1

Azlan Lauddin Martin Penggiat Sejarah Tawau

Tidak salah rasanya untuk memberi gelaran penggiat sejarah Tawau kepada Azlan Lauddin Martin kerana sesiapa sahaja yang mengenalinya, pasti mengetahui betapa besar minatnya akan sejarah dan impiannya untuk menyumbang kisah sejarah Tawau kepada sesiapa sahaja. Azlan Lauddin Martin adalah anak jati kelahiran Tawau yang memiliki koleksi sejarah yang begitu menakjubkan dan jika berkesempatan anda boleh melihat sebahagian koleksi itu di bonet keretanya. Setiap kali dia bergerak ke mana-mana dia akan membawa sebuah buku nota dan pen sebagai catatan sekiranya dia mendapat maklumat dari orang yang ditemuinya. Dia antara orang yang bertanggungjawab memberi input yang hebat dalam laman web discovertawau.com

Mengenalinya dari facebook kemudian bertemu untuk pertama kalinya dalam satu majlis keramaian membuat aku kagum dengan usaha yang dilakukannya. Majlis Perasmian Perpustakaan Bandar Sri Indah sekali lagi menggandingkan usaha kami sebagai komuniti online dan sumbangan yang diberikan dalam pameran di sana memberi impak yang baik kepada para pelajar. Demikianlah sejarah yang senantiasa hidup dan diperlukan dalam kehidupan seharian apatah lagi adanya Azlan Lauddin Martin di Tawau.

Melalui usaha Azlan Lauddin Martin ini jugalah pelbagai kisah keunikan sejarah Tawau diketahui umum. Tugu Peringatan Jepun di Tanjung batu, tangga seribu berdekatan rumah Presiden Majlis Perbandaran Tawau, misteri kehilangan loceng Belfry (yang masih dalam pencarian) dan banyak lagi. Semua kisah dan bahan yang diketengahkannya ada di dalam simpananku agar aku boleh lebih mengenali Tawau, tanah tumpahnya darahku.

Terima kasih brother Azlan Lauddin Martin, semoga usahamu mendapat keberkatan dan penghargaan dari generasi muda hari ini.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Sejarah Tags: ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Azlan Lauddin Martin Penggiat Sejarah Tawau"

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.