
Sejak tersiarnya kisah Tawau Bloggers Unity (TBU) yang muncul mengisi ruangan Berita dari internet bersama TBU atas jemputan sebuah akhbar tempatan, wujud spekulasi orang ramai mengenai penglibatan TBU dalam mewarnai kerancakan media hebahan di Tawau ini. Pelbagai kisah sampai ke pengetahuanku, yang baik aku syukuri dan yang negatif juga aku syukuri. Kerana apa?
Kerana itu membawa maksud kandungan penulisan bloggers di paper itu dibaca oleh orang-orang di sekelilingku. Lebih dari sekadar membaca, mereka semakin faham perjuangan TBU dalam penyampaian maklumat yang bukan sahaja tertumpu di dalam blog malah sudah menjangkau bidang media.
Aku bersyukur apa sahaja komen mereka kerana di sebalik semua ini aku adalah orang di sebalik tabir yang membawa perubahan ini.
Kenapa tajuk beza bloggers dan wartawan?
Telah wujud satu kenyataan yang aku rasa tidak enak untuk diterima kerana kenyataan itu sama sekali melevelkan pemikiran segelintir golongan itu di tahap yang terlalu cetek penilaiannya.
Apakah kenyataan itu?
Blogger di Tawau terlibat (bersekongkol) dalam penerbitan “berita panas” yang dimuatkan di akhbar itu. Siapa yang katakan begitu? Aku rahsiakan kerana dia adalah sumber penyampaiku.
Masyaallah, adakah logik TBU yang hanya dijemput menulis dalam satu ruangan khas terlibat dalam penerbitan “berita panas” itu? Aku dan rakan-rakan TBU hanya menyiapkan 3 mukasurat dan soft copynya aku serahkan kepada Ketua Pengarang akhbar itu.
Soal menulis dan menerbitkan “berita panas” itu tidak kena mengena langsung dengan TBU. Siapa kami untuk duduk semeja menggunakan kemudahan di pejabat akhbar itu apatah lagi untuk menggosipkan “berita panas” itu. Itu adalah soft copy pertama kami untuk terbitan akhbar tersebut dan bukannya sudah lama TBU terlibat dalam mengarang dan menerbit berita di akhbar itu. Cuba fikir sikit!
.
Beza bloggers dan wartawan.
Terlalu banyak perbezaan untuk dikatakan namun aku ambil yang paling ketara sahaja iaitu:
1. Bloggers menulis mengikut konsep apa yang blogger itu minat mahu sampaikan kepada pengunjung blognya samada mahu menurut kod etika bloggers yang disarankan Perdana Menteri ataupun tidak. Kisah itu disampaikan mengikut gaya bahasa, penampilan medium gambar dan video sesuka hati bloggers itu. Akan tetapi wartawan itu menulis mengikut etika kewartawanan, terikat dengan tatabahasa formal yang mengandungi fakta yang tepat untuk rujukan sahih.
2. Wartawan itu terikat dengan etika kerja profesional yang disokong dengan jadual function setiap hari, perlu menghadiri satu-satu majlis, menemuramah sumber berita, mendapatkan fakta penting untuk dijadikan berita. Sedangkan bloggers itu tidak diwajibkan untuk semua itu KECUALI blogger itu merasakan dia perlu bertanggungjawab dalam menyampaikan sesuatu kejadian dengan perlu pergi ke tempat kejadian itu.
3. Wartawan itu kerjaya profesional yang bergaji setiap bulan, mempunyai elaun perjalanan, elaun penginapan, layanan istimewa, makan minum dijaga penganjur… sedangkan blogger?
Bloggers itu menulis atas keikhlasan hati mahu menulis, mahu berkongsi dengan dunia internet, mahu membawa nama Tawau ke pengetahuan orang luar TANPA ada elaun makan minum, penginapan, minyak kereta dan yang berkaitan.
Yang ada hanyalah click earning iklan online nuffnang, advertlets, adsanse, online manga dari pengunjung blog yang memahami kesusahan hidup sebagai seorang blogger. Itupun bukannya dapat dituai atau dinikmati seenaknya kerana bloggers juga manusia yang perlu membayar pelbagai bil.
Kesimpulan.
Membaca adalah salah satu cara menuntut ilmu. Ilmu tanpa pemahaman akan memberi kepincangan dalam proses kehidupan kita. Baca dulu kemudian faham, setelah faham barulah bertindak.. jangan baca tapi tidak faham dan kemudian menyebar khabar tidak benar. Nampak gambar saja sudah dikatakan itulah dalang di sebalik semua ini. Awak bodoh! Maaf.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






sankai
Mar 05. 2011
sekarang kita ada misi baru. menggalakkan budaya membaca di Tawau.
Reply
sis riani
Mar 05. 2011
waaa hot ni
yg penting ikhlas mo menulis
sebab ikut pandangan masing2 kan
Reply
lisa ali
Mar 05. 2011
betul tu sis angriani! ku sokong
Reply
sudir
Mar 05. 2011
membaca amalan mulia… salute!!
Reply
Gen2Merah
Mar 06. 2011
tahniah TBU
Reply
Sunnyliang
Mar 06. 2011
Sebelum pulang ke singapura seminggu yang lalu, saya tergerak mahu membeli akhbar ‘berita panas’ tersebut berikutan issue tersebut menggemparkan kehidupan ahli politik yang selama ini tidur dengan lena. Saya berasa bertuah kerana sepengetahuan saya sebagai sebahagian drpd msykt Tawau, sekurang-kurangnya, saya bersyukur kerana ada juga akhbar yang memperjuangkan ‘SUARA/MASALAH rakyat di tawau.Saya berani kata bahawa permasalahan yang di utarakan tersebut adalah hakikat yang di hadapi masyarakat tawau. Politik la yang meMUNDURkan tawau, birokrasi, rasuah dan sikap berdiam diri juga menyumbang kepada kejelekkan bandar tawau. Saya tetap sokong akbar dan wartawan tersebut. Tahniah kerana dia telah menggunakan etika kewartawanannya tanpa berat sebelah atau di dirasuah dek politik.
Kepada bloger pula… saya setuju jika anda berkata, wartawan dan bloger adalah berbeza.
(Pilihan raya kian menjelang, tentulah ahli politik tidak senang bila keJELEKkan pentadbiran mereka dihebahkan kepada masyarakat umum.)
Reply
budaini
Mar 06. 2011
kalau kita d kaitkan dan kita report balik boleh bah kan… (kita ada bukti bah)
jadi banyakkanlah membaca, bukan hanya tinguk gambar jak…
paper tu paper melayu bukannya paper cina….
Reply
roslan
Jul 02. 2011
teruskan laporan demi rakyat,teruskan usaha untuk kesedaran pemimpin di tawau ini.
Reply