MASIH lagi mengekalkan penggunaan Theme Junkie, ianya menjadi pilihan fesyen baju baru puadede musim Julai 2012. Tidak merumitkan aku untuk menggunakannya malah menepati seleraku yang sukakan theme bersih putih.
Meskipun ianya theme allready made inside pluginnya, namun beberapa penambahan dan modifikasi tetap aku lakukan. Buat pertama kalinya, aku memuatkan FB page Puadede untuk paparan umum. Sebelum ini aku tidak pernah menggunakan plugin fb page itu kerana aku tidak mempunyai blog fb page. Ia tampak bergaya di sidebar puadede.
Aku juga membuat penambahan pada sidebar dengan memasukkan plugin quote yang memuatkan fakta dan informasi ringkas mengenai Tawau. Fakta tersebut ialah:
- Tawau diambil sempena perbuatan menangkap ikan -bahasa Tidung
- Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar.
- Tawau mempunyai 10 mukim, 81 kampung, 2 parlimen, 6 dewan undangan negeri.
- Tawau mempunyai seramai 304,888 orang penduduk -Statistik tahun 2000.
- Menara Loceng Belfry adalah antara monumen tertua di Tawau. Ianya dibina pada 1921.
- Pusat kiraan 0km bermula dari Pondok Loceng Belfry di Padang Bandaran Tawau.
- Tawau dikenali sebagai Bumi Peladang kerana keluasan perusahaan pertaniannya.
- Amy Search telah mengisytihar Tawau Rock “N” Roll City -Disember 2011
- Taman Bukit Tawau terkenal dengan tarikan Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia
- Amplang dan ikan bilis adalah antara produk utama dari Tawau.
- Bunga ixora adalah bunga rasmi Tawau.
Ruangan iklan kekal seperti biasa dengan mengekalkan nuffnang sebagai main sponser iklan. Adsense aku tidak muatkan kerana 90 peratus pengunjung blog ini ialah pembaca local.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






onggon
Jul 12. 2012
Tahniah ada baju baru sudaa.. Saya ni pemalas mo tukar2 lagi baju.. Buat masa ni pakai baju putih basic ja hehe.. Info Tawau tu yg paling best.. Kipidap tuan tanah kedaong
Reply
Maya reply on July 15th, 2012 5:00 PM:
bulibah ditukarkan kalau mau
Reply
Mus
Jul 15. 2012
smart juga ni theme..
Mus recently posted..Tiket Balik Raya 2012 AirAsia Serendah RM59 Sehala
Reply
Maya reply on July 15th, 2012 5:01 PM:
cuma ada beberapa part tu kena modify sikit cssnya
Reply