Dalam kehidupan harian, kita pasti akan bersyukur sekiranya usaha gigih kita mencapai matlamatnya meskipun ada kalanya matlamat itu berada pada tahap yang kita sendiri belum puas hati lagi. Kenapa belum puas hati? Kerana sebenarnya kita tidak mencapai kepuasan yang maksima hasil usaha gigih kita. Apa yang kita harapkan sebenarnya tidak berbaloi, tidak dihargai malah dipersenda-sendakan.
Sekadar hiasan. Terima kasih Ari Mahardika.
Rutin harianku sebenarnya sekarang ini amat sterotype, mendatar dengan aktiviti yang sama seperti yang aku lakukan setiap hari. Aktiviti yang aku lakukan itu adalah untuk mencapai beberapa matlamat meskipun saban hari hasil aktiviti aku yang mendatar itu boleh menyarai aku dan keluarga aku. Jadi apa yang tidak ada?
Flavournya… ya, rasa yang boleh memberi motivasi pada diri, memberi warna yang berlainan dari yang semalam. Bagi aku perasaan itu mempunyai warna.. itu bagi aku lah ehehehe. Merah bagi semangat berkobar2, biru bagi kepatuhan pada orang tua, kuning bagi perkara yang luar biasa… pandai2 sajalah kan.
Apa pun yang kita lakukan seharian, utamakan bentuk penghargaan yang perlu kita beri kepada diri sendiri. Ini elemen penting bagi aku kerana ianya memberi impak pada keyakinan diri, rasa diri bertuah, rasa diri bermaruah, rasa diri penting kerana aku sayang diri aku.









Comments
Powered by Facebook Comments