Berapa jumlah visitor anda? Berapa jumlah page view anda? Berapa banyak earning yang dijana? Berapa panas keyword yang kamu ada? Ini adalah persoalan harian bagi blogholic yang boleh ditemui di mana saja. Namun beberapa blogger santai yang hanya berkongsi info teknologi, berkongsi kisah dan rasa, berkongsi hobi dan minat tidak pedulikan hal ini. Tapi trafik mereka tinggi, dan bukan mereka yang kejar wang iklan online tetapi wang yang mengejar mereka. Bagaimana ini boleh berlaku?
Kuncinya adalah mereka menulis kerana mereka mengamalkan konsep ini: Dengar, lihat, kaji dan faham…. baru tulis.
Bila trafik anda jatuh, apa yang anda lakukan?
1. Cari berita panas untuk diulas.
Ini biasalah dilakukan kerana menurutnya dengan menulis sesuatu yang panas, ramai pengunjung akan ke blog anda. Biasanya, dalam keadaan inilah akan wujud blogger copy paste yang tidak berakal.
2. Mula mereka-reka cerita.
Kes ini akan mendatangkan sesuatu konflik biasanya, kalau dalam bahasa kasarnya, blogger yang sebegini akan mencari pasal dengan orang lain. Di sinilah akan wujudnya blogger yang akan berdepan dengan tindakan mahkamah.
3. Mengatakan auta bukannya fakta.
Blogger itu akan “masuk bakul angkat sendiri” laksana seorang hero segala hero, yang mengetahu segalanya. Walhal yang ditulisnya hanyalah ayat-ayat tembirang lalu mengangkat sesuatu hanya ikut sedap jari mengetuk keyboard.

Aku teringat satu gambar seekor tokke atau gecko daripada famili gekkonidae yang kononnya menggemparkan kerana saiznya yang besar. Beberapa hari selepas aku lihat gambar itu, keyword tokke melonjak-lonjak di google padahal kebenarannya adalah gambar itu menggunakan camera trick! So sanggupkah anda menggadai moral semata-mata trafik?
Comments
Powered by Facebook Comments









setuju…moral itu lebih penting dari segalanya…
Reply
bilr trafik jatuh automatik smgt nk blog tu jatuh ..adesss
Reply