesak bertanya untuk dapatkan fakta penjelasan.

Bila bertemu Tun Mahathir…
LisaAli bertanyakan tentang Namewee yang begitu lantang dalam mempertikaikan kedudukan Melayu, hak Melayu namun kerajaan tetap juga memberi “keampunan” atas apa yang dia lakukan.
Pandangan Tun Mahathir tentang Namewee.
Menurut Tun Mahathir, apa yang berlaku itu rakyat tidak boleh pertikaikan kerana ianya terpulang kepada pemerintah. Inilah kerajaan yang kita pilih, pilihan rakyat, kalau pemerintah izinkan, kita nak buat macam mana. Sebelum ini pun rakyat inginkan kebebasan, ISA sudah tidak ada, bila semua sudah bebas, inilah yang berlaku.
Namewee mula mencetuskan kontroversi melalui lagu Negarakuku pada tahun 1997 yang ditafsir pihak tertentu sebagai bukan sahaja menghina Malaysia tetapi juga menghina bangsa Melayu dan agama Islam.
Sejak klip berkenaan, beberapa klip lagi dimuatnaik Namewee ke Youtube yang memiliki unsur-unsur yang mencetuskan rasa tidak puas hati anggota masyarakat terhadap dirinya. (boleh cari di youtube). Terbaru, dia menghasilkan klip Namewee FxxK Utusan, sebagai reaksi balas terhadap sebuah rencana bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…
Pandangan Tun Mahathir tentang perjuangan dan perpaduan Melayu.
Kita Melayu mempunyai mejoriti 60 peratus. Sekarang kita ada 3 parti Melayu yang boleh mewujudkan 30 peratus menyokong UMNO, Keadilan (15%) dan Pas (15%). Kita sudah jadi minoriti. Kita sudah berpecah dan kita sebenarnya adalah pengemis.
Kenapa kita pengemis?
Dulu kita kuat, meraih 60% tapi… kita nak itu ini dan berpecah.
Sekarang untuk menang kita perlu sokongan bukan Melayu, kita meminta-minta untuk dapat sokongan bukan Melayu dan kehendak bukan Melayu tidak boleh dihalang.
Sekarang kita semua perlu bersedia hadapai keadaan ini?
Ya, memang perlu sedia hadapi ini… dan kita perlu faham dan kembali kepada perjuangan membela agama, nusa dan bangsa.

Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






saveqmm
Nov 16. 2011
mesti rasa hebat bukan jumpa dengan tokoh terkemuka negara ni…
teringin juga jumpa…
Reply