1

Apa itu potassium iodide

Sejak negara jepun dilanda tsunami pelbagai kisah yang aku dengar di sekelilingku dan seperti selalunya, aku akan catatkannya di buku notaku agar aku boleh fikirkan sambil membuat rujukan dari pelbagai sumber. Ada kisah itu menjadi suatu yang baik untuk dikongsi dan ada juga ianya menjadi sekadar fakta untuk dikongsikan bersama semasa lepak dengan rakan-rakan.

Bermula dengan sms mengejutkan yang mengatakan tsunami menghala ke perairan pantai Barat Sabah hinggalah ke Program Mesra Jiran anjuran JASA di kampungku sebentar tadi yang mengimbas keberuntungan kita sebagai Malaysian berbanding Jepun, peristiwa tsunami itu benar-benar memberi impak yang besar kepada semua.

Terkini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan agar kita tidak perlu panik dengan bekalan pil potassium iodide yang khabarnya di Amerika, ubat ini dijadikan stok dalam setiap rumah. Apakah fungsi pil potassium iodidem apa yang potassium iodide ini boleh lakukan pada tubuh badan kita?

Potassium iodide juga digelar sebagai pil nuklear

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mengambil pil potassium iodide bagi mencegah kesan radiasi berikutan khabar angin bahawa kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu telah merebak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata rakyat tidak perlu panik dengan khabar angin seperti itu.

“Saya harap mereka tidak mengambil pil tersebut tanpa nasihat doktor khususnya wanita mengandung,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa rakyat Amerika Syarikat telah mula menyimpan stok pil berkenaan bagi melindungi daripada keracunan radiasi.

Liow berkata pengambilan pil potassium iodide atau lebih dikenal sebagai “pil nuklear” bukan satu-satunya penawar bagi melindungi radiasi daripada memasuki sistem badan.

Katanya, kementeriannya sedang bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Jepun dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memantau krisis pencemaran radiasi di Jepun.

Pada masa sama, katanya, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia akan terus memantau situasi di Jepun bagi memastikan rakyat menerima maklumat tepat dan terkini.

Satu dari langkah tersedia mungkin penggunaan pil (KI) potassium iodide yang menghalang dengan berkesan penyerapan iodin berradioaktif kedalam kelenjar tiroid manusia.

Sumber Bernama.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Kesihatan Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Apa itu potassium iodide"

  1. saveq says:

    tidak perlu risau juga..ada kerajaan yang prihatin dengan rakyatnya…

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.