Bas Tawau Macam Pub Bergerak

SUDAH ramai yang menyedari tetapi sudah muak untuk menyuarakannya. Perkhidmatan bas awam di Tawau tidak menepati garis panduan perkhidmatan yang dikeluarkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Aku tidak mahu sentuh masalah keuzuran bas kerana ada beribu lagi aduan mengenai hal ini dan pihak masih juga PUSPAKOM meluluskan bas buruk berkeliaran. Bukankah bas melebihi usia 15 tahun sudah tidak boleh diluluskan beroperasi?

Bukan mahu tutup rezeki orang tetapi aku ingin suarakan SIKAP SEBILANGAN pengendali bas awam di Tawau yang begitu melampau-lampau. Kenapa aku katakan melampau? Hobi mereka adalah memberhentikan bas ikut suka hati mereka. Maklumlah, ianya kan untuk menepati perkhidmatan bas mereka, bas henti-henti. Lain lagi sikap tamak menyumbat penumpang macam dalam tin ikan sardin bilis.

Pengalaman siang tadi pula, bila aku naik bas, di lantai tangga terakhirnya menunggu tayar yang menyusahkan untuk melangkah naik. Setelah duduk, aku perhatikan tayar itu dan terdetik keraguanku apabila ada penumpang warga tua atau ibu mengandung yang mahu menaiki bas ini nanti. Di hentian seterusnya, sepasang warga tua begitu kepayahan mahu menaiki bas itu. Aku duduk jauh di dalam bas dan sewajarnya itu antara tugasan kondaktor.  Tapi kondaktor hanya duduk di bahagian depan dan bercerita dengan pemandu.

Tidak sampai 300 meter, dengan penumpang dalam 5-6 orang, suasana bas berubah, pemandu bas tiba-tiba hidupkan sound terlalu kuat hingga begitu menyesakkan telinga. Terasa macam dalam pub pula…

Ya, pemandu itu memang mahu wujudkan suasana pub di dalam basnya (pub bergerak) kerana apa yang hiasan lampu mula liplap liplap. Pemandu mula merokok (satu kesalahan merokok di dalam bas awam) dan lebih sadis lagi, ada botol dan kotak arak dijadikannya hiasan di bahagian depan. Wajar atau tidak?

Memanglah tidak sebab makcik yang duduk di sebelah aku pun ada cakap denganku, melampau juga dorang ni letak botol arak di depan.

Aku berharap agar wujud jalan penyelesaian, akan wujud konsortium bas awam di Tawau yang mempunyai standart perkhidmatan yang memuaskan. Jangan kertas kenyataan harga perkhidmatan saja yang diupdate tapi update jugalah perkhidmatan basnya.

Info kejadian:
Bas Tg Batu Laut ke Bandar Tawau
Jam 3.34 petang

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

5 Responses to “Bas Tawau Macam Pub Bergerak”

  1. halimah jonggang

    Apr 05. 2012

    Apa nak dihairan dgn semua ni. Di Tawau perkara2 sedemikian seringkali berlaku. Use your customer right boikot bas2 sedemilian, buat komplen dgn agensi perlesenan tertinggi diperingkat pusat biar pengusaha bas ni tahu betapa sukarnya bisnes bas ni & harus tdk diambil remeh dlm menjaga imej persatuan pengusaha bas. Inilah keburukan bila hanya segelintir kaum yg monopoli bisnes bas ni. Saya berpendapat sekiranya lesen pengusaha bas ni diberikan kpd multi racial kes2 sebegini tdk akan berlaku kerana mereka akan bersaing utk menarik perhatian pelanggan dgn cara menjaga imej mereka.

    Reply

    Maya reply on April 5th, 2012 6:49 PM:

    nakalnya nama halimah jongang ni.
    semua pihak perlu bersama atasi, mungkin menulis dalam blog sebagai antara permulaan tindakan itu, kelak bila perlukan bukti, bolehlah refer ke sini. samalah juga kes pihak posmen selalu hantar salah2 surat, bila buat aduan dan direquest bukti, aku rujukkan entry aku… hari ini surat aku sudah tidak pernah sesat.

    Reply

  2. sankai

    Apr 06. 2012

    lama nya aku rasa aku ndak naik bas…tapi di tawau kalau bas sound ndak kuat, anak muda ndak mau naik..hehe
    sankai recently posted..GadjetMy Profile

    Reply

  3. Sam Mikli

    Apr 07. 2012

    Assalam alaikum

    Salam hormat kepada semua

    Perkhidmatan pengangkutan awam daerah Tawau, saya akui ia memang mundur. Mundur dari segi teknologi, akal dan fikiran pemandu-pemandu bas ( dan yang seangkatan dengannya), tingkah laku dan tabiat dan banyak lagi. Ironisnya mereka-mereka ini, yakni pemandu, pemilik dan pengusaha (bas terutamanya) secara keseluruhannya LULUS teori di atas kertas “peperiksaan berpusat” JPJ, PUSPAKOM dan sebagainya.

    Rumus formula didik dan ajar walaupun sudah bersifat klasik dan antik masih ampuh untuk dijadikan vaksin penawar kepada penyakit pemandu, pemilik dan pengusaha pengangkutan awam (bas terutamanya).

    Siapa yang perlu tampil ke hadapan untuk mengetengahkan rumus formula didik dan ajar ini? ”Orang ajaib di pasar malam”? Yang Berhormat Wakil Rakyat? Tuan-tuan terhormat Majlis Perbandaran Tawau (MPT)? entiti-entiti kerajaan pusat dan negeri? Lembaga Swadaya Masyarakat (NGO)? Komuniti prefosional? Komuniti marhaen? Atau saya? Rasanya semua pihak perlu tampil ke hadapan. Bersuara dan mengeluh sahaja tidak memadai. Menuding jari tanpa menghulurkan bantuan tidak akan menghasilkan apa-apa.

    Dalam “konteks Tawau” pengusaha pengangkutan awam – bas terutamanya sememangnya di dominasi oleh komuniti Bugis. Sebut sahaja syarikat-syarikat bas yang beroperasi seperti Usaha Bone, Majama dan sebagianya sudah tentu ianya dikaitkan dengan perusahaan komuniti Bugis. Secara tidak langsung ia dengan sendirinya akan menghasilkan “chaos”/sentimen perkauman yang tidak disedari. Terma DOMINASI sudah cukup mampu menterjemahkan “chaos” itu.

    Bagi mereka yang memahami psyche ekonomi sama ada mengguna pakai teori sarjana Islam atau bukan Islam – Dominasi wujud apabila hanya terdapat satu kaum sahaja yang menguasai aktiviti permintaan dan penawaran. Tetapi jika wujud pelbagai kaum yang terlibat di dalamnya yakni secara asimilasi maka tidak akan wujud dominasi secara takrifan mutlak. Melainkan dominasi monoriti. Komuniti Bugis mendominasi perusahaan pengangkutan di Tawau adalah kerana didorong oleh sikap dan sifat produktif yang tidak kenal erti putus asa. Itu saya akui. sikap dan sifat komuniti Bugis ini ada tertulis di jurnal-jurnal sejarah yang terdapat di Universiti Leiden, Belanda.

    Dari pengamatan saya perusahaan bas di Tawau tidaklah didominasi oleh komuniti Bugis sahaja. Malah terdapat juga komuniti-komuniti lain terutamanya komuniti Cina. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kalah jadi abu menang jadi arang tetapi kedua-dua pihak telah terbakar. Menarik perhatian atau meminta campur tangan pusat menunjukkan pihak berkuasa tempatan sama ada di bawah agensi kerajaan negeri atau pusat LEMAH dalam berhadapan dengan masalah yang dihadapi rakyat. Yang malu melulu dan bertalu-talu tentulah kita – TAWAU.

    Dari perspektif ekonomi sama ada secara makro atau mikro atau kedua-duanya sekali BOIKOT bukanlah vaksin penawar terbaik untuk mengubati masalah ini. BOIKOT akan memberi kesan kepada hasil keluaran kasar/bersih daerah Tawau secara tidak langsung. Yang rugi tentulah Tawau. Komuniti yang berminda subsidi bagaimana?

    Akhir sekali – mengubah bentuk muka bumi lebih mudah daripada mengubah tabiat, perangai, tingkah laku (dan terutamanya set minda) manusia.

    Adieu dari jauh…

    Reply

    Maya reply on April 7th, 2012 9:34 PM:

    Terima kasih atas komennya bro.
    Suka bila ada ayat

    “Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kalah jadi abu menang jadi arang tetapi kedua-dua pihak telah terbakar”

    Bugiskah Tidungkah, Bajaukah… etc, masing2 perlu menukar keadaan ini.
    Maya recently posted..Bas Tawau Macam Pub BergerakMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge