Azlan Jumaan Pendaki Everest Dari Tawau

azlan jumaan pendaki everest tawau
TAHNIAH kepada belia kelahiran Tawau, Azlan Jumaan, 38, yang hampir menawan sepenuhnya Gunung Everest. Azlan Jumaan yang membawa nama Sabah dalam projek Ekspedisi Everest Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 itu hampir melengkapkan pendakiaannya yang hanya tinggal 300m menuju puncak everest.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Azlan Jumaan yang sudah berada di ketinggian 8550m masih mempunyai azam yang tinggi walaupun beberapa halangan dilaluinya terutama sekali cuaca buruk yang menghalangnya meneruskan pendakian.

Perubahan cuaca yang di luar ramalan serta arahan pihak berkuasa Katmandu menghalang cita-citanya untuk meneruskan ke puncak yang jelas kelihatan di hadapannya walaupun semangatnya meronta-ronta untuk mencatatkan sejarah negara.

Pemandu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah itu melengkapkan pendakiannya selama 47 hari melalui Katmandu.

Pada 1997, pendaki dari Sandakan, Burhan Ibrahim atau Jude juga membawa bendera Sabah ke Everest dalam misi ekspedisi Projek Menawan Gunung Everest yang dilancarkan oleh Perdana Menteri masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sepasukan dengan Jude masa itu yang bertarikh 23 Mei 1997, Mohanadas Nagappan menjadi rakyat pertama Malaysia menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest.

Pada hari yang penuh bersejarah buat semua semua rakyat Malaysia , Mohanadas Nagappan menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest 15 minit selepas M. Magendran , menjadikan mereka berdua sebagai pendaki Malaysia pertama menawan gunung tertinggi di dunia ini.Disebabkan oleh mereka , Jalur Gemilang dapat berdiri dengan megah di gunung tersebut.

Azlan Jumaan pendaki everest dari Tawau

Lagi berita mengenai Azlan Jumaan.

Pendaki Ekspedisi Gemilang Everest 2012 Kecewa Gagal Tamatkan Pendakian

TAWAU: Pendaki Gunung Everest bagi Ekspedisi Gemilang Everest 2012, Sabtu, melahirkan rasa kecewa dan hampa apabila gagal menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Ketika menceritakan pengalamannya, Azlan Jumaan, 38, yang menyertai projek Ekspedisi Everest Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 itu berkata ketika dalam perjalanan pendakian, anggota kumpulan dikhabarkan tentang penemuan berpuluh-puluh mayat daripada kalangan pendaki mahupun pemandu pendaki.

“Pendakian kami telah hampir ke kemuncak, iaitu kira-kira 300 meter sahaja lagi sampai kemuncak, tiba-tiba kami diarah turun.

“Kami dimaklumkan ada mayat di laluan pendakian itu telah bertahun-tahun di situ, tidak dibawa turun kerana faktor pembiayaan untuk membawa turun terlalu mahal,” katanya kepada Bernama selepas diperkenalkan kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan pada majlis pelancaran Ekspo Pertanian di sini, Sabtu.

Azlan, yang berasal dari Tawau, merupakan anak pertama dari Sabah yang diberi peluang menyertai ekspedisi itu daripada kesemua enam anggota lain dari Sarawak, Melaka, Kedah, Pahang dan Kelantan.

Beliau berkata ekspedisi yang bermula pada Mac lepas terpaksa dihentikan separuh jalan pada bulan lepas atas faktor keselamatan.

“Persiapan rapi dijalankan bersama dengan rakan-rakan lain dari Sarawak, Melaka, Kedah, Pahang dan Kelantan namun kejadian ini amat mengecewakan,” katanya.

Azlan menyertai ekspedisi itu atas nama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dan satu-satunya peserta ekspedisi yang berjaya sampai ke Balcony Self Cool di paras 8,550 meter, kira-kira 300 meter dari puncak Everest yang berada pada ketinggian 8,848 meter.

Projek Everest KBS yang dimulakan sejak 2008 lalu melalui beberapa fasa latihan pendakian sebelum memulakan perjalanan ke Everest untuk mencapai matlamat pada 24 Mac lalu. – BERNAMA

Azlan Bawa Nama KBS Ke Puncak Everest

PUTRAJAYA, 29 MEI 2012 – Azlan Jumaan, 37 yang menyertai projek Ekspedisi Everest Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 berjaya membawa nama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke puncak gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.

Beliau yang berasal dari Tawau, Sabah menyertai ekspedisi ini atas nama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia adalah satu-satunya peserta ekspedisi yang berjaya sampai ke Balcony Self Cool di paras 8550 meter kira-kira 300 meter dari puncak Everest yang berada pada ketinggian 8848 meter.

Cuaca disertai dengan tiupan angin kencang tidak mengizinkan pemandu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah itu meneruskan pendakian untuk melengkapkan pendakian selama 47 hari melalui Katmandu.

Projek Everest KBS yang dimulakan sejak 2008 lalu melalui beberapa fasa latihan pendakian sebelum memulakan perjalanan ke Everest untuk mencapai matlamat pada 24 Mac lalu.

Azlan masih mempunyai azam yang tinggi walaupun beberapa halangan dilaluinya sewaktu memulakan langkah dari kem 1 antaranya kecederaan rakannya, Yuhanis Mohd Yunus yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Katmandu akibat saluran darah kaki kirinya tersumbat ketika berada di kem 1.

Perubahan cuaca yang di luar ramalan serta arahan pihak berkuasa Katmandu menghalang cita-citanya untuk meneruskan ke puncak yang jelas kelihatan di hadapannya walaupun semangatnya meronta-ronta untuk mencatatkan sejarah negara.

Seramai 673 peserta dari 42 negara yang mencuba untuk menawan puncak Everest itu manakala seramai 11 pendaki dari pelbagai negara dilaporkan meninggal dunia sebelum berjaya dalam misi mereka.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge