Beza Dato`, Datuk dan Datu

Aku baru sahaja bertanya kepada pakcik Google mengenai beza gelaran kenamaan Dato` dan Datuk dan hasilnya aku telah bertemu dengan pelbagai sumber yang mengelirukan.  Setahu aku, dalam bahasa penulisan surat khabar terutamanya akhbar nasional, gelaran kenamaan Dato’ dan Datuk hanya ditulis Datuk.  Dan bila teringat surat khabar, aku teringat seorang photographer veteran di Berita Harian bernama Datu Ruslan Sulai dan ianya sudah pasti lebih mengelirukan ramai orang.

Apakah sebenarnya beza antara Dato’, Datuk dan Datu itu?

Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja
cth: Dato’ Sheila Majid

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.
cth: Datuk Shah Rukh Khan, Datuk Nicol Ann David.

Datu ialah nama keturunan suku Bajau di Pantai Barat Sabah yang diwarisi turun temurun.
cth: Datu Roslan Sulai, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur

Harimau mati meninggalkan belang tapi manusia mati meninggalkan nama.  Gelaran apakah yang anda tinggalkan kepada generasi anda akan datang?

Tambahan:

Dato = Anugerah untuk mereka yang Hartawan/Jutawan

Datuk = Anugerah kerana jasa kepada Negeri atau Negara.

Datu = Keturunan kerabat mcm Tengku, Pangeran, Raden & Raja. (Bukan Bajau. Biasanya Suluk & Maguindanao yang guna DATU. Bajau belum pernah ada SULTAN. Kalau pun ada orang Bajau yang guna DATU mungkin dia dari keturunan SULUK atau MAGUINDANAO.

 

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

12 Responses to “Beza Dato`, Datuk dan Datu”

  1. sollehahn

    Dec 12. 2010

    o0o…beza rupanya Datuk ngan Dato’…ingatkan sama je..

    thanx for the info

    Reply

  2. Gen2Merah

    Dec 12. 2010

    oooo, aku pun selalu keliru pasal perbezaan gelaran tu.. thanx bagi info pasal ni..
    Kalau gelaran ‘datok’ macam mana plak… hehehehe

    Reply

    Maya reply on December 12th, 2010 11:29 PM:

    datok itu ejaan lama bagi datuk yang bercucu

    Reply

  3. Zurina Jamjin

    Dec 12. 2010

    Skrg sy tau suda apa beza Dato’, Datuk, Datu..
    Yep²..tQ Kak Maya.

    Reply

  4. Kreatifbuzz

    Dec 13. 2010

    oww..ada beza pl antara datuk ngan dato..hehe
    xtau pun sebelum nih..adeh

    tp yg sarukan tu, xtau lg knp jd datuk.errkk

    Reply

    Maya reply on December 13th, 2010 12:32 AM:

    uncle google ada jawapannya..
    terserah dari kamu mahu menerima alasan versi negatif atau positif :)

    Reply

  5. zaid

    Dec 13. 2010

    ada lagi setahu aku tentang gelaran DATO’ ini,ada juga rakyat malaysia yg mendapat pingat dan darjah kebesaran dari sultan sulu yg sekarang ini (masih mmpunyai kuasa kesultanan tapi tidak diiktiraf dan tiada kuasa pemerintahan,pertabalan dan melantik sultan diantara kerabat masih kekal sekarang ini diantaranya sultan kudarat yg tinggal di marawi suatu tempat di selatan kepulauan filipin)salah satu kurniaan darjah ini membawa gelaran DATU…..tapi tidak laku dinegara kita.sebab itu kadang2 menghairankan bila ada ahli2 perniagaan yg tidak dikurniakan darjah kebesaran oleh sultan2 dinegara ini tapi mereka ada gelaran itu,rupanya2 darjah2 kebesaran itu dikurniakan oleh sultan2 diluar negara ini tapi sayangnya tidak diiktiraf.dikatakan juga sultan SOLO di istana kraton jogja ada mengurniakan darjah kebesaran yg juga lebih kurang maknanya sama membawa gelaran dato’….dan dikatakan juga kurniaan darjah ini banyak dikurniakan kepada rakyat malaysia terutamanya ahli2 perniagaan yg ada di indonesia….tapi sayangnya,kurniaan darjah serta gelarannya juga tidak diiktiraf dinegara ini.

    #wallahu’alam.

    Reply

  6. Octo

    Dec 14. 2010

    gitu rupanya

    Reply

  7. budaini

    Dec 16. 2010

    Atuk ndak senaraikan sekali kah… :)

    Reply

  8. Bunga

    Feb 28. 2011

    Dato = Anugerah untuk mereka yang Hartawan/Jutawan

    Datuk = Anugerah kerana jasa kepada Negeri atau Negara.

    Datu = Keturunan kerabat mcm Tengku, Pangeran, Raden & Raja. (Bukan Bajau. Biasanya Suluk & Maguindanao yang guna DATU. Bajau belum pernah ada SULTAN. Kalau pun ada orang Bajau yang guna DATU mungkin dia dari keturunan SULUK atau MAGUINDANAO.

    Reply

    Maya reply on February 28th, 2011 6:17 PM:

    Terima kasih atas penjelasannya, saya akan buat perubahan berdasarkan komen anda ini.

    Reply

  9. yusuf mail

    May 14. 2011

    Tahniah kepada semua penerima anugerah. Anugerah diterima pastinya atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Tak kiralah siapa penyampai anugerah berkenaan(malaysia, indonesia, filipina @ dari mana2 negeri atau negara); yang penting kita perlu mengiktiraf semua mereka yang menerima. Panggillah Datuk @ Dato kepada penerima berkenaan… kerana mereka telah memperolehnya.
    Tak salahkan… be positive.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge