Masa aku buat entry ini, hujan lebat turun mencurah-curah, angin bukan main lagi kuatnya, zink rumah jiran kedengaran bersahut-sahutan berbicara dengan bahasa mereka sendiri. Aku matikan kipas, dan membuka tingkap dan terasa nyaman sekali udaranya… sejuk segar.
Tiba-tiba damai bahagia yang terasa hilang tiba-tiba bila mengenang nasib sabahat-sahabatku di Kg Pasir Putih. tentu mereka sekarang sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir untuk kesekian kalinya. Betapa deritanya mereka di sana itu kerana masalah yang dihadapi semakin kronik.
Kenapa Kg Pasir Putih kronik?
- Jalan penyelesaian kepada masalah utama banjir belum selesai
- Jalan raya ke kampung itu semakin teruk ekoran selalu saja banjir
- Kampung itu pasti akan terus menjadi sarang nyamuk AEDES
- Resiko denggi akan menjadi-jadi.
Bukannya YB tidak prihatin dengan nasib penduduk di Pasir Putih, dan menurut Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua UMNO Kalabakan sudah guna banyak saluran untuk menggesa kerajaan supaya mempercepat pembinaan takungan air di Gudang 4, Tawau yang melibatkan kos peruntukan RM240 juta.
Bukan itu saja, dia juga turut meminta kerajaan membina sistem perparitan dan jalan raya yang lebih luas dari Kampung Pasir Putih hingga ke Jalan Tanjung Batu. Ini kerana kemudahan parit di kawasan sedia ada agak sempit hingga mengakibatkan kampung tersebut sering dilanda banjir.
Aduhai apalah nasib. Semoga tiada msibah teruk melanda sahabat-sahabatku di sana.
Comments
Powered by Facebook Comments









nasib baik tidak banjir hari nih….
Reply
sy menerima nasib yg sedih d pasir putih ni sejak mula banjir tahun 1995 sehingga hari ni..dlu bnjir cuma d ukur ikut anak tangga rumah or paras jambatan,tp kini banjir tu da main naik paras rumah da dlm..dlm tahun 2010 ni pn da 4kali uma naik banjir..
sy sndri tharu dgn usaha YB Kalabakan ni..tp hairan knapa kerajaan pusat x pandang kita yg juga seteruk nasib dgn mangsa banjir d semenanjung sana..
bg sy sbg pengundi muda n baru,perlu rasa nya para pengundi bg pengajaran kpd kerajaan..guna kuasa sbg rakyat yg demokrasi..hukum kerajaan utk spenggal ini..kita tgk sjauh mana tindakan mreka bila pakatan yg pegang sbg suara d kawasan ni..sbb suara sblm ni x dpt d dgr..mmg perit dlm tempoh sepenggal akan dtg pakatan bkuasa tp skurang2nya BN ingat,ambil tahu dan sedar dr lena yg kita d sabah ni sbenarnya SIMPANAN TETAP BARISAN NASIONAL..jgn ambil mudah pkara ni..hukum mereka utk kbaikan kita..TAKBIR!!!!
Reply
raya tahun lepas mau masuk dari jalan besar ke kampung baru pasir putih ambil masa 1jam!!sebab jalan sesak dan sempit..tension2..
Reply