Bas Ekspress Tawau-KK dilempar batu

Pengangkutan jalan melalui darat menuju ke Kota Kinabalu sejauh 500 kilometer sememangnya kurang selamat kerana pelbagai insiden boleh berlaku. Baru-baru ini, setelah selesai berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja kerana lebih jimat menurut emak ku. RM55 seorang, kalau naik MAS masa promosi hari tu, harga lebih kurang juga… beginilah nasib bila perjalan tidak dirancang atas urusan rasmi. Redah je kata Nadia AF.

Dalam hati memang berkecamuk juga sebab dalam keadaan aku sekarang yang sakit-sakit, menaiki bas selama 8 jam tentunya memeritkan. jam 8 malam, bas Tung Ma Express (cap kuda) pun meninggalkan stesaen bas KK. Keadaan hujan lebat membuat semua penumpang agak gelisah ditambah lagi dengan karenah penumpang yang tidak henti2 bergayut dengan nada yang kuat. Nasiblah si pemandu dan krewnya faham lalu dia slowkan volume tayang video filem ntah apa tajuknya, aku pun tidak ambil tahu. Melepasi Kundasang menuju ke Telupid, suasana semakin tenang, hanya sesekali terdengar orang berdengkur (amboi).

Setibanya di check point Sandakan, bas berhenti rehat dan kami hanya minum m ilo panas sahaja, tapi aku lihat ramai yang sambung tidur sahaja di bas. Belum pun sampai 10 minit bas memulakan perjalanannya semula ke Tawau, ada satu bunyi yang kuat di sebelah kanan belakang bas. Penumpang mula panik, mak aku yang baru mula mahu tidur pun terkejut. lalu bermulalah dialog-dialog seperti di bawah ini:

“Jangan berhenti, nanti kita kena rampok”
“Ndak juga pancit tayar bas kita kah?”
“Matilah kita.. matilah… matilah…”

Apa jawapan pemandu?
“Bas kena lempar… orang yang lempar bas tu berlatih melempar mahu masuk sukan olimpik, biasa sudah tu, ok bah”

Latar kejadian: 2 Pagi
Lokasi: berdekatan dengan signboard Kampung Lot M, Sandakan.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

11 Responses to “Bas Ekspress Tawau-KK dilempar batu”

  1. sankai

    Nov 08. 2009

    banyak benda pelik berlaku akhir2 nie…
    tu la kerjanya orang xda kerja…
    eheehhehe…

    Reply

  2. friendly

    Nov 08. 2009

    tu kes biasa sudah tu….. tu pasal lah banyak jak bas kk-tawau yg pecah2 cerminnya…
    .-= friendly´s last blog ..Anda Bekerja Kerana Apa? =-.

    Reply

  3. romzi

    Nov 08. 2009

    dangerous juga kalau naik bas ni ya, baru plak aku tahu aktiviti lempar melempar didalam perjalanan
    .-= romzi´s last blog ..Project Duo =-.

    Reply

  4. zil75

    Nov 09. 2009

    aku anggap org yg buat tu setengah tiang, tak bertamadun dan penakut…

    Reply

  5. yati2302

    Nov 10. 2009

    org yg melempar tu punya banyak masa yang terluang..
    mungkin mau mengisi masa lapang & menguji kekuatan dorang..

    ndakda keja pegi tdolah weiiii..
    .-= yati2302´s last blog ..thanks.. =-.

    Reply

  6. Dina

    Nov 13. 2009

    uishhh baru pulak aku tau kak…gila la dorang tu…
    lepas ni klu mo p kk naik flight jak la…
    isshhhh anything happen mlm tu sia2 jak…

    Reply

  7. termosfy

    Nov 20. 2009

    orang yang melempar tu wants attention. mungkin sebab mukanya tak hemsem, hitam, miskin lagi so tak ada sapa yang beri perhatian so terpaksalah dia buat keja tak berfaedah tu. supaya orang beri perhatian. macam mat rempit. mereka tu minta perhatian sebenarnya. supaya orang tengok mereka. bilang orang ‘mintak puji’

    Reply

  8. ayu

    Nov 20. 2009

    biar btul org lempar batu….nasib xda apa2 juak kan…

    Reply

  9. sry

    Jan 29. 2010

    nak gi floating semporna ada transport tak? murah gak naik bas dr kk ke tawau yer….lain kali sy nak naik bas lah lg murah n jimat ha…ha..ha….

    Reply

  10. christine

    Nov 21. 2010

    hai…bleh saya tau, brapa jam perjalanan? ko sampai d tawau jam brapa?

    Reply

    Maya reply on November 21st, 2010 3:04 PM:

    start dr kk jam 7mlm sampai tawau jam 4/5 pagi

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge