Blogwalking bagiku adalah aktiviti sosial bolehlah aku anggap sebagai aktiviti rutin harian seorang blogger. Tujuannya adalah untuk mengetahui perkembangan penulisan rakan-rakan blogger yang akan merangsang keinginan untuk turut maju dalam berblog.
Terdapat tiga jenis blogwalking yang sering aku temui di blog aku ini iaitu blogwalking begginer, blogwalking daripada rakan yang kita kenali dan satu lagi adalah blogwalking bisu.
1. Blogwalking begginer.
Aku namakan begginer kerana ayat-ayat yang mereka tinggalkan untuk bacaan kita adalah berbentuk ajakan secara paksa, ada pula yang seakan mahu promosi mee segera dan tidak ketinggalan juga sekadar tinggalkan komen untuk mengeksperikan perasaannya sahaja di blog.
Golongan ini sangat annoying kerana pada aku, blogwalkers sebegini bukan mahu memperkenalkan diri mereka secara yang sepatutnya tetapi umpama tetamu yang masuk rumah tanpa dijemput, berkasut lumpur dan terus minta sirap bandung sambil onkan Astro di sofa jati milikku.
Bagi aku, ucapan salam di awal komen itu yang penting, memperkenalkan diri, memberi komen yang relevan dengan entry, bertanya dengan gaya penulisan yang jelas akan membuat aku lebih tergoda untuk mengunjungi siapa gerangan pengunjung itu.
2. Blogwalking daripada rakan yang kita kenali.
Sekiranya kita mempunyai sikap terbuka dan matang sebagaimana diri kita yang sebenarnya, pastinya akan mempunyai rakan yang ramai dalam dunia blog ini. Bila kita sudah dikenali dan mengenali bloggers lain, maka secara automatiklah mereka akan mengunjungi kita setiap kali rakan itu online.
Untuk mendapatkan pukulan lagi power, selalunya keluar bersosial dengan rakan bloggers setempat, atau kalau ada event bloggers, keluarlah untuk join mereka. Impaknya pasti akan lebih menakjubkan kerana banyak cerita yang tersurat dan tersirat boleh dikongsi bersama dalam bentuk komen.
3. Blogwalking bisu.
Jenis blogwalking bisu atau lebih dikenali sebagai silent readers ini sememangnya ada dan golongan ini akan membuatkan anda terkesima bila mereka menegur kita suatu masa nanti. Lebih mengejutkan lagi, golongan ini boleh memberitahu setiap satu entry menarik yang pernah dibacanya di blog kita.
Aku beberapa kali menemui golongan jenis ini dan antaranya adalah aku tiba-tiba disapa di lapangan terbang. Terkejut memang terkejut sebab dalam benak kita siapalah kita untuk dikenali oleh orang yang kita tidak kenali. Namun ianya berubah apabila mengetahui dia adalah silent reader blog yang mengikuti perkembangan penulisanku.
Demikianlah tiga jenis blogwalking yang mampu aku ketengahkan buat masa ini. Satu tips penting buat blogger yang lain, berblog biarlah jujur, buang niat tidak baik dan tulislah sesuatu yang istimewa untuk diri sendiri kerana selepas itu pasti ada yang kita temui tanpa kita sedari. Biar berblog dengan cara syok sendiri asalkan memudaratkan diri sendiri. Wei… janganlah masuk bakul then tumpah-tumpah isinya.
Comments
Powered by Facebook Comments










sya budak baru belajar.. baru tau apa tu blogwalking..
maklumat yg berguna.. thanks..
Reply