Baju Baru

ben

Bila aku sudah kehilangan motivasi untuk berblog, aku akan mula mencari baju baru (new theme) untuk blog aku. Aku suka bila blog aku tidak menyakitkan mata aku, paling kurang pun dengan baju baru ini, blog aku ada tarikan untuk aku kembali minat padanya. Entahlah aku sendiri tidak tahu kenapa ada sahaja alasan untuk aku buat bila penyakit MALAS datang.

Aku masih ingat minggu lalu bila bertemu geng TBU, masing-masing meluahkan kemalasan mereka untuk update blog. Ada yang beri alasan terlalu sibuk dengan urusan kehidupan, ada pula yang sudah blank kepala mau tulis apa, dan tidak kurang pula ada sememangnya senantiasa hebat dalam mendapat idea untuk berblog. Mereka itulah Bloggers Tegar. Kenapa aku MALAS dan tidak update blog?

Sebab utama, masa aku sekarang agak limited berbanding dulu. Aku tidak berani menanggung resiko kehilangan kastemer yang sejak dulu lagi datang dan meminta aku menyiapkan mereka kerja yang warna warni sifatnya. Kadang-kadang belum pun sempat untuk membuka email, kerja-kerja itu sudah menungguku dan perlu siap dengan cepat! Bila sedar saja, jam sudah tunjuk angka 5, makan tengah hari pun tidak, aku selalu tahan lapar hinggalah masanya untuk aku balik sekitar jam 7. Alhamdulillah, adakalanya beberapa rakan aku selalu membawa aku keluar untuk meneroka dunia restoran sebelum balik.

Sebab lain, kawasan tempatku tinggal tidak mempunyai internet coverage sama ada streamyx, celcom broadband dan seangkatannya. Ini adalah kerana lokasi rumah aku yang agak rendah juga Bukit Tanjung Batu yang terlalu tinggi. (Yabah, aku marah tu bukit!) Dulu, di kawasan rumahku ada line telefon dan dalam perancanganku, itulah harapan untuk aku online di rumah. Baru saja plan, tu kabel telefon sudah kena curi! Ingatkan sebulan dua sajalah, rupanya sudah hampir 4 tahun! Aku pernah menulis aduan untuk TM tentang masalah line telefon di kawasan ini, namun sampai ke hari ini, tiada jawapan pernah aku terima. Hehehe… inilah Tanjung Batu and welcome to the club.

Tu baru dua sebab, sebenarnya banyak lagi, tapi memandangkan Wunabarakati sudah menunggu aku habis menyiapkan entry ini, maka aku tinggalkan lagi blog ini dengan serangkap pantun.. eh bukan, sebuah puisilah… wah kelaparan sudah si alwis…bah!

Adios amigos…

Related Posts with Thumbnails

Advertisement

11 Responses to “Baju Baru”

  1. dOn
    28/02/2009 at 7:21 PM #

    wah… nice theme…

    “alasan terlalu sibuk dengan urusan kehidupan” nieh mcm alasan yg selalu ku guna jak nieh… :p

    dOn’s Terkini di blog…Pembantahan pembinaan Loji Elektrik Arang Batu

    Reply

    Maya reply on March 1st, 2009 12:43 PM:

    Memang itulah hal sebenar yang kita alami

    Maya’s Terkini di blog…Baju Baru

    Reply

  2. 28/02/2009 at 10:38 PM #

    ramai jg yg sibuk…mcm aku time weekend atau line kuat jak dapat update blog…kalau di KK celcom kuat line kira senang lah

    Aj’s Terkini di blog…Pure 80’s (2007)

    Reply

  3. 01/03/2009 at 12:45 AM #

    waa… cantik ba baju baru… hehehehe… sori sis… td ndak angkat fon… dapat jugak sms ku kan…

    next time kita jumpa lagi ya… hermmm…

    siapa la yang punya angkara curi kabel tepon tu kan… menyusahkan tul

    Adry’s Terkini di blog…Kain murah???

    Reply

    Maya reply on March 1st, 2009 12:45 PM:

    Orang yang curi kabel sudah dihadapkan ke mahkamah tapi kesannya satu Tg Batu :(

    Maya’s Terkini di blog…Baju Baru

    Reply

  4. 01/03/2009 at 9:21 AM #

    nasib baik rumah ku suda diatas sikit jak..tinggi beberapa kaki jak dari rumah mu..wahhahha..

    semalam aku mencarut lagi sama helpline celcom..ehehehe..

    sankai’s Terkini di blog…isu masalah krisis kewangan

    Reply

  5. 01/03/2009 at 4:15 PM #

    biasalah maya, bukan semua kita selalu ada masa. aku kecuali weekend br ada byk masa… so bila gathering kamu??

    Aj’s Terkini di blog…Powderful Engrish!!

    Reply

  6. 01/03/2009 at 4:52 PM #

    woiii..,lapar lagi bha……..

    Alwis’s Terkini di blog…Bengkel $$$ Khas Dalam Tawau Bloggers Unity

    Reply

  7. friendly
    02/03/2009 at 8:03 AM #

    lawa2……

    friendly’s Terkini di blog…Perkongsian Ilmu Untuk Para Blogger

    Reply

  8. 02/03/2009 at 8:47 AM #

    waaa…memang shantek…maya
    jangan lupa kasi link baju2 baru tu yaaaa
    pastu…hehehehehehee janji kita tu…yehaaaaaaaaaaaaaaaaa

    sis riani’s Terkini di blog…Kurang sihat but hepi :)

    Reply

  9. junaidi
    16/03/2009 at 5:03 PM #

    Earth hour at my blog… save our world… view my page now…

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge