1

Autoshow Tawau terbaik

Setiap kali aku bertanyakan apakah perbezaan autoshow Tawau berbanding di tempat lain, jawapan positif selalu aku terima. Bukan mahu masuk bakul angkat sendiri tapi semua pun menyedari, icon Tawau sebagai lokasi terbaik untuk penganjuran autoshow selalunya luar biasa sambutannya.

Malah aku tanyakan sendiri kepada adik ipar aku yang bukan berasal dari Tawau dan jawapannya tetap sama, dia juga mendengar bualan orang lain mengenai kehebatan dan kemeriahan autoshow Tawau.

Kenapa autoshow Tawau terbaik?

  1. Pengendalian penganjuran yang senantiasa terbuka dalam menerima penyertaan dalam dan luar daerah Tawau.
  2. Tiada layanan istimewa kepada peserta samada sudah pernah menang di mana-mana autoshow ataupun yang pertama kali menyertai pertandingan.
  3. Dikendalikan oleh persatuan berdaftar dan mempunyai dana penganjuran yang mencukupi.
  4. Pemimpin di Tawau positif dalam menggerakkan aktiviti permotoran.
  5. Bengkel-bengkel tempatan bekerjasama memberi penjelasan terperinci mengenai keperluan peralatan kenderaan peserta.

Keunikan Autoshow Tawau
Kalau memperkatakan unik, sudah pasti membayangkan bagaimana kreatifnya belia-belia Tawau merekacipta.

  1. Di dalam setiap autoshow, pasti ada saja idea lain daripada yang lain dapat diterjemahkan.  Sikap peserta yang bersaing secara sihat ini memberi impak besar dalam menonjolkan betapa unik dan istimewanya anak Tawau.
  2. Motor Autoshow Tawau disetai semua jenis kenderaan motor dan hakikat semakin banyak penyertaan semakin banyak keunikan motor dipertandingkan.
  3. Autoshow Tawau unik kerana basikal dan motor mempunyai persamaan yang dekat, silap pandang pasti tidak cam bahawa itulah basikal versi Tawau yang unik.
  4. Pengisian sepanjang autoshow berlangsung dapat mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara peserta sesama peserta ataupun dengan pengunjung.
  5. Autoshow Tawau ada cabutan bertuah

Aksi pengunjung dan peserta Autoshow Tawau 2011

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Sukan Tags: , , , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Autoshow Tawau terbaik"

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.