10

Baik buruknya silent readers

Apa maksud silent readers? Pembaca senyap adalah terjemahan dari kamus tapi dalam dunia blogging, silent readers itu merujuk kepada individu yang melawat blog untuk tujuan membaca sahaja tanpa meninggalkan jejak komen.  Tak kisahlah komen di entry yang mereka baca , say hi di shoutbox ataupun say hi di email.

Aku sendiri selalu memilih untuk menjadi silent readers tetapi ianya bergantung kepada blog yang aku lawati itu, tapi kebiasaannya bila aku memilih untuk menjadi silent readers aku akan bookmark blog itu sebagai ingatan aku perlu ke blog itu lagi di lain masa untuk meninggalkan jejak. Kira macam mengintip tapi kalau ada benda yang menarik perhatian, barulah aku tinggalkan jejak.

Bila duduk diam bercuti seperti hari ini (aku cuti sebab aku nak rest konon) aku mulalah berkunjung ke mana-mana blog yang aku pernah bookmark.  Dari aktiviti ini aku mula perasan sebenarnya menjadi silent readers ini ada baik buruknya.

Silent reader amalan tidak baik untuk blogger kerana:

  1. Aku amalkan sikap minta sumbat bahan bacaan tanpa berterima kasih kepada tuan blog.
  2. Orang lain tidak ketahui kewujudan aku kerana aku datang dan pergi tanpa jejak, macam angin tiup daun kelapa, nampak daun tu gerak tapi tiada maknanya, kalau nak yang ada maknanya, angin tiup jatuh sebiji buah kelapa muda :)apa aku merapu ni ahahaha…
  3. Orang akan prasangka dengan kita.  Bagi blogger ternama yang sudah ada list kawan black n whitenya pasti akan menganggap bila 2-3 kali ip sama masuk blog dan berjam-jam stay di blog, pasti akan mengklasifikasikan aku sebagai orang yang memerhati, yang mahu mencari salah, yang mahu buat kerja jahat dalam blog dia. Padahal aku stay semata-mata membaca tanpa ada feeling beri komen. hehe jahatkan…

Silent reader akan menjadi amalan yang baik untuk blogger kerana:

  1. Ni mostly kaum adamyang buat, jadi silent reaader kerana nak korek rahsiah atau nilai personaliti blogger berkenaan
  2. Kata orang diam-diam ubi berisi, walaupun jadi silent reader dan satu masa berkesempatan duduk sebelah meja di restoran mamak, bolehlah surprisekan orang tu dengan segala entry yang pernah kita baca dari blog orang tu. Kamu pernah rasa apa yang dirasa apabila bertemu orang yang sebeini? hahaha seram sejuk pun ada…
  3. kalau jadi silent reader ni orang tak akan ada chance punya untuk mempersendakan karangan komen kita kerana dorang takkan tau bahawa orang yang juling itu kadang-kadang selalu typo (ni kes juling teruk punya) Astaghfirullah, nauzubillah apa aku merepek ni…

All clear? Ya menjadi silent readers itu pokok pangkalnya mempunyai reasonnya yang tersendiri, terserah kepada individu itu untuk menafsirkannya. Cuma satu saja, jangan selalu prasangka buruk pada orang lain, tidak mendatangkan kebaikan pun…

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Blog Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

10 Responses to "Baik buruknya silent readers"

  1. Kreatifbuzz says:

    adeh..knp seperti aku terasa ni..hahaha…

    slalu jd silent reader juga…

    btw, thanks dgn info ni..hoho..lepas ni, kena pastikan nama aku ada pada semua blog!haha..

    eh, maya..yg list blog wasaber tu, nama Farid..url salah rasanya :)

    kreatifbuzz.com // da tukar ke wordpress :)

    Reply

    Maya reply on December 10th, 2010 1:10 AM:

    baguslah kalau kamu sdh mo berenti jd penyubuk.. apa pun ada pro n kontranya.

    blog link updated

    Reply

  2. panadol says:

    mmg btl tue..
    silent readers nie ada baek n buruknya,,
    depends lor..

    Reply

    Maya reply on December 10th, 2010 1:24 AM:

    asalkan tdk menyusahkan sapa2 sudahlah. baik jadi tukang baca dan tukang komen yang melambangkan diri kita, drp bersembunyi berlakon mengampu

    Reply

  3. rita says:

    adeh.. terasa aku wahahahaaa… tp betul jgk tu kan kak ngeee~

    Reply

  4. Ali ridha says:

    sekarang aku akan tinggalkan
    komen.sebagai terima kasih
    kerana berkongsi ilmu :D

    Reply

    Maya reply on December 10th, 2010 1:47 PM:

    jan saja rasa terpaksa pok :)

    Reply

  5. budaini says:

    biar jadi silent readers yg penting jadi pengunjung tetap… :)

    Reply

    Maya reply on December 10th, 2010 1:47 PM:

    kalau silent readers trus mengklik ada pengecualian bah

    Reply

  6. Gen2Merah says:

    aku selalu jadi SILENT READER kerana:—->

    1.Kadang-kadang nak tinggalkan jejak dan komen tak sempat sebab line internet sangat lembap.. Loading lambat sangat, so sempat baca entri blog tu je.. Nak tunggu ruang shoutbox dan kotak komen tu keluar mau sakit mata jak menunggu.. hihihi

    2.Jadi silent reader sebab nak mantapkan lagi mutu tahap bacaan aku.. banyak membaca luas pengetahuan. So nak baca sebanyak mungkin entri di blog-blog lain secepat yang boleh.. So, tak sempat tinggal jejak.. hehehe

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.